Langkau ke kandungan utama

Catatan

ZAKAT KEPADA SAUDARA MARA

Assalamualaikum ust Saya ada dua soalan: 1- Bolehkah bayar zakat kepada sanak saudara yang hampir seperti adik beradik sendiri? 2- Bolehkah ister bayar zakat kepada suami atau sebaliknya? JAWAPAN Menurut pandangan yang paling masyhur di kalangan ulamak; orang-orang yang wajib kita menanggung nafkah mereka, tidak harus kita memberi zakat kita kepada mereka. Menurut mazhab Syafi’ie; orang-orang yang wajib dinafkahi terdiri dari; 1. Zuriat kita; merangkumi anak, cucu dan cicit. 2. Asal kita; merangkumi bapa, ibu, datuk, nenek dan sebagainya 3. Isteri Ahli-ahli keluarga di atas tidak harus kita memberi zakat kepada mereka. Adapun ahli-ahli keluarga yang lain yang tidak wajib kita menanggung nafkah mereka seperti saudara-saudara (yakni adik, abang atau kakak), bapa saudara, ibu saudara, anak saudara dan sebagainya harus kita memberi zakat kita kepada mereka dengan syarat mereka termasuk dalam lapan golongan yang layak terima zakat. Sila baca juga jawapan saya sebelum ini; ...

HUKUM MENGUCAP SELAMAT KEPADA PERAYAAN AGAMA LAIN

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya pernah terbaca bahawa haram bagi orang Muslim mengucapkan 'selamat menyambut' hari perayaan kepada orang kafir sempena perayaan mereka seperti 'Selamat Menyambut Hari Depavali' atau ' Selamat Menyambut Hari Krismas' kerana seolah-olah kita mendoakan mereka selamat dengan kekufuran mereka. Bagaimana jika hanya menyebut 'Happy Deepavali' atau 'Merry Christmas' kerana pada saya ianya bukan doa untuk mereka tetapi hanyalah ucapan. Jawapan : Waalaikumussalam Kita tidak diharuskan bersama-sama mereka menyambut perayaan mereka sebagaimana kita menyambut hari raya kita. Adapun sekadar memberi ucapan selamat atau menziarahi mereka di rumah -bukan di kuil atau dalam majlis khusus yang diadakan sempena perayaan mereka- insya Allah harus. Memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran mereka. Kita boleh niatkan doa untuk mereka "agar mereka diselamatkan Allah...

DOA DALAM SUJUD

Soalan: Assalamualaikum BAGAIMANAKAH CARANYA KITA BERDOA DIDALAM MASA SUJUD? ADAKAH BULEH KITA MENGELUARKAN SUARA ATAU HANYA BACA DALAM HATI?Apakah contoh doa? Jawapan : Sabda Nabi s.a.w.; "Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud" (HR Imam Muslim) 1. Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang pohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh Syarak. Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dilafazkan oleh lidah sekalipun doa itu bukan yang maksur. Cuma hendaklah lafaz itu diperlahankan kerana bacaan ketika sujud tidak sunat diperdengarkan. Adapun dalam bahasa lain tidak harus dilafazkan oleh lidah. Memadai dengan berdoa di dalam hati sahaja kerana bahasa yang diharuskan di dalam solat hanyalah bahasa Arab sahaja. 2. Oleh kerana Nabi s.a.w. menyebutkan sujud di dalam hadis di atas secara umum (tanpa menghadkan pada mana-mana sujud) maka galakan membaca doa ketika sujud itu merangkumi s...

ADAKAH MEREKA SYAHID?

Soalan; Dah hampir 3 minggu cerita tentang hukumam mati Imam Samuder, Amrozi dan Muklaz.... dari pengamatan saya melalui laman web, mencari cerita tentang mereka... kematian meraka.... ditanggisi oleh ratusan ribu umat islam islam Indonesia... tanda2 kematian meraka memang seperti mati syahid seperti yang diceritakan oleh meraka...1. Apakah mereka syahid dan jalan perjuagan yang mereka ambil itu betul pada pandangan Islam?2. Mufti Perlis tidak bersetuju jalan mereka ambil....dan malah megambil CONTOH yahudi dalam membangun.... mereka tidak megebom... dan megambil contoh kekuatan ekonomi yahudi jalan yang sepatutnya diambil.... saya cukup tidak puas hati dengan kenyataan beliau Dlm berita Astro Awani, tanpa ambil kira sensitiviti umat Islam. Apa pandangan Ustz? Jawapan; 1. Sebutan syahid yang diberikan oleh kaum muslimin kepada mana-mana tokoh (seperti asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, as-Syahid Sayyid Qutb dan sebagainya) hanyalah sebagai doa untuk mereka, yakni semoga Allah mengurniaka...

MEMBAYAR ZAKAT KEPADA ADIK-BERADIK DAN KEPADA ISTERI

Soalan; ust, saya ada dua soalan: 1- Bolehkah bayar zakat kepada sanak saudara yang hampir seperti adik beradik sendiri? 2- Bolehkah ister bayar zakat kepada suami atau sebaliknya? Jawapan; Menurut pandangan yang paling masyhur di kalangan ulamak; orang-orang yang wajib kita menanggung nafkah mereka, tidak harus kita memberi zakat kita kepada mereka. Menurut mazhab Syafi’ie; orang-orang yang wajib dinafkahi terdiri dari; 1. Zuriat kita; merangkumi anak, cucu dan cicit. 2. Asal kita; merangkumi bapa, ibu, datuk, nenek dan sebagainya 3. Isteri Ahli-ahli keluarga di atas tidak harus kita memberi zakat kepada mereka. Adapun ahli-ahli keluarga yang lain yang tidak wajib kita menanggung nafkah mereka seperti saudara-saudara (yakni adik, abang atau kakak), bapa saudara, ibu saudara, anak saudara dan sebagainya harus kita memberi zakat kita kepada mereka dengan syarat mereka termasuk dalam lapan golongan yang layak terima zakat. Sila baca juga jawapan saya sebelum ini; ( http://ilmudanulamak.b...

HUKUM KENDURI BERSUNAT

Soalan; ustad, saya ingin melakukan majlis berkhatan untuk dua orang anak lelaki saya yang berusia 6 dan 4 tahun pada akhir tahun ini, adakah kita diwajibkan buat kenduri. Jika ya saya ingin tahu bila kenduri tu harus dibuat sebelum atau hari keberapa khatan? Saya juga tidak pasti adat atau cara untuk kita melakukan khatan tolong terangkan pada saya ustad. Jawapan; Melakukan kenduri sempena khatan anak tidaklah wajib. Menurut mazhab Syafi'ie; semua jenis kenduri -selain kenduri kahwin- hukumnya sunat sahaja, tidak wajib. Adapun hukum kenduri kahwin, terdapat khilaf di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie sendiri; ada yang kata wajib dan ada yang kata sunat sahaja. Yang rajih ialah sunat. Hukum memenuhi jemputan kenduri pula; bagi kenduri kahwin hukumnya adalah wajib. Adapun kenduri-kenduri yang lain, hukum sunat sahaja. Wallahu a’lam. Rujukan; 1. Kifayatul-Akhyar, hlm. 374.

MAKNA TOMANINAH

Soalan; ustaz,saya ingin bertanyakan tentang tomaninah ustaz.boleh ustaz tolong jelaskan lebih teperin ci apakah itu tomaninah.? Jawapan; Tomaninah bermakna memastikan diri tetap, tenang dan tidak tergesa-gesa dalam sesuatu posisi solat sebelum berpindah ke posisi yang lain. Dalam pengertian lain; tomaninah ialah memastikan anggota-anggota badan yang terbabit berada tetap dalam posisinya sebelum berpindah ke rukun yang lain. Contohnya; tomaninah ketika sujud ialah dengan memastikan angota-angota sujud iaitu dahi (beserta hidung bagi sebahagian ulamak), dua tangan, dua lulut dan dua kaki (yakni hujung-hujung jarinya) berada tetap di atas lantai sebelum bangkit dari sujud itu. Sekurang-kurang kadar masa bagi tomaninah ialah kadar masa sekali tasbih. Hukum tomaninah adalah wajib semasa ruku’, I’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Sabda Nabi s.a.w. (tatkala baginda mengajar solat kepada seorang lelaki yang salah dalam mengerjakan solatnya); “…..kemudian (setelah membaca al-Quran) ruk...