Soalan;
Assalamualaikum Ustaz! Ada sorang kawan tanya,dia dah ada anak dua orang ,anaknya yang nombor tu masih kecil, dia dah tak mau anak dah dan juga ada masalah kewangan menghimpit mereka .Dia dah cuba jaga supaya tak lekat ,dia tak boleh makan pil perancang sebab ada penyakit,tau tau dia mengandung sebulan,kalau dia cuci kandungantu apa hukumnya.
Sekian terima kasih.
Jawapan;
Tidak harus menggugurkan kandungan kecuali bimbang akan membahayakan nyawa ibu (jika kandungan diteruskan) atau bayi yang bakal lahir.[1] Kewujudan bahaya itu hendaklah disahkan oleh doctor muslim yang tsiqah (yakni dapat dipercayai dari segi pegangan agamanya). Termasuk tidak harus menggugurkan kandungan ialah menggugurnya dengan alasan masalah kewangan atau kemiskinan. Orang terbabit hendaklah menerima takdir Allah (yang mengurniakan anak kepadanya) dan meyakini pemberian rezki dari Allah untuk makhluk yang Ia ciptakan. Firman Allah;
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءاً كَبِيراً
“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kamilah yang member rezki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah dosa yang besar” (Surah al-Isra’, ayat 31).
Menggugurkan janin atau kandungan adalah berdosa kerana melakukan jenayah ke atas makhluk yang telah wujud sekalipun belum lahir ke dunia. Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya setiap seorang dari kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya iaitu selama empat puluh hari sebagai nutfah (yakni air mani), kemudian ia menjadi ‘alaqah (iaitu segumpal darah) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari), kemudian menjadi mudhghah (iaitu seketul daging) dengan tempoh seperti itu juga (yakni 40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ia meniupkan ruh kepadanya…” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a.). Hadis ini menunjukkan bahawa janin di dalam perut melalui proses kejadian yang ditetapkan Allah. Membunuhnya bermakna membunuh makhluk Allah yang sedang membesar. Maka, menurut ulamak; semakin meningkat usia janin itu, maka dosa membunuhnya semakin besar.
Dalam kes janin terpaksa digugurkan, hendaklah digugurkan sebelum berusia 4 bulan (iaitu sebelum ditiup ruh kepadanya). Paling baik ialah sebelum berusia 40 hari. Adapun selepas 4 bulan, tidak harus menggugurkannya sama sekali [2] kecuali dalam satu kes sahaja iaitu bimbang membahayakan nyawa ibu.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Wafi Fi Syarhi al-Arba’in an-Nawawiyah, Dr. Mustafa al-Bugha.
2. Fatwa (http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=18704)
3. Fatwa (http://islamqa.com/ar/ref/12118/إسقاط)
Nota Hujung;
[1] Bayi yang dikhutiri cacat apabila dilahirkan dimana kecacatannya menyukarkannya untuk hidup dengan baik selepas dilahirkan ke dunia (seperti down sindrom dan sebagainya) dan kecacatan itu tidak dapat disembuhkan serta disahkan oleh doctor muslim yang tsiqah, harus menggugurkannya dengan syarat usianya belum mencapai 4 bulan atau 120 hari. Inilah yang difatwakan oleh para ulamak dalam perhimpunan Fiqh Islam anjuran Rabitah ‘Alam Islami (15 Rejab 1410, 10 Februari 1990). Begitu juga difatwakan oleh Majlis Fatwa Arab Saudi.
[2] Kerana ia telah berbentuk manusia yang sempurna yang telah ditiupkan ke ruh kepadanya.

Ulasan
untuk mendapatkan kepastian,kami pergi ke klinik,dan doktor mengesahkan dia hamil.saya terdiam dan menangis,saya sungguh menyesal dgn apa yang terjadi. saya merasakan diri saya sungguh hina ustad,terlalu hina,sehinggakan kemana jua saya pergi saya membayangkan saya menghantar nyawa untuk diambil,sebagai balasan atas dosa saya lakukan.
teman wanita saya ingin mengugurkannya,atas alasan malu dan takut diketahui keluarga,saya menasihatinye supaya tidak melakukanya,cukupla dengan dosa yang sedia ada,namun dia membantah dan tetap mahu melakukanya,saya berkata saya lebih rela diri saya dihancurkan mahupun di lanyak sehingga mati,jika ahli keluarga mengetahui perkara ini,daripada bayi itu hancur disedut dan digugurkan.saya tak mahu lagi ustaz melakukan dosa,namun saya buntu ustaz..setiap hari saya menangis usta memikirkan masalh ini,dan kadang kala tidak dapat khusuq pada solat...bantu saya ustaz..