Soalan; saya ada mendengar seorang ustaz berkata; mengangkat tangan ketika khatib berdoa dalam khutbah adalah bid'ah dan dicela oleh sahabat Nabi RA. Betulkah, ustaz? Jawapan; Ustaz tersebut mungkin merujuk kepada hadis dari Hushain bin Abdirrahman yang menceritakan; Aku berada di sebelah Umarah bin Ruaibah RA (seorang sahabat Nabi SAW) ketika Bisyr bin Marwan sedang berkhutbah. Ketika berdoa, Bisyr mengangkat dua tangannya. Lantas 'Umarah RA berkata; 'Semoga Allah mencela dua tangannya itu. Sesungguhnya aku telah menyaksikan Rasulullah SAW (berkhutbah) di mana baginda tidak pernah melebihi dari sekadar mengisyaratkan dengan tangannya seperti ini', sambil dia menunjukkan dengan jari telunjukkannya (Musnad Ahmad; 17224. Soheh Muslim; 874/53). Namun jika kita perhatikan, yang dicela oleh 'Umarah RA adalah khatib yang berkhutbah. Kerana itu berdalilkan hadis tersebut, para ulamak -antaranya Imam an-Nawawi- menegaskan; Yang menjadi sunnah bagi khatib ialah t
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.