Langkau ke kandungan utama

KELUAR MAZI KETIKA TENGAH SOLAT

Soalan;

Salam Ustaz, semoga ustaz sihat dan di dalam lindungan Allah SWT hendaknya.Saya ada satu masalah untuk disampaikan kepada ustaz mengenai solat. Saya mengidap penyakit yang mana kadang kala air mazi keluar tak semena-mena, dan kadang kala akibat berfikir bukan-bukan. Persoalan saya ialah, jikalau air mazi terkeluar semasa sedang solat, adakah saya perlu menggantikan solat tersebut? Kerana saya bertanya pada abang usrah saya, dia kata, kalau lihat ada selepas solat, takperlu ganti, dan jika terasa was-was semasa solat, lebih baik mengcheck kemaluan selepas solat. Dan adakah jika air mazi itu terkena pada kain pelikat, adakah dengan sejadah-sejadah saya kena basuh sekali? kerana setakat ini, setiap kali perkara ini berlaku, saya membasuh sejadah saya sekali, kerana khuatir takut-takut
air mazi terjatuh pada kain sejadah. terima kasih ustaz.

Jawapan;

1. Jika mazi itu benar-benar keluar iaitu dengan kelihatan tanda-tandanya, wajiblah saudara berhenti solat, membasuh kemaluan dan kain yang terkena mazi itu, mengambil wudhuk semula dan mengulangi solat. Mazi adalah najis dengan sepakat para ulamak dan keluar sesuatu dari kemaluan membatalkan wudhuk.

2. Adapun jika saudara ragu-ragu sahaja ketika sedang solat –yakni timbul syak adakah mazi itu keluar atau tidak?-, tidak perlu saudara berhenti solat hinggalah benar-benar yakin bahawa ianya telah keluar, kerana menurut kaedah “Yang yakin tidak akan hilang kerana suatu syak (keraguan). Kaedah ini bersumber hadis dari ‘Ubbad bin Tamim yang meriwayatkan dari bapa saudaranya yang bertanya Nabi s.a.w. tentang seorang lelaki yang ragu-ragu semasa sedang solat; adakah keluar darinya punggungnya sesuatu atau tidak?. Nabi menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) atau mendapati keluar angin”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

3. Jika sebaik sahaja selepas selesai solat saudara terlihat mazi pada kain, wajiblah saudara mengulangi solat (setelah membasuhnya dan mengambil wudhuk) kerana kewujudan mazi itu tiada syak bahawa keluarnya ialah semasa sedang solat. Jika setelah beberapa lama (selepas solat) baru saudara ternampak mazi itu, tidak perlulah saudara mengulangi solat kerana ada kemungkinan mazi itu keluar selepas selesai solat.

4. Tempat yang wajib dibasuh ialah yang diyakini terkena mazi. Tidak perlu mengikut perasaan waswas. Sikap melampau-lampau dan memberat-beratkan adalah ditegah agama. Secara logiknya, mazi hanya akan mengenai kemaluan dan kain yang dipakai sahaja, maka itu sahaja yang perlu dibasuh. Kecualilah jika mazi yang keluar terlalu banyak, maka ada kemungkinan ia tumpah mengenai tempat solat. Jika itu berlaku, barulah tempat solat (sejadah) wajib dibasuh sama.

Wallahu a’lam.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam ustaz..kwn sy juga pernah mengadu masalah sperti ini kepada sy.masalah kawn sy ni apable kluarnye air mazi..dye akn membsuh kwsn trbabit dan utk sketika air mazi trsbut akn kluar smula..hal ini mnyebabkn ksukrn kpd dia untuk sembahyang kerana dye tidak tau smpai ble air trsebut akn berhenti shinggalh smpai kepada suatu mse trtntu..dye mrasa trbeban dgn hal ini trutama skali apabile ingin mlakukn solat berjemaah apabile tbenye wktu solat..dhrpkn ustaz dpt memperjelaskn mslh ini..
Tanpa Nama berkata…
BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM. assalamualaikum ustaz, bagaimana pula sekiranya saya terperangkap dengan najis kecil yang berada di merata-rata tempat sehingga saya susah untuk mengelaknya dan susah juga untuk melakukan sembahyang.

Selalunya saya terpaksa mensucikan pakaian saya setiap kali terkena tempat yang terkana najis itu. Ini mengakibatkan motivasi untuk melakukan sembahyang menjadi lemah.

sekiranya semua hendak dibersihkan, amatlah berat bagi saya kerana ia akan banyak merosakkan harta benda sekiranya terkena air. saya tidak mahu memberitahu orang lain kerana saya tidak mahu menyusahkan mereka. Ini bermula bila ahli keluarga dan yang lainnya hanya mengambil ringan penyucian najis di tempat itu dengan hanya melapkannya dengan kertas sehingga orang lalu lalang termasuk saya sendiri (susah untuk mengelak dan antara basah/kering) membawa najis itu ke seluruh rumah. bagaimanakah cara untuk menyelesaikannya ustaz?
Tanpa Nama berkata…
salam ustaz..terimakasih atas jawapan tersebut..

masalah saya hampir serupa..apabila bangun tidur saya dapati air mazi keluar akibat bercumbu dengan isteri saya pada waktu malam. semasa mandi saya telah mencuci kemaluan berkali kali, berdehem ,mengurut untuk mengeluarkan mazi yang berlebihan..kadang kadang semasa saya solat saya rasa ada pengaliran air dalam kemaluan saya. ini menimbulkan rasa was was dlama diri saya..bila saya periksa selepas solat didapati air mazi keluar. kadang kadang ia berlanjutan hingga saya perlu mengulangi sembahyang untuk beberapa kali..mintak nasihat ustaz wassalam
wnj berkata…
salam ustaz,sya da was2 brkaitan mndi wajib...semasa sya mndi wajib ada cecair putih(air mazi)keluar dari kemaluan sya,batalkah mandi wajib sya dan perlukan sya mngulangi dari awl??
wnj berkata…
salam ustaz,sya ingin brtanyakn brkaitan mndi wajib dimana ktika sya mndi wajib ada kluar ccir ptih(air mazi),btalkah mndi wajib sya dan prlukah mngulanginya dri awl???
shamzrapz berkata…
Assalamualaikum Ustaz. Kalau sekiranya Air Mazi itu sudah lama berada di pakaian tanpa tidak disedari, contohnya: Selepas selesai semua solat lima waktu, pada waktu Isyak baru sadar bahawa air mazi itu berada di pakaian saya, haruskah saya qadaq semua solat dan harus kah saya mengulang solat Isyak?

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk