Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

SEORANG YANG MEMILIKI DUA RUMAH; BAGAIMANA MENGUKUR KEHARUSAN JAMAK DAN QASAR SOLAT BAGINYA?

Soalan; Assalamu'alaikum Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, guru yg saya muliakan krn ALLAH TA'ALA. Mohon pencerahan mengenai solat jama'/qasr dan status bermukim dan musafir : Jika kita ada dua rumah satu di Perlis satu di Selangor dan kita selang seli berada di kedua tempat,  adakah keduanya dianggap kediaman di mana apabila sampai shj dari pemusafiran dah x boleh jama'/qasr? Dgn kata lain, adakah sebaik tiba dari pemusafiran di kedua rumah berkenaan status kita otomatik menjadi bermukim? Atau adakah rumah yg kita tinggal lebih lama tu sahaja yg dianggap kediaman manakala rumah kita dok balik sekali sekala tu dah x dianggap kediaman? JAWAPAN; Orang yang ada dua rumah, jika dia tinggal menetap di satu rumah dan satu rumah lagi dia hanya bertandang ke situ sekali sekala sahaja, maka rumah pertama yang dikira tempat mastautinnya (yakni kediaman tetapnya). Di situ tidak harus dia menjamakkan dan mengqasarkan solat. Adapun di rumah satu lagi, jika ia bertandang ke situ, harus bagi