Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

PENYAKIT WAS WAS

Soalan : Assalamualaikum ustaz.. Saya mempunyai masalah was-was yang melampau berkaitan dengan ibadah. Saya risau masuk tandas kerana bayangkan kasut akan kotor kerana pijak lantai tandas, dan duduk bersila diperhimpunan pagi kerana membayangkan ia kotor dan seluar/kain yang dipakai tak boleh bawa dalam solat. Saya pun dah selalu ambil wudhu' atau mandi hadas banyak kali sebab saya rasa macam saya tak sempurna, kadang-kadang rasa dah sempurna, tapi macam ade suara membisik cakap yang saya kena ambik wudhu' lagi...  dan pelbagai urusan lagi. mohon pencerahan ustaz. Jawapan : Bismillah. Berkata imam syafiie: "Kita diperintahkan agar mengukur berdasarkan apa yg zahir/nampak. Adapun yg tersembunyi itu serahkan kpd Allah". Maka utk mengelak dari waswas, berhukumlah berdasrkan apa yg nampak, jgn membuat andaian dari yg tidak nampak. Jika tidak nampak tanda najis (iaitu wrna, bau dan sbgnya) maka tempat itu suci. Jika tidak berlaku pada kita sbrang perkara yg n

CARA MANDI WAJIB BAGI PESAKIT

SOALAN : Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya ustaz tentang mandi wajib. Saya telah menjalani pembedahan di bahagian perut dan ditampal dengan pembalut luka yang kalis air. Bagaimana cara untuk saya mandi wajib dan menjalankan solat? Terima kasih. JAWAPAN : Bismillah, 1. Mandi seperti biasa bagi kawasan yg tidak bertampal, 2. Kawasan bertampal; sapukan air atasnya, 3. Tayammum selepas mandi bagi kawasan yg tidak dapat disampaikan air, iaitu dengan menyapu debu ke muka dan tangan. Wallahu a'lam.