Soalan; assalamualaikum ustaz, baru-baru ini kita di gemparkan dengan berita penemuan sepisis cicak gergasi di kepulauan borneo yang berharga jutaan ringgit yang mana reptilia tersebut dikatakan digunakan untuk membuat vaksin penyakit HIV dan Anti Tumor. Soalan saya ialah apa hukum orang Islam menggunakan vaksin tersebut? Jawapan; Islam tidak membenarkan penganutnya untuk memasukkan sebarang bahan ke dalam tubuh mereka (sama ada minuman, makanan, ubat-ubatan atau sebagainya) melainkan yang halal dan bersih (tidak najis). Khusus berkenaan ubat-ubatan, Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda (bermaksud); “Sesungguhnya Allah lah yang menurunkan penyakit dan ubat. Ia menjadikan untuk setiap penyakit ada ubatnya. Maka hendaklah kamu sekelian berubat. Tetapi janganlah berubat dengan bahan yang haram” (HR Abu Daud dari Abi Dardak –radhiyallahu ‘anhu-). Ibnu Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu- berkata; “Allah tidak menjadikan penyembuhan untuk kamu pada bahan yang Ia haramkan ke atas kamu” (...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.