Soalan; Assalamualikum ustaz. Saya setuju melabur
sejumlah wang dlm perniagaan yg diushakan kawan saya. Persetujuan telah dibuat
kedua2 belah pehak tempoh pelaburan selama 2 tahun dan maksimum 5 tahun dgn
jumlah keuntungan tetap 3% dibayar sebuln hingga habis tempoh perjanjian saya
akan menerima jumlah pelaburan asal. Apakah boleh saya melabur dan hukumnya
pelaburan yang sebegini harap ustaz jelaskan
Jawapan;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.
Pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap pada setiap bulan (atau dalam tempoh tertentu), tanpa tertakluk kepada untung-rugi yang dikongsi bersama, pelaburan itu tidak sah di sisi Syariat kerana ia berunsurkan riba. Hal ini telah disepakati para ulamak. Jadi 3% yang dijanjikan pada setiap bulan itu adalah riba dan tidak halal. Kecualilah jika 3% yang dijanjikan itu dinisbahkan kepada keuntungan dan tertakluk kepada untung rugi syarikat atau perniagaan terbabit (yakni tiada keuntungan yang akan diberikan jika syarikat/perniagaan mengalami kerugian pada bulan tertentu), maka ia sah di sisi Syariat. Itu dilihat dari aspek pembahagian keuntungan. Perlu juga dilihat dari aspek-aspek lain seperti produk yang diperniagakan (adakah halal?), bentuk perkongsian dan sebagainya untuk memastikan keseluruhannya sah mengikut syariat.
Wallahu a'lam.

Ulasan