Langkau ke kandungan utama

LAFAZ TALAK TANPA NIAT & TALAK 3 SEKALIGUS

Soalan; assalamualaikum ustaz.
1. isteri saya telah pulang kerumah ibunya. pada malam harinya. saya telah menghantar sms berbunyi "kalau tak balik kerumah malam ni, jatuh talak 3". saya menghantar sms tersebut tanpa niat. bertujuan menyuruh isteri saya balik. adakah jatuh talak tersebut?
2. sebelum ini saya pernah bertengkar. dan saya lafaz "kita putus" juga tanpa niat. adakah jatuh talak?

Jawapan;

1. Lafaz pertama adalah lafaz sharih iaitu lafaz yang tidak difahami oleh orang yang mendengar melainkan dengan makna talak. Ucapan talak/cerai dengan lafaz sharih tidak dirujuk kepada niat, yakni; semata-mata suami melafazkannya dengan mulutnya jatuhlah talak sekalipun suami mendakwa ia melafazkannya bukanlah dengan niat cerai tetapi gurauan, marah, ancaman atau sebagainya. Lafaz sharih ini ialah dengan menggunakan perkataan talak atau cerai. Hukum tersebut adalah kerana Rasulullah bersabda; "Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh dan gurauannya juga adalah sungguh;
A) Nikah
B) Talak
C) Rujuk
(HR Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis hasan gharib. Lihat: Sunan at-Tirmizi, kitab At-Thalaq wa al-Li'an, bab Ma Ja-a Fi al-Jaddi wa al-Hazli Fi at-Thalaq, no. 1101. Juga diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah).

Berkata Imam al-Khattabi; "Telah sepakat sekelian ulamak bahawa lafaz talak yang sharih jika dituturkan oleh seorang lelaki (yakni suami) yang baligh (sampai umur) dan berakal, ia diambil perkiraan dengannya dan tidak berguna ucapannya "Aku mengucapkannya main-main sahaja atau hanya gurauan atau aku tidak berniat talak dengannya" atau alasan-alasan lain seumpamanya" (Aunul-Ma'bud, kitab at-Thalaq, bab at-Thalaq fi al-Hazl, hadis no. 2194).   

Jadi dalam kes di atas jika suami mengakui ia menghantar sms tersebut dan berlaku perkara yang dita'liqkan (yakni diikatkan) dalan ucapan talak/cerai yang dilafazkan itu, jatuhlah talak. Adakah jatuh talak satu atau talak tiga? Perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulamak;

A) Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab empat; Hanafi, Maliki, Syafiie dan Hanbali); talak tiga sekaligus akan menjatuhkan tiga talak. Jadi suami yang melafazkan talak 3 sekaligus kepada isterinya, ia dikira menceraikan isterinya dengan 3 talak/cerai dan ia tidak boleh merujuk kembali isterinya melainkan setelah isterinya berkahwin dengan lelaki lain, berlaku persetubuhan antaranya dengan suami barunya itu, diceraikan oleh suami baru itu dan habis eddah, barulah boleh berkahwin semula dengan bekas suami tadi iaitu dengan akad dan mas kahwin baru.

B) Sebahagian ulamak (iaitu Imam Ato', Tawus, Said bin Jubair dan disokong oleh Imam Ibnu Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim) berpandangan; talak hanya jatuh satu sahaja walaupun dilafazkan oleh suami 2 atau 3 sekaligus kerana talak menurut mereka hanya boleh berlaku satu demi satu, tidak berlaku banyak sekaligus. 

2. Adapun lafaz yang kedua (kita putus) ia adalah lafaz kinayah iaitu lafaz yang boleh difahami sebagai talak/cerai dan boleh juga dengan maksud lain. Kerana itu ia bergantung kepada niat suami. Jika suami berkata ia memang berniat talak dengan ucapan itu, jatuhlah talak. Jika tidak, tidak jatuh talak. 

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Al-Mughni, Imam Ibnu al-Qudamah, juzuk 7, kitab at-Talaq.
2. Aunul-Ma'bud (Syarah Sunan Abi Daud), kitab at-Thalaq, bab at-Thalaq fi al-Hazl, hadis no. 2194).
3. Fiqh as-Sunnah, Syeikh Sayid Sabiq, 2/173.

Ulasan

ingin tahu berkata…
assalamualaikum ustaz..baru2 nie sy ada bertengkar dengan suami sy dan dia ada menghantar sms bbunyi begini ''aku tengok masalah kita takkan selesai.Aku tunggu kau lahirkan anak,kita pergi pejabat agama dan aku akan lepaskn kau''

adakah jatuhnye talak sy selepas sy bersalin?
firdaus mili berkata…
ustaz,kalau kwn saya sms kpd isterinya begini "nama si isteri,aku ceraikan engkau!!"..tetapi tdk berniat lansung utk menceraikan isterinya,krana dlm perasaan marah si suami menghantar sms begitu..tdk disertakan dgn perkataan talak..adakah ianya sah cerai atau tidak?
firdaus mili berkata…
ustaz,kalau kwn saya sms kpd isterinya begini "nama si isteri,aku ceraikan engkau!!"..tetapi tdk berniat lansung utk menceraikan isterinya,krana dlm perasaan marah si suami menghantar sms begitu..tdk disertakan dgn perkataan talak..adakah ianya sah cerai atau tidak?
firdaus mili berkata…
ustaz,kalau kwn saya sms kpd isterinya begini "nama si isteri,aku ceraikan engkau!!"..tetapi tdk berniat lansung utk menceraikan isterinya,krana dlm perasaan marah si suami menghantar sms begitu..tdk disertakan dgn perkataan talak..adakah ianya sah cerai atau tidak?
firdaus mili berkata…
ustaz,kalau kwn saya sms kpd isterinya begini "nama si isteri,aku ceraikan engkau!!"..tetapi tdk berniat lansung utk menceraikan isterinya,krana dlm perasaan marah si suami menghantar sms begitu..tdk disertakan dgn perkataan talak..adakah ianya sah cerai atau tidak?
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Ustaz,semasa pertelingkahan dengan suami berkaitan dgn duit di dlm akaun bank yg diambil oleh suami tanpa pengetahuan isteri,suami saya ada berkata bahawa "dia akan menggantikannya pada 10.5.2012,sekiranya tidak maka dikira jatuh talak".Solan saya adakah jatuh talak ke atas saya jika pada tarikh tersebut mmg suami tidak mampu untuk menjelaskan wang tersebut.
Tanpa Nama berkata…
Assallam Uztaz.. Suami saya telah bernikah satu lagi di Songkla tanpa pengetahuan dan persetujuan saya. Bila saya dapat tahu, saya memberi kata putus untuk memilih satu diantara dua. Suami saya telah memilih saya & anak2 dan menceraikan isteri kedua yang dinikahi tak sampai 2 bulan dengan talak satu di depan peguam saya. Tapi apa yg saya ketahui, suami saya telah mengatakan pada bekas isteri keduanya yang penceraian itu dipaksa. Setelah hampir 2 tahun penceraian itu, suami saya masih berurusan dengan bekas isteri kedua. Saya menambil keputusan utk minta cerai. Tapi suami saya tak mahu melepaskan saya. Saya minta suami saya menjatuhkan talak 3. Kerana saya tak mahu terus ditipu suami. Suami mengajak saya ke pejabat lawyer dan telah menjatuhkan talak 3 kepada sama ada bekas atau masih isteri kedua nya itu. Ade kah talak yang dilafazkan 3 itu sah jatuh kepada bekas isteri kedua.??
Tanpa Nama berkata…
salam ,saya ingin bertanya,adakah talak jatuh jika sesorang suami mengatakan.kalau aku nak,aku ceraikan kau dengan talak 3,adakah ungkapan si suami ini sah?sekian terima kasih.
Tanpa Nama berkata…
Adakah berdosa kalau kita yakin pendapat yg kedua) Sebahagian ulamak (iaitu Imam Ato', Tawus, Said bin Jubair dan disokong oleh Imam Ibnu Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim) berpandangan; talak
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum ustaz, jika suami saya hantar whatsapp kepada saya ketika tgh marah berbunyi ‘ klu itu yg u nk, aku lepaskan kau’ sedangkan sy tak mntk cerai pn cuma saya ckp jgn bg org lain ade alasan pisahkan kita especially makbapak kita. Tp suami sy salah anggap itu sbg ugutan sy mntk cerai. Jatuh talak ke? N boleh ke lafaz rujuk wlupn sy masih taktahu jatuh ke tidak talak. Terima kasih
Unknown berkata…
Assalamu'alaikum pk ustazd, suamiku telah mentalak saya, dgn talak 1, kemudian rujuk dan bertengkar lagi dan dia menjatuhkn talak lagi dgn talak 2 dan 3, dan sekarang dia hendak niat merujuk saya lagi, tapi saya menolaknya krna sudah talak 3, sedangkn menurt dia baru jatuh talak 2, mohon pnjelasa pk ustazd , trmksh ,wassalamu'alaikum.

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk