Cari Blog Ini

Ahad, 13 Jun 2010

CARA MENANGKIS BISIKAN JAHAT

Soalan; Assalamualaikum wbt, terima kasih dengan jawapan ustaz . Adakah saya berdosa sekiranya terdengar bisikan itu? selain berisghtifar, saya juga menunaikan solat sunat taubat, disamping membaca al-Quran, dan tidak tinggal solat lima waktu dan alhamdulillah hati saya tenang. namun ada kadangkala, bisikan tersebut dtg semula, saya tidak percya dgn bisikan itu, tapi ia menganggu dan menyakitkan hati.

Jawapan;

Bisikan-bisikan yang masuk dalam hati kita tidaklah kita berdosa kerananya kerana ia di luar kehendak kita. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesungguhnya Allah tidak mengambil kira dari umatku apa yang dibisikkan oleh dirinya selagi ia tidak menuturkannya atau tidak melakukannya” . (HR Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-). Dari hadis dapat kita fahami bahawa; suatu kejahatan yang dibisikkan oleh hati kita belumlah dikira dosa ke atas kita selagi kita tidak menzahirkannya sama ada dalam bentuk ucapan atau amalan/perbuatan.

Bisikan-bisikan jahat itu janganlah dihiraukan atau diambil peduli. Sabda Rasulullah; “Syaitan akan datang kepada salah seorang dari kamu dan bertanya kepadanya (untuk menimbulkan kesangsian); ‘Siapakah yang mencipta makhluk sekian dan sekian? Hingga akhirnya ia bertanya; ‘Siapa pula yang mencipta Tuhan kamu?’. Maka apabila sampai ke tahap itu, hendaklah ia memohon perlindungan Allah (dari bisikan Syaitan itu) dan hendaklah ia berhenti”. (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).

Dalam hadis ini Rasulullah mengajar kita bagaimana menghadapi bisikan keraguan dari Syaitan khususnya yang menyentuh tentang zat Tuhan, iaitu dengan kita segera menohon perlindungan dari Allah dan berhenti dari melayani bisikan itu. Berkata Imam an-Nawawi; maksud ungkapan baginda “…hendaklah ia memohon perlindungan Allah (dari bisikan Syaitan itu) dan hendaklah ia berhenti…” ialah; “Apabila Syaitan membentangkan bisikan tersebut kepadanya, hendaklah ia segera berlindung kepada Allah untuk menangkis kejahatan Syaitan itu dan hendaklah ia berpaling dari memikirkan bisikan itu. Hendaklah ia menyedari bahawa itu adalah bisikan Syaitan dan Syaitan sentiasa mencari jalan untuk merosakkan manusia dan menyesatkannya. Maka hendaklah ia berpaling dari memberi perhatian kepada bisikan Syaitan itu dan segera memutuskannya dengan menyibukkan diri dengan perkara lain” (Imam an-Nawawi, Syarah Soheh Muslim, juz. 2, kitab al-Iman, bab Bayan al-Waswasah fi al-Iman wa ma yaquluhu man wajadaha).

Di antara doa yang amat baik untuk dibaca untuk memohon perlindungan dari Allah bagi diri –selain dari lafaz al-Isti’azah- ialah doa di akhir surah al-Baqarah;

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan ke atas Kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebani kami dengan apa yang Kami tidak terdaya menanggungnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penjaga kami, oleh itu, bantulah kami untuk mencapai kemenangan terhadap orang-orang kafir”. (Surah al-Baqarah, ayat 286).

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Tafsir al-Quran al-Adziem, Imam Ibnu Kathir, surah al-Baqarah ayat 284.
2. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 2, kitab al-Iman.

10 ulasan:

amar alKhatab berkata...

MENURUT Yahya bin Muaz ar-Razi, syaitan tidak bekerja, sedangkan manusia sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Malah, syaitan sentiasa melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihatnya. Manusia juga selalu lalai dan lupa perangkap syaitan, tetapi ia tidak melupakan manusia.

Imam al-Ghazali menjelaskan tiga cara dicadangkan bagi memerangi serangan syaitan, iaitu:
# Mempelajari taktik tipu daya syaitan atau strategi serangannya.

# Tidak memberi perhatian atau layanan kepada hasutan syaitan. Anggap hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing kian garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian atau maklum balas, sebaliknya ia lebih cepat memberhentikan salakan apabila kita tidak menghiraukan nya.

# Lidah dan hati sentiasa menyebut Allah.

Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia.

Was-was adalah anak panah yang dilepaskan oleh syaitan ke dalam hati manusia dan bersarang di hati. Was-was juga mampu menguasai bisikan hati nurani atau lintasan fikiran manusia.

Bisikan hati nurani juga dapat dipengaruhi oleh ilham. Ilham adalah lintasan fikiran yang lebih khusus iaitu menyeru ke arah kebaikan, datang daripada Allah melalui malaikat, manakala was-was bisikan hati yang menyeru kepada ke jahatan, datang daripada syaitan.

Was-was itu penuh dengan tipu daya, kadangkala menyeru manusia kepada kebaikan sebagai umpan bagi memerangkap manusia. Contohnya, syaitan mempengaruhi manusia me ngerjakan ibadat sunat dan meninggalkan ibadat wajib.

Menurut al-Ghazali, lintasan was-was datang daripada syaitan yang menyeru manusia kepada kejahatan. Tetapi ilham turun daripada Allah atau malaikat (dengan izin Allah) yang menyeru manusia kepada kebaikan dan kebajikan.

Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia. Dua cara bagi mengesan tipu daya laktullah;

1- bisikan 2- gambaran/kelibat

Jika ini berlaku, perbanyakkan bacaan ayat Al Qoran terutama sekali surah tersebut diatas. Pejamkan mata dan tawajjuh pada Allah SWT..sambil menekan kedua-dua mata dengan jari sehingga kelihatan satu gambaran sinaran. Fokus pada sinaran tersebut sambil berzikir. InshaAllah, dengan izinNYA saudara-saudariku akan melihat kehebatan Allah SWT dalam keadah perubatan ini. Yakin sepenuhnya pada Allah SWT, makhluk tiada kuasa..Yang Berkuasa hanyalah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pemurah..

amar alKhatab berkata...

MENURUT Yahya bin Muaz ar-Razi, syaitan tidak bekerja, sedangkan manusia sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Malah, syaitan sentiasa melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihatnya. Manusia juga selalu lalai dan lupa perangkap syaitan, tetapi ia tidak melupakan manusia.

Imam al-Ghazali menjelaskan tiga cara dicadangkan bagi memerangi serangan syaitan, iaitu:
# Mempelajari taktik tipu daya syaitan atau strategi se rangannya.

# Tidak memberi perhatian atau layanan kepada hasutan syaitan. Anggap hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing kian garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian atau maklum balas, sebaliknya ia lebih cepat memberhentikan salakan apabila kita tidak menghiraukan nya.

# Lidah dan hati sentiasa menyebut Allah.

Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia.

Was-was adalah anak panah yang dilepaskan oleh syaitan ke dalam hati manusia dan bersarang di hati. Was-was juga mampu menguasai bisikan hati nurani atau lintasan fikiran manusia.

Bisikan hati nurani juga dapat dipengaruhi oleh ilham. Ilham adalah lintasan fikiran yang lebih khusus iaitu menyeru ke arah kebaikan, datang daripada Allah melalui malaikat, manakala was-was bisikan hati yang menyeru kepada ke jahatan, datang daripada syaitan.

Was-was itu penuh dengan tipu daya, kadangkala menyeru manusia kepada kebaikan sebagai umpan bagi memerangkap manusia. Contohnya, syaitan mempengaruhi manusia me ngerjakan ibadat sunat dan meninggalkan ibadat wajib.

Menurut al-Ghazali, lintasan was-was datang daripada syaitan yang menyeru manusia kepada kejahatan. Tetapi ilham turun daripada Allah atau malaikat (dengan izin Allah) yang menyeru manusia kepada kebaikan dan kebajikan.

Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia. Dua cara bagi mengesan tipu daya laktullah;

1- bisikan 2- gambaran/kelibat

Jika ini berlaku, perbanyakkan bacaan ayat Al Qoran terutama sekali surah AlMukminun:98 dan AlKahfi:102. Pejamkan mata dan tawajjuh pada Allah SWT..sambil menekan kedua-dua mata dengan jari sehingga kelihatan satu gambaran sinaran. Fokus pada sinaran tersebut sambil berzikir. InshaAllah, dengan izinNYA saudara-saudariku akan melihat kehebatan Allah SWT dalam keadah perubatan ini. Yakin sepenuhnya pada Allah SWT, makhluk tiada kuasa..Yang Berkuasa hanyalah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pemurah..

shafeqah berkata...

sangat takut bila bisikan syaitan mula menganggu berkata perkara yang bukan-bukan...Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu yang lemah ini, sesungguhnya aku tidak berniat Ya Rabb, Engkau Maha Mengetahui yang lahir dan tersembunyi..:(

amar alKhatab berkata...

Peratusan subjek kajian yang jawapan memenuhi kriteria saringan untuk kemurungan utama, kebimbangan teritlak, atau PTSD adalah jauh lebih tinggi selepas bertugas di Iraq (15.6 kepada 17.1 peratus) daripada selepas bertugas di Afghanistan (11.2 peratus) atau sebelum kerahan ke Iraq (9.3 peratus ); perbezaan terbesar adalah dalam kadar PTSD. Dari orang-orang yang maklum balas positif untuk gangguan mental, hanya 23 hingga 40 peratus mendapatkan penjagaan kesihatan mental. Mereka yang jawapan positif bagi gangguan mental adalah dua kali lebih berkemungkinan sebagai mereka yang jawapan negatif untuk melaporkan kebimbangan mengenai keaiban dan halangan lain untuk mendapatkan penjagaan kesihatan mental yang mungkin.

amar alKhatab berkata...

Sebagai seorang Muslim, kami cuba untuk membantu sesiapa sahaja terutama untuk keperluan mereka. Sebahagian daripada berkongsi pengetahuan kami, kami adalah menjaga satu sama lain sebagai Nabi kami meminta kami lakukan (untuk berbuat baik kepada semua tanpa menjejaskan mana-mana atau warna kulit). Cuba untuk bekerja dengan masyarakat Islam anda JIKA anda tidak faham apa yang kita cuba membantu anda.

amar alKhatab berkata...

MENURUT Yahya bin Muaz ar-Razi, syaitan tidak berfungsi, manakala orang sibuk dengan kerja dan pelbagai perkara. Malah, syaitan sentiasa melihat manusia, apabila orang tidak boleh melihat. Manusia sering cuai dan lupa untuk memerangkap syaitan, tetapi dia tidak melupakan rakyat.

Imam al-Ghazali mencadangkan untuk menjelaskan tiga cara untuk memerangi serangan syaitan, iaitu:
# Pembelajaran plot taktik atau strategi syaitan.
# Tidak memberi perhatian atau layanan kepada hasutan syaitan. Menganggap bahawa hasutan dan seruan syaitan seperti anjing menyalak. Semakin sengit dan ganas anjing menyalak apabila ia diberi perhatian atau maklum balas, tetapi ia adalah lebih cepat untuk berhenti menyalak apabila kita mengabaikan.
# Lidah dan hati sentiasa menyebut Allah.

amar alKhatab berkata...

Untuk mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita mesti memahami dan mengenal pasti perbezaan keraguan, inspirasi, suara, dalaman dan panggilan nafsu sifat manusia kejadian. Keraguan adalah anak panah yang dilepaskan oleh syaitan ke dalam hati rakyat dan tinggal di tengah-tengah. Ragu-ragu juga mampu mengawal bisikan hati nurani atau lintasan fikiran manusia (merujuk kepada bagaimanakah beramal). Bisikan hati nurani juga boleh dipengaruhi oleh idea. Inspirasi adalah diingat bahawa ini adalah jalan yang lebih khusus yang dipanggil kepada kebaikan, datang daripada Allah melalui malaikat, manakala suara skeptikal dalaman yang menyeru kepada yang Jahat, datang daripada syaitan. Meragui penuh tipu daya, kadangkala menyeru orang lain kepada kebaikan sebagai umpan untuk memerangkap orang. Sebagai contoh, pengaruh manusia untuk melakukan ritual pemujaan syaitan berkhatan dan meninggalkan wajib.
Menurut al-Ghazali, lintasan keraguan datang dari syaitan, yang menyeru manusia kepada kejahatan. Tetapi idea turun daripada Allah atau malaikat (dengan izin Allah) yang menyeru orang berbuat baik. Untuk mempelajari taktik dan penipuan syaitan, kita mesti memahami dan mengenal pasti perbezaan di antara keraguan, inspirasi, suara, dalam dan keinginan sifat yang bersifat panggilan manusia. Dua cara untuk mengesan laktullah penipuan;
1 - membisikkan
2 - yang terlibat apabila ini berlaku, Mempunyai banyak membaca ayat-ayat Al Quran, terutamanya Surah Al Mu'minuun: 98 dan Al Kahf: 102.
Menutup mata dan tawajjuh / menumpukan kepada Tuhan .. sambil menekan kedua-dua mata dengan jari untuk melihat gambar radiasi. Memberi tumpuan kepada radiasi semasa melaungkan. InshaAllah, dengan keizinan-Nya, anda akan melihat kebesaran Allah dalam kaedah perubatan ini. Penuh yakin bahawa Allah, menjadi Lembaga tidak mempunyai kuasa .. tetapi Allah yang Maha Pemurah .. Dan jika yang mengganggu dengan jin; 1 - Ketuk atas orang sakit atau tempat yang boleh diganggu dan diulangi tindakan seperti di atas.

amar alKhatab berkata...

Bagaimanakah beramal:

Fekah Whispering oleh Dr. Don R. Justesen diterbitkan "Gelombang Mikro dan Tingkahlaku" adalah tThe. Gelombang mikro auditori kesan, juga dikenali sebagai kesan pendengaran gelombang mikro atau kesan Frey, terdiri daripada klik yang boleh didengar yang disebabkan oleh denyutan frekuensi gelombang mikro / termodulat. Klik dijana secara langsung di dalam kepala manusia tanpa perlu apa-apa peranti elektronik yang menerima. Kesan ini berlaku akibat pengembangan haba bahagian telinga manusia sekitar koklea, walaupun pada ketumpatan kuasa yang rendah. Panjang gelombang ialah jarak diantara tempat-tempat yang serupa dalam kitaran bersebelahan isyarat gelombang yang propogated di angkasa. Isyarat ini akan muncul sebagai gambar gambar radiation.The akan membawa anda ke beberapa imej .. (merujuk kepada lampiran untuk imej pra sebelum imej yang sebenar). Ini senario (imej) kita boleh belajar dari pengeluaran ultrasound digunakan dalam pelbagai bidang yang berbeza, biasanya untuk menembusi medium dan mengukur tandatangan refleksi atau membekalkan tenaga yang tertumpu. Tandatangan refleksi boleh dedahkan maklumat tentang struktur dalam media. Itulah sebabnya mengapa kita perlu untuk menutup (tawajjuh / fokus) yang lebih mirip kepada berasaskan teknik pengimejan ultrabunyi diagnostik perubatan yang digunakan untuk menggambarkan otot, tendon, dan banyak organ-organ dalaman, untuk menangkap saiz, struktur dan sebarang lesi patologi dengan sebenar masa tomographic imej.



Taktik dan penipuan syaitan:
Syaitan akan memanipulasi peristiwa untuk melemahkan manusia (tiada iman) pengolah dan pemerah, membaca fikiran orang lain dan menggunakan rahsia mereka untuk kepentingan sendiri, sentiasa berusaha ke arah goals.As sendiri membalas dendam bersumpah syaitan kepada Tuhan.



Kau telah dua orang komander yang dipulangkan dan telah bertanding untuk merebut kepimpinan ini decepticons, mereka berpaling keadaan untuk kelebihan mereka sendiri dengan kedua-dua belah bidang kerja. Mereka juga menikmati kemenangan yang jarang berlaku dalam tempoh ini. Mereka




Syaitan mempunyai hamba-hambanya yang dicipta oleh radiasi gelombang mikro berdenyut boleh didengar oleh beberapa pekerja;
Beliau Gonna digunakan hamba-hambanya lebih seperti kaset gelombang suara "cepat untuk berkhidmat dan membela kroni dalam krisis, dan pada amnya berkaitan dengan beliau sebagai penjawat atau bahkan haiwan peliharaan. Kami menamakannya sebagai gelombang suara kerana ia bergerak dalam bunyi (berbisik). Kaset yang bermain sebahagian dengan merekodkan semua suara-suara yang yang anda pernah mendengar. Ia boleh mengulangi suara (yang direkodkan) atau mereka menggunakan nada suara untuk membuat anda berkelana. Seperti suara atau sesiapa ibu anda bahawa anda mencintai yang akan membuat anda mudah untuk jatuh dan mula menghalau mereka. , Kita mempercayai bahawa Dajjal makhluk panggilan yang boleh datang pada masa hadapan yang lebih dekat untuk memanipulasi manusia percaya.

.blogspot. Com berkata...

assalaamualaikum wrwb. Izin nyimak dan berkomentar kang mas ustadz! Menurut pengetahuan saya, jika datang bisikan jahat atau bisikan yang keluar dari hukum syariat alqur'an, sunnah dan hadits sudah pasti itu bisikan syetan, sedikit pendapat saya jika engkau mendengar bisikan seperti siapakah yang menciptakan Tuhanmu? Kita tidak usah berfikir dan berpraksangka buruk kpda tuhan kita, janganlah engkau memikirkan dzat-dzat Tuhan, maka engkau tidak sanggup memandangnya. Tapi berfikirlah tentang sifat-sifat-Nya. Semoga kita semua di beri cahaya dan petunjuk-Nya. Amin.

.blogspot. Com berkata...

assalaamualaikum wrwb. Izin nyimak dan berkomentar kang mas ustadz! Menurut pengetahuan saya, jika datang bisikan jahat atau bisikan yang keluar dari hukum syariat alqur'an, sunnah dan hadits sudah pasti itu bisikan syetan, sedikit pendapat saya jika engkau mendengar bisikan seperti siapakah yang menciptakan Tuhanmu? Kita tidak usah berfikir dan berpraksangka buruk kpda tuhan kita, janganlah engkau memikirkan dzat-dzat Tuhan, maka engkau tidak sanggup memandangnya. Tapi berfikirlah tentang sifat-sifat-Nya. Semoga kita semua di beri cahaya dan petunjuk-Nya. Amin.

SEORANG YANG MEMILIKI DUA RUMAH; BAGAIMANA MENGUKUR KEHARUSAN JAMAK DAN QASAR SOLAT BAGINYA?

Soalan; Assalamu'alaikum Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, guru yg saya muliakan krn ALLAH TA'ALA. Mohon pencerahan mengenai solat jama'...