Selasa, 21 Oktober 2008

MASALAH HAKCIPTA

Soalan; ustaz, saya pernah terbaca dari satu web menjelaskan penggunaan komputer yang menggunakan windows tiruan adalah haram kerana melanggar undang-undang hakcipta walaupun terhadap orang bukan Islam. Bagi juruteknik yang mengambil upah untuk meng"install" perisian windows tiruan juga dikatakan haram untuk mengambil upahnya walau untuk menampung kos bil elektrik.Walaubagaimanapun, web tersebut juga menjelaskan Islam memberi kebenaran dalam kes ini terhadap pelajar yang ingin belajar dan tidak mampu untuk membeli perisian yang original. Soalan saya,
1) Benarkah apa yang didakwa oleh pemilik web tersebut yang mengatakan haram untuk memakan hasil keuntungan terutamanya bagi siber kafe dan juruteknik komputer yang menjalankan bisnes mereka?
2) Jika benarpun haram, adakah juruteknik komputer yang mengambil upah untuk meng"install" windows tiruan kepada seorang pelajar yang tidak mampu untuk membeli perisian yang original, juga hukumnya haram? ini kerana saya juga pernah menjalankan khidmat meng"install" windows tiruan kepada kawan-kawan pelajar saya yang memerlukan pertolongan, dan saya mengambil sedikit upah lebih rendah daripada kedai untuk tidak membebankan mereka.
Apa pandangan ustaz tentang hakcipta ini?

Jawapan;

Sila baca jawapan saya sebelum ini di; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/membeli-barangan-cetak-rompak.html). Secara dasarnya, Islam melindungi hak individu sama ada hak itu bersabit dengan harta, kehormatan, ciptaan, rekaan atau sebagainya. Tidak harus mana-mana orang mengambil hak orang lain kecuali dengan kerelaan/persetujuan/keizinan darinya sama ada melalui pemberian, hadiah, perwarisan, pertukaran atau cara lainnya yang diiktiraf oleh Syarak dan dipersetujui oleh pemilik.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...