Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

MEMASUKKAN JARI KE DALAM PUSAT; ADAKAH BATAL PUASA?

Soalan; assalamualaikum ustaz, saya musykil dgn satu perkara; adakah memasukkan jari ke dalam pusat badan termasuk di dalam perkara yg membatalkan puasa dan jika ianya tergolong di dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan? terima kasih Jawapan; Tidak membatalkan puasa kerana pusat bukanlah rongga terbuka yang mempunyai saliran yang sampai ke perut. Kecualilah jika pusat itu mengalami luka atau tertusuk menembusi ke perut maka ketika itu batallah puasa jika dimasukkan sesuatu (menurut mazhab Syafi'ie). Wallahu a'lam.

WANG SEDEKAH KEMATIAN, ADAKAH RUH PERGI KE RUMAH ANAK-ANAK?

Soalan; Ibu saya baru saja meninggal dunia,sementara bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun lepas..ibu saya tinggal dengan adik lelaki saya yang telah berumahtangga,tapi belum mendapat anak..Apakah yang harus dibuat dengan wang sedekah tersebut?Abang saya ada mencadangkan disedekahkan wang itu dengan membelanjakannya membeli kitab alquraan kemasjid2 .Saya pula menerima wang sedekah itu dari jiran2 dan teman dan sedara mara..bolehkah saya sedekahkan wang itu atas nama ibu dan bapa saya kemasjid2 atau kesaluran2 yang lain,dan tidak menyerahkan kapada adik saya yang menjaga ibu saya,kerana kami tidak serumah.kakak saya yang tua mencadangkan supaya berbuat begitu.Boleh ke sebutkan sekali nama aruah bapa saya sekali?sedangkan wang itu diberi untuk aruah ibu saya.. 2)Apakah maknanya ruh akan pergi dari rumah kita sateklah 40 hari..berkaitan sekali dengan kenduri tahlil,banyak yang mengatakan ruhnya pergi kerumah anak2 selama itu..adakah ini bidaah?Tolong terangkan ustaz,banyak yang masih

MASALAH DENGAN IBU MERTUA, SUAMI DIDESAK MENCERAIKAN ISTERI, MENCACI DI BULAN RAMADHAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ingin mengutarakan beberapa persoalan. i) Berdosakan /anak derhakakah seorang anak lelaki yang mengambil berat akan ibu bapanya. Tetapi ibu tersalah faham akan apa yang dicakapkan oleh anak terhadapnya. (ibu terlalu mendengar kata anak-anak yang lain) ii) Patutkah suami saya menceraikan saya atas desakan adik perempuannya dengan berkata " isteri boleh dicari tetapi mak seorang sahaja", demi menjaga keluarganya. iii) Apakah hukumnya pula kalau anak perempuan yang sudah berkahwin tinggal bersama maknya dan berjauhan dengan suami, serta menyusahkan emaknya dengan tidak membantu membuat kerja-kerja rumah. iv) Apakah pula hukum orang yang mencaci dan memaki di bulan puasa yang mulia ini ustaz. - ustaz saya harap ustaz dapat menjawab semua persoalan saya ini. saya dan suami buntu. sekian terima kasih. Jawapan; 1. Anak wajib berlaku baik kepada dua ibu-bapanya. Jika mereka miskin, wajib anak menafkahi mereka. Hendaklah sentiasa bertutur dengan bai

CARA MENGAGIHKAN ZAKAT FITRAH

Soalan; Assalamualaikum. Bolehkah saya mengeluarkan zakat fitrah bagi isteri, 3 org. anak kepada orang cacat. Zakat itu saya terus bagi kpd.nya.Semua zakat itu sebanyak Rm50 cth.nya saya bagi kepadanya.sahkah zakat saya Jawapan; Soalan saudara berkait dengan cara menyalur/mengagihkan zakat fitrah. Hukumnya adalah seperti berikut; 1. Telah disepakati oleh para ulama’ bahawa pengagihan zakat fitrah adalah sebagaimana zakat-zakat yang lain iaitu kepada lapan golongan yang disebut oleh Allah dalam surah at-Taubah, ayat 60, iaitu; a)Untuk golongan fakir b)Untuk golongan miskin c)Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama d)Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat e)Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya f)Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang g)Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah) h)Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan 2. Namun hendaklah diutamakan golongan fakir dan miskin kerana terdapat arahan Rasulul

BANTUAN KITA UNTUK SI MATI

Soalan; Salam, ustaz. suami saya baru meninggal sebulan yang lalu. Selain berdoa, apakah lagi perkara-perkara yang dapat saya lakukan untuk membantu arwah di alam barzakh? Sekian , terima kasih. Jawapan; a) Berdoa dan memohon ampun untuknya b) Memberi infak dan bersedekah untuknya; termasuk infak jariah, wakaf dan sebagainya. c) Berpuasa ganti untuknya atau membayar fidyah. d) Melunasi hutangnya e) Melakukan haji untuknya Perkara di atas telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa ia akan sampai kepada si mati dan memberi manfaat kepadanya di alam barzakh jika dilakukan dengan ikhlas dan penuh harap kepada Allah. Adapun membaca al-Quran dan berzikir untuk si mati, para ulamak berikhtilaf. Jumhur ulamak berpendapat; ia sampai kepada si mati terutama jika diikuti dengan berdoa selepasnya. Ada sebahagian ulamak berpendapat; ia tidak sampai. Untuk tambahan, sila baca ulasan/jawapan saya sebelum ini; 1. Amalan untuk si arwah (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/02/amalan-untuk-si-arwah

BERADA DALAM HADAS HINGGA SELEPAS SUBUH; ADAKAH BATAL PUASA?

Soalan; salam, ustaz saya ada satu kemuskilan tetang bab puasa, sah atau tidak puasa seseorang sekiranya dia tidak mandi hadas setelah melakukan jimak di malam hari?? dia hanya mandi hadas setelah masuk waktu subuh keesokannya??? sekian, Jawapan; Tidak menjadi masalah mandi selepas subuh. Yang membatalkan puasa ialah jika jimak dilakukan selepas subuh. Adapun jika jimak berlaku sebelum subuh, cuma mandi sahaja yang dilakukan selepas subuh, itu tidak menjejaskan puasa kerana puasa tidak disyaratkan suci dari hadas. Ramai yang bertanya soalan ini. Sebenarnya telah saya jawab sebelum ini. Sila baca di; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/mandi-junub-selepas-imsak.html). Wallahu a'lam.

MASALAH HARI RAYA DI DUA NEGARA BERLAINAN

Soalan; Assalammualaikum, Saya ingin bertanya; 1.Saya berada di poland dan berpuasa awal sehari dari malaysia, kemusykilan saya apabila saya kembali ke malaysia saya sudah raya mengikut puasa di poland,jadi bila saya sampai di malaysia tinggal 2 hari lagi nak raya, dikira macam mane keadaan ini,adakah saya perlu sambung puasa mengikut di malaysia atau macam mana? 2. Saya dalam kapal terbang dalam bulan puasa sedangkan saya tidak tahu siang atau malam,makan mengikut waktu ditetapkan dalam kapal terbang,adakah dikira musafir atau macam mane? mohon perjelasan dengan segera kemusykilan saya ini Jawapan; 1. Hendaklah saudara menyambut hari raya mengikut negeri tempat saudara berada semasa tiba syawal (dalam kes di atas di Malaysia). Di dalam hadis Rasulullah menegaskan; “Berpuasalah (yakni mulakanlah puasa Ramadhan) apabila kamu melihat anak bulan dan berbukalah (yakni sambutlah hari raya) apabila kamu melihat anak bulan”. Apabila kita berada di satu negeri, tarikh puasa kita dan juga ta