Langkau ke kandungan utama

MEMBERI UCAPAN TAKZIYAH KEPADA ORANG KAFIR

Soalan; as salam ustaz, soalan saya; adakah salah bila kita ucap takziah kepada bukan Islam
dengan cara semoga roh nya rest in peace...tkasih

Jawapan

Ucapan takziyah bertujuan memberi semangat kepada orang yang ditimpa suatu musibah (kematian, kerugian, malapetaka dan sebagainya), agar mereka bersabar menerima ketentuan Ilahi dan tidak putus harap. Bagi kematian, takziyah diucapkan kepada keluarga si mati atau orang yang dekat dengannya. Ia boleh diucapkan termasuk kepada orang kafir. Adapun doa untuk si mati, hanya dibolehkan jika si mati seorang muslim. Allah berfirman;

"Tidak dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka (yakni mati dalam kekufuran)" (surah at-Taubah, ayat 113. Lihat; tafsir al-Jalalain).

"rest in peace" adalah doa, maka tak boleh diucapkan kepada jenazah bukan Islam. Cukup dengan takziyah kepada keluarganya, seperti ucapan "Bersabarlah, kita semua milik Tuhan, akan kembali kepada Tuhan" atau "Semoga Allah memberi ganti kepadamu dengan yang lebih baik darinya" atau ucapan lain sepertinya.

Wallahu a'lam.

Tambahan;

1. Imam al-Munawi menjelaskan; “Mengucapkan ucapan takziah hukumnya adalah sunat muakkad. Ia tidak hanya khusus kerana kematian sahaja tetapi merangkumi semua musibah. Takziah kerana kematian, sunat diucapkan sama ada sebelum dikebumikan mayat atau selepasnya. Mengikut mazhab Syafi’ie; masa mengucapkan takziah bermula sebaik sahaja berlaku kematian dan ia berterusan selama tiga hari selepas dikebumikan. Adapun selepas itu, ia dimakruhkan kecualilah jika orang mengucapkan takziah atau yang akan menerima ucapan takziah tidak ada kecuali selepas tiga hari” (Faidhul Qadier, syarah hadis no. 8092).

Rujukan;

1. al-Muhazzab (lihat; kitab al-Majmu', Imam an-Nawawi, 6/386).
2. Rahsia Kematian, Alam Barzakh & Roh, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, hlm. 30.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

ADIK-BERADIK DATUK DAN NENEK; ADAKAH MEREKA MAHRAM?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih atas jwpn Ustaz pd soalan yg terlebih dahulu - tentang mahram seseorang wanita & menampakkan aurat pd remaja lelaki belum baligh. Dlm catatan Ustaz, disenaraikan mahram seseorang wanita adalah: 1. Bapa dan ke atas (yakni datuk dan seterusnya ke atas) 2. Anak lelakinya dan cucu lelakinya 3. Saudara-saudara lelakinya 4. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelakinya 5. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuannya 6. Bapa-bapa saudara dari sebelah bapanya 7. Bapa-bapa saudara dari sebelah ibunya. Soalan saya pula, bagi pihak Muslimah,bagaimana pula lelaki di senarai di bawah ini - adakah boleh kita berjabat tgn & menampakkan aurat? a--adik-beradik lelaki pada datuk kandung kami (sebelah bapa & ibu) b--adik-beradik lelaki pada nenek kandung kami (sebelah bapa & ibu) c--anak lelaki dari bapa saudara sebelah kedua bapa & ibu kami (yakni sepupu lelaki dari pakcik) Terima kasih Ustaz. Wassalam Jawapan; 1. Adik-beradik ...