Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

MAKAN MALAM BERSAMA MAJIKAN

SOALAN : Assalamualaikum, Yang Terhormat Ustaz, Apakah hukum bagi seorang wanita yang sudah bersuami yang sering keluar makan malam dengan seorang lelaki yg bukan mahramnya (boss, majikan, atau kawan). Untuk menutup di tuduh berkhalwat, si istri ini membawa seorang teman wanita untuk menemaninya. Perkara ini sering berlaku. Dan sekiranya si istri ini di beri izin suami untuk keluar makan dengan lelaki yg bukan muhrim nya ada kah ini diperbolehkan.  Sekian dan terima kaseh. JAWAPAN : Wassalam. Bismillah, sebarang perkara yang membuka jalan kepada berlakunya kemungkaran wajib ditutup. Setiap orang wajib menjaga diri dari terjerumus ke dalam kemungkaran. Seorang suami pula wajib menjaga isterinya atau anak perempuannya dari terjerumus dalam kemungkaran. Oleh itu, tidak harus dia membenarkan isteri atau anak perempuannya bebas keluar dengan lelaki yang bukan mahram mereka. Firman Allah; "Wahai orang beriman, jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"

BERIMAMKAN IMAM SOLAT JAMAK

SOALAN Salam Ustaz. nak tanya mengenai solat jamak qasar... boleh ke kalau orang solat biasa menjadi makmum kepada orang yang tengah solat jamak qasar? dan bolehkah sebaliknya pula? JAWAPAN Bismillah, 1. Menurut mazhab Syafie: boleh org solat biasa menjadi makmum kpd org yg solat jamak dan qasar. Selepas imam beri salam, dia hendaklah mencukupkan rakaat solatnya seperti biasa. 2. Adapun sebaliknya: tidak harus org yg solat qasar berimamkan org solat biasa. Jika dia mengetahuinya di tengah solat, wajib dia mengubah solatnya dari qasar kpd solat biasa. 3. Bagi jamak pula, tidak menjadi larangan selepas mengikut imam bagi solat pertama, setelah selesai solat makmum bangun mengerjakan pula solat kedua. Yakni harus makmum yang menjamak solat menjadi makmum kpd imam yg tidak menjamakkan solat. Wallahu a'lam.

MAJIKAN BERSAMA PEMBANTU RUMAH KETIKA KETIADAAN ISTERI

Soalan : Assalamualaikum Mohon penjelasan ttg kedudukan seorang majikan lelaki bersama pembantu rumah di dalam rumahnya ketika ketiadaan isterinya di rumah, tetapi terdapat anak2 yg masih kecil. Adakah boleh dianggap khulwah/khalwat? Jawapan: Bismillah, Ya, dianggap khalwat kerana Nabi SAW bersabda; "Janganlah seorang lelaki bersunyian (berkhalwat) dengan seorang wanita kecuali disertai mahramnya (yakni mahram wanita itu)" (Soheh al-Bukhari; 1862. Muslim; 1341). Perbuatan tersebut boleh menimbulkan keraguan dan mendorong kepada berlakunya zina. Kehadiran anak-anak yang masih kecil tidak menggugurkan hukum tersebut kerana kewujudan mereka tidak dapat menutup keraguan dan tidak menghalang dari zina. Wallahu a'lam.

TIDUR MENIARAP

Soalan: Assalamualaikum ust Boleh Jelaskan hukum tidur meniarap dan dalilnya Jawapan: Bismillah, Terdapat hadis dr Abu Hurairah ra menceritakan; Nabi saw melihat seorang lelaki tidur dgn melentang atas perutnya (yakni meniarap), lantas baginda berkata; "Ini adalah tidur yg tidak disukai Allah" (Musnad Ahmad: 7862, 8041. Sunan at-Tirmizi: 2768., isnadnya hasan). Dalam riwayat lain: "Ini adalah tidur yg dibenci Allah" (Musnad Ahmad: 15543. Sunan Abi Daud; 5040. Hasan lighairihi)

HUKUM TAHI CICAK DAN TAHI ANJING KERING

HUKUM TAHI CICAK DAN TAHI ANJING KERING Soalan. Assalamualaikum. 1, semasa solat terkena /terpijak tahi cicak kering,bagaimana dengan solatnya. 2, terpijak tahi anjing kering.perlukah samak/sertu. Mohon penjelasan.terima kasih. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah, 1. Segala jenis tahi adalah najis. Apabila terkena pakaian, wajib dicuci sebelum memakainya ketika solat. Jika menyedari ada najis pada pakaian setelah solat, solat batal dan wajib diulang semula. Jika ingin memakai pakaian itu, wajib membasuh kawasan yang dikenai najis, kemudian baru memakainya untuk solat. Najis hanya dimaafkan jika terlalu sedikit, payah dijaga dan sukar dielakkan. Najis yang dianggap sedikit ialah yang tidak kelihatan oleh mata, contohnya; lalat yang hinggap di baju kita. Kemungkinan ada najis yang dibawanya, namun najis itu dimaafkan kerana tidak dilihat oleh mata, lagipun sukar menjaga lalat dari menghinggap kita. Adapun tahi cicak, ia dapat dilihat oleh mata, kerana

MEMAKAI PENUTUP MUKA KETIKA IHRAM

MEMAKAI PENUTUP MUKA KETIKA IHRAM Soalan Saya akan menunaikan umrah pada bulan May ini.Memandangkan sekarang terdapat penularan wabak penyakit Mers-Cov yg dilaporkan berasal dr Arab Saudi,pihak media telah menyarankan supaya bakal2 umrah memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan. Bolehkah pemakaian topeng muka apabila dlm berihram atau mohon ustaz beri pencerahan @ penjelasan berhubung perkara ini terima kasih. Jawapan;  Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah,  Bagi lelaki, menutup muka tidak dilarang, maksudnya; ia tidak termasuk dalam larangan-larangan ihram. Adapun bagi wanita, ia dilarang kerana Nabi SAW bersabda;  وَلاَ تَنْتَقِبِ المَرْأَةُ المُحْرِمَةُ، وَلاَ تَلْبَسِ القُفَّازَيْنِ “Janganlah wanita yang berada di dalam ihram memakai niqab (tutup muka) dan jangan juga memakai sarung dua tangannya” (Soheh al-Bukhari; 1838, dari Ibnu ‘Umar RA). Oleh itu, memakai topeng muka semasa dalam ihram diharuskan bagi lelaki. Adapun bagi wanita, dilarang

SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH

SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH Soalan Apakah hukum nya kalau seorang suami yg masih muda dan cergas lagi menggangur. Beliau tidak langsung mahu mencari pekerjaan sunnguh pun sang isteri sudah berkali2 menasihatkan dia untuk cari apa saja kerja tidak kira pendapatan atau gaji nya kecil dari gaji istri. Sang isteri yang bekerja terpaksa membiayai semua perbelanjaan rumah dan anak termasuk makan minum suaminya walau pun pendpatan isteri kecil. Jawapan; Bismillah, 1. Apabila seorang lelaki telah berkahwin dan berkeluarga, wajib dia menanggung nafkah isteri (*sekalipun isteri kaya atau bergaji) dan juga anak-anaknya mengikut yang sepatutnya, merangkumi tempat tinggal, belanja makan, pakaian dan sebagainya dari keperluan hidup. Sabda Nabi SAW; “Ketahuilah bahawa hak mereka (yakni isteri-isteri kamu) ke atas kamu (yakni yang mesti kamu tunaikan) ialah kamu menyediakan dengan baik (keperluan) makanan dan pakaian untuk mereka” (Sunan at-Tirmizi; 1163, dari ‘Amru b

AURAT DAN PERKAHWINAN ANTARA ADIK BERADIK TIRI

AURAT DAN PERKAHWINAN ANTARA ADIK BERADIK TIRI Soalan Seorang janda yang mempunyai anak lelaki berkahwin dengan duda yang mempunyai anak perempuan  -apakah ada aurat antara adik beradik tiri tersebut?  -bolehkah adik beradik tiri tersebut berkahwin?  sekian,terima kasih....  Jawapan; Bismillah, 1. Di antara adik beradik tiri tidak ada sebarang ikatan mahram. Mereka adalah ajnabi dan anjabiyah antara satu sama lain. Oleh itu, wajib menutup aurat sesama mereka (*termasuk memakai tudung), tidak harus mereka berduaan dan tidak harus bersalaman. Kerana tiada ikatan mahram, mereka berdua boleh berkahwin. 2. Ikatan mahram hanyalah antara bapa dan anak tirinya, dan antara ibu dan anak tirinya. Apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita dan ia mensetubuhi wanita itu, haram selepas itu dia mengahwini anak perempuan wanita itu (yakni anak tirinya). Larangan disebut Allah dalam surah an-Nisa’ (bermaksud); “Dan (turut diharamkan ke atas kamu mengahwini) anak-anak isterimu yang

HUKUM TUNDUK UNTUK MENGHORMATI

HUKUM TUNDUK UNTUK MENGHORMATI Soalan Menghormati seseorang dengan menundukkan kepala di hadapannya, apakah dibenarkan Islam?  Jawapan ; Bismilllah, Dalam Sunan at-Tirmizi, Anas bin Malik RA menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW; ‘Wahai Rasulullah, jika seorang dari kami bertemu sahabatnya, bolehkah dia membongkok kepadanya?’. Jawab baginda; ‘Tidak boleh’. Dia bertanya lagi; ‘Bagaimana jika dia memeluk dan mengucupnya?’. Baginda menjawab; ‘Tidak boleh’. Dia bertanya lagi; ‘Bagaimana jika dia berjabat tangan dengannya?’. Baginda menjawab; ‘Ya, boleh’ (Sunan at-Tirmizi; 2728. Berkata at-Tirmizi; hadis hasan).  Berdasarkan hadis ini, kita boleh memahami bahawa menghormati seseorang dengan membongkok di hadapannya tidak disukai agama. Menurut ulamak; jika membongkok itu sampai ke paras yang menyamai rukuk dalam solat, hukumnya adalah haram kerana ia menyerupai sembahan kepada Allah. Jika atas dari kadar rukuk (seperti sekadar menundukkan kepala sahaja), hukumnya m

Bapa Mertua Tidak Solat

Soalan. Ustaz, sejak perkahwinan saya, bapa mertua saya tidak pernah solat. Bagaimana saya nak tegur beliau? Terima kasih ustaz. Jawapan.  Bismillah, 1. mohon kepada Allah supaya Dia membuka pintu hati bapa mertua saudara, jgn jemu berdoa. 2. Ada ruang tunaikan solat di rumah agar menjadi contoh dan semoga bapa mertua saudara terfikir tentang dirinya yang tidak solat. 3. Jika ada ruang untuk mengajaknya ke majlis ilmu, ajaklah. 4. Jika ada orang yang diseganinya, berbincanglah dengan orang itu, minta dia menyampaikan nasihat kepada mertua saudara. wallahu a'lam.