Soalan; Assalamualikum Ustaz. Saya ingin bertanya pembahagian harta peninggalan kakak saya yang meninggal dunia. Harta tersebut berupa harta pusaka arwah ayah saya yang telah dibahagikan kepada anak2 secara faraid. Kakak mempunyai sorang suami tp tiada anak. 3 org kakak. 2 orang adik lelaki. Adakah suami arwah kakak saya layak terima harta tersebut.
Jawapan;
Bila seorang perempuan meninggal, suaminya berhak mendapat bahagian dari harta pusakanya, iaitu; ½ jika isterinya tidak mempunyai anak dan ¼ jika mempunyai anak. Dalam kes di atas kakak tuan/puan tidak mempunyai anak, maka suaminya akan mendapat ½ dari hartanya. Harta yang baki menjadi bahagian kakak-kakak dan adik-adiknya dengan nisbah pembahagian 2:1 iaitu yang lelaki mendapat sekali ganda bahagian perempuan. Itu sekiranya ibu sudah meninggal. Jika ibu masih ada, harta yang berbaki setelah ditolak bahagian suami (1/2), diberikan 1/6 kepada ibu dan selebihnya baru diagihkan diantara kakak-kakak dan adik-adik mengikut nisbah tadi.
Dalil bagi hak suami dari harta peninggalan suami ialah firman Allah (bermaksud); “Dan bagi kamu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak, tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya” (an-Nisa’, ayat 12).
Wallahu a’lam.
Laman Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. sekarang berpindah ke laman baru; https://ilmudanulamak.com. Namun jawapan-jawapan yang ada dalam laman ini akan terus kekal untuk rujukan pembaca sekelian.
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SEORANG YANG MEMILIKI DUA RUMAH; BAGAIMANA MENGUKUR KEHARUSAN JAMAK DAN QASAR SOLAT BAGINYA?
Soalan; Assalamu'alaikum Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, guru yg saya muliakan krn ALLAH TA'ALA. Mohon pencerahan mengenai solat jama'...
-
Soalan; ustaz, ketetapan jarak 2 marhalah untuk membolehkan kita solat jamak dan qasar, adakah dikira sehala (pergi sahaja), atau dikira ...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan