Langkau ke kandungan utama

iNDIVIDU DOWN SINDROME; WAJIBKAH PUASA DAN SOLAT?

Soalan; Assalamualaikum, Tuan, Adakah wajib bagi anak down syndrome solat dan berpuasa?

Jawapan;

Antara syarat wajib solat dan puasa ialah mukallaf. Maksud mukallaf ialah; seseorang itu memiliki sifat-sifat yang menjadikannya mampu untuk menerima arahan Syarak (Allah dan Rasul) iaitu;
1. Berakal sempurna; yakni mampu membezakan antara baik dan buruk, dosa dan pahala, antara satu ibadah dengan satu ibadah yang lain.
2. Sampai umur (yakni telah baligh).
3. Sempurna pancainderanya; khusus yang berkaitan dgn penerimaan ilmu iaitu; mata dan telinga. Jika seseorang itu buta mata dan pekak telinganya (yakni rosak kedua-dua sekali), gugur kewajipan Syariat kerana ia tidak mempunyai alat untuk menerima arahan Syarak.

Oleh kerana individu down syndrome tidak mempunyai sifat pertama di atas (berakal sempurna), tidak wajiblah atasnya solat dan puasa.

Berdasarkan kajian, kebanyakan individu dengan sindrom Down mempunyai kecacatan akal sekitar rendah (IQ 50–70) kepada serdahana (IQ 35–50). ((http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Down)).
100; Kecerdasan biasa – mampu lulus peperiksaan untuk berijazah, bekerja pada kedudukan pertengahan (25%)
hingga 90 Kecerdasan di bawah tahap biasa – mampu menamatkan pendidikan asas dan sesuai bekerja dalam bidang kerja manual(10%)
hingga 80 Kecerdasan sempadan rendah – menamatkan pendidikan asas dengan kesukaran, mampu berjaya dalam kelas khas(10%)
hingga 70 Bodoh, kecerdasan rendah – jika dibimbing dengan betul, mampu menamatkan sekolah khas(6.8%)
hingga 50 Tolol, kecerdasan rendah aras sederhana – tidak dapat diajar, namun mempunyai tabiat harian sendiri untuk meneruskan hidup (2%)
hingga to 20 Tongong, kecerdasan amat rendah – tidak dapat diajar dan dilatih(0.2%). ((http://www.iq-test.my/faq/)

Wallahu a'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

ADIK-BERADIK DATUK DAN NENEK; ADAKAH MEREKA MAHRAM?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih atas jwpn Ustaz pd soalan yg terlebih dahulu - tentang mahram seseorang wanita & menampakkan aurat pd remaja lelaki belum baligh. Dlm catatan Ustaz, disenaraikan mahram seseorang wanita adalah: 1. Bapa dan ke atas (yakni datuk dan seterusnya ke atas) 2. Anak lelakinya dan cucu lelakinya 3. Saudara-saudara lelakinya 4. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelakinya 5. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuannya 6. Bapa-bapa saudara dari sebelah bapanya 7. Bapa-bapa saudara dari sebelah ibunya. Soalan saya pula, bagi pihak Muslimah,bagaimana pula lelaki di senarai di bawah ini - adakah boleh kita berjabat tgn & menampakkan aurat? a--adik-beradik lelaki pada datuk kandung kami (sebelah bapa & ibu) b--adik-beradik lelaki pada nenek kandung kami (sebelah bapa & ibu) c--anak lelaki dari bapa saudara sebelah kedua bapa & ibu kami (yakni sepupu lelaki dari pakcik) Terima kasih Ustaz. Wassalam Jawapan; 1. Adik-beradik ...