Ahad, 22 Mei 2011

BILA IMAN AKAN TERBATAL?

Soalan; Assalamualaikum ustaz, semasa di zaman universiti dulu saya ada belajar subjek aqidah. saya pelajar aliran sains, tapi di universiti saya ada masukkan jgk subjek2 agama. Alhamdulillah dapat la belajar sedikit sebanyak. dalam satu sesi tu, kami ada belajar tentang perkara2 yang membatalkan iman. Antaranya ialah seperti menghalalkan yang haram, mengharamkan yg halal dan juga lain2. Bila saya terfikir pasal benda ni saya jadi risau pulak ustaz. Sebab kadang2 tu kan macam bila kita ada buat dosa, pastu dalam hati kita macam tak kisah dengan perbuatan dosa kita tu...seolah-olah macam kita menghalalkan yang haram......ataupun kadang2 bila kita nampak perbuatan dosa depan mata kita, tapi kita macam tak kisah akan perbuatan tersebut....saya takut semua ini termasuk dalam kategori menghalalkan yg haram yang boleh membawa kepada batalnya iman....nauzubillah.... mohon penjelasan daripada ustaz. Syukran ustaz. Moga Allah merahmati ustaz.

Jawapan;

Iman yang sempurna terkandung di dalamnya 3 unsur;
1. Keyakinan hati
2. Pengakuan lidah
3. Amalan anggota
 
Unsur pertama dan kedua adalah dasar iman di mana jika tiada seorang itu adalah kafir. Jika seorang muslim hilang keduanya ia akan jadi murtad. Adapun unsur ketiga (amalan) ia adalah penyempurna kepada iman. Jika tiada, tidaklah menjadi kafir atau murtad, akan tetapi imannya tidak sempurna yakni ia masih dianggap mukmin, namun mukmin ashi (mukmin yang melakukan maksiat). Seorang mukmin yang sempurna ialah mukmin muthi' (mukmin yang taat).
 
Seorang muslim/mukmin akan jadi kafir/murtad jika hilang keyakinan hatinya terhadap Allah atau Rasul atau Agama (yakni mana-mana ajaran Islam yang pasti, yang tidak diragui lagi kedudukannya sebagai ajaran Islam). Jika ia mengisytiharkan ketidakyakinannya kepada orang lain, ia kafir/murtad di sisi Allah dan di sisi manusia. Jika ia tidak mengisytiharkannya, ia kafir/murtad di sisi Allah, adapun di sisi manusia ia masih Islam kerana keputusan di sisi manusia dihukum berdasarkan apa yang zahir/nampak.
 
Merujuk kepada soalan saudara, selagi seorang itu tetap meyakini perintah Allah dengan hatinya dan tiada tanda/bukti secara zahir ia menafikan perintah itu, ia masih mukmin walaupun ia tidak melaksanakan perintah itu. Namun jika ia meninggalkan perintah itu bersama hati yang engkar (tidak percaya lagi dengan perintah itu) atau ia bercakap mengkritik perintah itu (dalam keadaan ia tahu itu perintah Allah yang pasti, tiada keraguan), ketika itu ia jadi kafir/murtad.
 
Wallahu a'lam.

3 ulasan:

Nina Sky berkata...

mase sy solat..byk gguan dlm hati y tntang perkara yg membatalkan iman spt tibe2 terlintas kluar agama..sy cuba nafikan hal 2 dlm hati…shingga kn smkin kushyuk dlm solat..smkn byk mnggangu hati..de ustaz ckp 2 lintasan hati jgn lyn..tp sy bce bku ttg pkara batalkan solat slh satunya murtad..smda niat sgja/x ttp btal..tp bg kes ni sy cuba nafikan dan sy x niat pn pkra 2 tp ttp blaku..smp sy mgucap then amik wudhuk byk kli..sy tkut sgt solat tbatal dsbkn pkra ni..rase nk nangis..xd niat pn tp bermain2 kt minda,,,smp hari2 sy solat taubat mtk Allah trima ibadat sy dan mtk menetapkan iman dgn kuat..djauhi pkra y mbtalkan iman..

Nina Sky berkata...

mase sy solat..byk gguan dlm hati y tntang perkara yg membatalkan iman spt tibe2 terlintas kluar agama..sy cuba nafikan hal 2 dlm hati…shingga kn smkin kushyuk dlm solat..smkn byk mnggangu hati..de ustaz ckp 2 lintasan hati jgn lyn..tp sy bce bku ttg pkara batalkan solat slh satunya murtad..smda niat sgja/x ttp btal..tp bg kes ni sy cuba nafikan dan sy x niat pn pkra 2 tp ttp blaku..smp sy mgucap then amik wudhuk byk kli..sy tkut sgt solat tbatal dsbkn pkra ni..rase nk nangis..xd niat pn tp bermain2 kt minda,,,smp hari2 sy solat taubat mtk Allah trima ibadat sy dan mtk menetapkan iman dgn kuat..djauhi pkra y mbtalkan iman..

Tanpa Nama berkata...

mase sy solat..byk gguan dlm hati y tntang perkara yg membatalkan iman spt tibe2 terlintas kluar agama..sy cuba nafikan hal 2 dlm hati…shingga kn smkin kushyuk dlm solat..smkn byk mnggangu hati..de ustaz ckp 2 lintasan hati jgn lyn..tp sy bce bku ttg pkara batalkan solat slh satunya murtad..smda niat sgja/x ttp btal..tp bg kes ni sy cuba nafikan dan sy x niat pn pkra 2 tp ttp blaku..smp sy mgucap then amik wudhuk byk kli..sy tkut sgt solat tbatal dsbkn pkra ni..rase nk nangis..xd niat pn tp bermain2 kt minda,,,smp hari2 sy solat taubat mtk allah trima ibadat sy dan mtk menetapkan iman dgn kuat..djauhi pkra y mbtalkan iman..

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...