Soalan; assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya tentang beza di antara kedua
cecair tersebut (mazi dan mani). Sy seorang perempuan yang belum berkahwin. Sy mempunyai
masalah keputihan dimana sy menggunakan pantiliner setiap masa. Adakah
air mazi keluar jernih manakala air mani keluar kekuningan? Ini
disebabkan sy telah membaca buku dan internet dimana terdapat pelbagai
deskripsi dan sukar juga bagi sy untuk membezakan keduanya lagi2 kerana
sy mempunai masalah keputihan yg berbau.. Adakah air mazi keluar hanya
disebabkan syahwat? dan apakah syahwat itu adalah hanya apabila
berimaginasi bukan2 tentang lelaki atau perempuan? Atau adakah cecair
mazi boleh keluar tanpa berimaginasi bukan2? seperti jika kita berasa
cemas adakah mazi boleh keluar? Sy juga selalu was-was tentang perkara
ini menyebabkan sy mandi wajib 2,3 kali
sehari. Kadang2 terbayangkan bukan2 tanpa sedar dan tak diingini tak
keluar air dan kdg2 tanpa terbygkn tapi merasa cemas takut air mani
keluar yg sy sedar ade cecair keluar. Sy harap ustaz boleh membantu sy.
terima kasih.
Jawapan;
Bismilillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.
Bagi insan normal, air mazi dan air mani hanya keluar ketika syahwat. air mazi ketika sedang syahwat dan air mani pula ketika kemuncak syahwat. Mazi cairan nipis dan melekit, mani pula kental. Syahwat boleh timbul kerana hubungan suami isteri, berkhayal, melihat perkara yang menimbulkan syahwat atau sebagainya.
Tanpa syahwat, mungkin cairan yang keluar itu kecing, keputihan, peluh atau air wadi. Cairan-cairan itu keluarnya tidak memerlukan mandi, memadai membasuhnya sahaja dan mengambil wudhuk sebelum solat. Untuk penjelasan lanjut sila baca dalam blog saya; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/air-yang-keluar-dari-kemaluan-wanita.html) atau taip sahaja "mani" di bahagian carian/search, insya Allah lebih banyak jawapan ditemui.
Wallahu a'lam.

Ulasan