Langkau ke kandungan utama

KENDURI NIKAH, KENDURI KHATAN, KENDURI KESYUKURAN, KENDURI AKIKAH, KENDURI KESYUKURAN, JAMUAN HARI RAYA; adakah semua disyariatkan?

Soalan; masyarakat Melayu adalah masyarakat kenduri. Banyak sungguh kenduri yang ada dalam masyarakat Melayu (sebagaimana disebut dalam tajuk, dan mungkin ada yang lain lagi). Adakah semua kenduri itu disyariatkan dalam agama Islam?

Jawapan;

1. Dari kenduri-kenduri yang disebutkan di atas, yang disuruh agama -secara khusus- ialah kenduri nikah. Nabi SAW bersabda kepada Abdurrahman bin 'Auf RA (yang baru berkahwin);

"Buatlah kenduri walaupun seekor kambing" (Soheh al-Bukhari; 2049. Muslim; 3492).

Menurut jumhur fuqahak (termasuk mazhab Syafiie); mengadakan kenduri nikah adalah sunat (digalakkan), tidaklah wajib. Sebagian fuqahak (iaitu Imam Malik, Ahmad dan mazhab Zahiri) berpandangan; wajib mengadakannya oleh yang mampu. 

Hukum memenuhi jemputannya pula, menurut jumhur fuqahak (ternasuk mazhab Syafiie); wajib memenuhi jemputan kenduri nikah jika tiada sebarang keuzuran, kerana Nabi SAW bersabda; "Sesiapa tidak memenuhi ajakan/jemputan kenduri (nikah), maka ia engkar kepada Allah dan RasulNya" (Soheh al-Bukhari; 5177. Muslim; 3521). Namun sebahagian ulamak berpandangan; tidaklah wajib, hanya sunat sahaja memenuhinya.

2. Adapun kenduri-kenduri yang lain (kenduri aqiqah, kenduri khatan, kenduri kesyukuran, jamuan hari raya dan sebagainya) tidaklah disuruh agama, namun jika dilakukan tidak pula dilarang agama, bahkan mendapat pahala jika dengan niat yang baik, kerana memberi makan orang lain secara umumnya amat digalakkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Sabda Nabi SAW; "Tiga perkara dapat mengangkat darjat; memberi salam, menjamu makan (orang lain) dan bangun solat malam" (Sunan at-Tirmizi; 3233. Hadis soheh).

"Sembahlah Tuhan ar-Rahman, jamulah makan dan berilah salam, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera" (Sunan at-Tirmizi; 1855).

Menurut pengarang Tuhfah al-Ahwazi; 'menjamu makan' sama ada atas nama sedekah (iaitu menjamu orang miskin) atau hadiah (iaitu menjamu untuk mengeratkan kasih sayang) atau dhiyafah (menjamu tetamu), semuanya masuk dalam pengertian hadis tersebut (5/269, syarah hadis no. 1854). 

Paling digalakkan ialah memberi makan orang yang memerlukan (orang miskin, penuntut-penuntut ilmu, gelandangan, tetamu dari luar, musafir/pengembara dan sebagainya). Allah berfirman;

"Namun manusia enggan menempuh jalan kesulitan (yang mengangkat darjatnya di akhirat)....iaitu memerdekan hamba, atau memberi makan pada hari kelaparan kepada anak yatim yang karib, atau orang miskin yang terdampar..." (surah al-Balad, ayat 11-16).

3. Menurut  mazhab Syafiie; kenduri-kenduri lain -selain kenduri nikah- hukum melakukannya adalah mustahabbah (digalakkan), namun tidaklah sekuat galakan kepada kenduri nikah. Memenuhi jemputan kenduri selain kenduri nikah itu juga mustahabbah (digalakkan menghadirinya), kerana Nabi SAW bersabda;

"Jika aku dijemput kepada suatu kenduri, pasti aku akan menghadirinya sekalipun yang dihidangkan hanya kaki kambing" (Soheh al-Bukhari; 2568).

Sedia diketahui, Islam amat membenci sifat berlebihan, membazir dan menunjuk-nunjuk. Maka dalam berkenduri, hendaklah dijauhi unsur-unsur yang dibenci Allah itu.

"Makanlah, serta minumlah, dan juga pula kamu melampau, kerana sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampau" (surah al-A'raf, ayat 21).

Rujukan;

1. Kifayatul Akhyar (Imam Taqiyyuddin al-Husni), hlm. 373.
2. ad-Darari al-Mudhiyyah (Imam Muhammad bin 'Ali as-Syaukani), hlm. 580.
3. Tuhfah al-Ahwazi (Imam Muhammad bin Abdurrahman al-Mubarakfuri), 5/269.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk...