أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ
“Nabi SAW berbekam ketika beliau sedang berpuasa” (Soheh
al-Bukhari; 1938).
Hadis
ini menjadi dalil bagi keharusan berbekam ketika sedang berpuasa. Proses bekam
melibatkan pengeluaran darah dari badan. Dengan merujuk hukum berbekam itu,
para ulamak hari ini mengharuskan orang berpuasa menderma darah atau menjalankan
ujian darah kerana ia juga membabitkan proses yang sama (iaitu pengeluaran
darah dari tubuh).
Namun
keharusan tersebut bersyarat, iaitu tidak dikhuatiri tubuh menjadi lemah hingga
terpaksa berbuka puasa. Jika ada kekhuatiran tersebut, dilarang berbekam atau
menderma darah atau menjalankan ujian darah, kecuali jika darurat (yakni
keadaan terpaksa). Dalam Soheh al-Bukhari juga, terdapat hadis dari Tsabit
al-Bunani yang menceritakan; pernah ditanya kepada Anas bin Malik RA (sahabat
Nabi); ‘Adakah kamu semua (para sahabat) memakruhkan berbekam kepada orang
berpuasa?’. Dia menjawab; “Tidak, kecuali jika boleh melemahkannya” (Soheh
al-Bukhari; 1940).
Menurut
penjelasan Imam an-Nawawi; “Keharusan berbekam oleh orang berpuasa merupakan
pandangan mazhab Syafiie, Imam Malik dan Abu Hanifah, serta jumhur para sahabat
dan kebanyakan fuqahak” (lihat; al-Majmuk, 6/349).
Ulasan