Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan siaran yang sepadan dengan carian fidyah

FIDYAH PUASA

Soalan; Siapakah yang wajib mengeluarkan fidyah puasa? Bagaimana cara mengeluarkannya? Jawapan; Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin. Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah; “…Dan wajib ke atas orang-orang yang payah/sukar mengerjakan puasa (kerana tua, sakit yang tiada kemungkinan sembuh dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap hari yang ditinggalkan puasanya)…”. (al-Baqarah: 184) Orang-orang yang dituntut membayar fidyah puasa ialah; 1. Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit yang tiada harapan sembuh 2. Orang tua yang tiada lagi kemampuan/daya untuk berpuasa. 3. Wanita hamil yang berbuka puasa kerana bimbangkan kandungannya. 4. Wanita menyusu yang berbuka puasa kerana bimbangkan anak yang disusuinya itu. 5. Seorang yang mati sebelum sempat mengqadha’ puasanya 6. Seorang yang sengaja menan...

PENGIRAAN FIDYAH DAN KADARNYA

Soalan; Saya kini berusia 29 tahun dan mendapat haid ketika berusia 9/10 tahun selama lebih kurang 7 hari sebulan dan sepanjang itu, saya tak pasti samada saya ada menqada puasa atau tidak dan saya mengagak saya mula menqada puasa ketika berumur 26 tahun. Oleh kerana tidak pasti, saya membuat pengiraan seperti berikut:- 9 - 27 = 19 tahun 19 tahun x 7hari sebulan = 133 hari a) Adakah puasa yang saya qada akan berganda dan kalau berganda, berapakah jumlah hari yang harus saya qada? b) Bagaimana untuk saya mengira fidyah dan jumlah fidyah yang dikenakan ke atas saya? c) Bolehkan Ustaz menjelaskan secupak beras bersamaan berapa gram? Jawapan; 1. Puasa yang perlu diganti tidak bertambah/berganda. Jadi, puan/saudari hanya perlu mengganti puasa sebanyak 133 hari sahaja (jika merujuk hitungan puan/saudari tersebut). 2. Mengenai fidyah, menurut jumhur ulamak (mazhab Imam Malik dan Imam Ahmad); fidyah juga tidak berganda. Mengikut pandangan jumhur ulamak; puan/saudari hanya perlu mengeluarkan f...

FIDYAH PESAKIT HIV

Soalan; Salam, Ustaz saya merupakan penghidap HIV positif dan sedang mengambil ubat antiretroviral yang mesti diambil tepat pada masanya. di sebabkan saya mengambil ubat ini menyebabkan saya tidak berpeluang untuk berpuasa dalam hidup saya yang akan datang. Di sini saya ingin bertanya ustaz mcm mana saya nak bayar fidyah dengan kiraan yang betul. saya sangat jahil. untuk makluman ustaz ini adalah tahun kedua saya tidaksmembayar fidyah kerana kejahilan dan rasa malu kerana kesilapan lalu saya. minta ustaz perjelaskan kepada saya. terima kasih Jawapan; 1. Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin. Bagi penduduk negara ini, makanan asasinya ialah beras, maka fidyah hendaklah dikeluarkan dengan beras. 2. Kadar fidyah ialah satu cupak, iaitu menyamai 650 gram beras mengikut ukuran hari ini. 3. Satu hari puasa yang ditinggalkan, satu fidyah dikeluarkan. Bagi ora...

FIDYAH BAGI PUASA-PUASA YANG LALU

Soalan; Bagaimana caranya untuk qadha puasa yang ditinggalkan untuk beberapa tahun yang lepas? Apakah perlu dibayar fidyah sahaja atau perlu juga puasa? Jawapan; Puasa yang ditinggalkan pada masa yang lalu, tiada khilaf di kalangan ulamak bahawa ia wajib diqadha; satu hari ditinggalkan diganti satu hari juga. Kecuali jika seseorang itu tidak mampu berpuasa, barulah digantikan dengan fidyah. Hukum ini tidak ada khilaf di kalangan ulamak. Yang ada khilaf ialah jika puasa yang dtinggalkan itu telah melepasi tahun (yakni telah memasuki Ramadhan baru) namun masih belum diqadha lagi; adakah diwajibkan qadha puasa sahaja atau diwajibkan juga fidyah bersama puasa. Ada dua pandangan ulamak; Pertama; menurut mazhab Imam Abu Hanifah; memadai dengan qadha/ganti dan mohon ampun sahaja. Tidak ada sebarang denda dalam bentuk fidyah sekalipun telah menjangkau tahun kerana tidak ada nas al-Quran mahu pun as-Sunnah yang soheh menyebutnya. Pandangan inilah yang saya kemukakan dalam jawapan yang lalu ( h...

QADHA PUASA DAN FIDYAH UNTUK SI MATI

Soalan; ustaz, saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan kita boleh menqadakan puasa ahli keluarga kita yang telah meninggal. Soalan saya ialah :- 1. Bolehkan kita menqada puasa untuk ahli keluarga yang telah meninggal? 2. Saya tidak pasti selama berapa hari arwah meninggalkan puasa ketika masih hidup dan sejak bila dia tidak berpuasa. Bagaimankah harus saya menqadakan puasa tersebut untuk arwah? 3. Saya telah meninggalkan puasa kerana datang haid dan saya ingin menqada puasa yang telah saya tinggalkan. Bolehkan saya berniat qada untuk diri saya dan niat qada untuk arwah secara serentak " Sahaja aku qada ramadhan untuk diri ku serta arwah datukku, fardhu atas aku kerana Allah Ta'ala" 4. Bagaimana pula dengan fidyah bagi orang yang telah meninngal? Bolehkan fidyah puasa saya dibayar serentak dengan fidyah arwah? Jika fidyah yang harus saya bayar ialah 1330 cupak beras untuk diri saya dan katakanlah fidyah arwah ialah 100 cupak beras untuk dirinya, bolehkan saya membay...

FIDYAH WANITA YANG MENYUSU DAN HAMIL

Soalan; Assalammualaikum..Saya ada beberapa soalan mengenai puasa.. 1) 2 tahun lepas 2010 saya tidak puasa kerana mlahirkan bayi. lebih kurang sminggu sebelum akhir ramadhan saya telah bole puasa. Maka saya berpuasa. - masih myusukan anak. selepas itu anak saya kembung perut. jadi 1 hari sahaja saya puasa. Selepas 6 bulan. Tidak meyusukan bayi lagi saya menggantikan puasa selama 29 hari. Habis ganti sebelum ramadan berikutnya. Pada masa itu saya tidak tahu kalau tinggal kan puasa sebab myusukan bayi dan hamil kena bayar fidyah. Bagaimana saya mahu kira semula fidyah untuk 2 tahun lepas kerana saya tidak pasti tarikh sebenar saya bole puasa.. 2) pada puasa tahun 2012 ini saya hamil 3 bulan. saya berpuasa cuma 1 hari sehingga pukul 5 petang saya tidak tahan lapar rasa nak pengsan. maka saya berbuka. Ini perlu fidyah juga? Terima kasih.. Jawapan; 1. Fidyah yang dikenakan ke atas wanita menyusu tidak berganda dengan bergandanya tahun. Jadi, puan hanya perlu membayar fidyah untuk hari-h...

GANTI PUASA BAGI PESAKIT DIALYSIS

Soalan : Bagi pesakit dialysis yang tak dapat puasa kerana uzur, adakah kena bayar puasa juga bila mampu?  Jika tidak tahu bila yang mampu, boleh tak terus bayar fidyah sahaja atau kena bayar fidyah dan kena bayar puasa juga bila mampu?  Syukran Ustaz. JazakALLAH Khayr Jawapan: Jika tidak mampu lagi berpuasa kerana dialysis terpaksa dijalankan juga di luar Ramadhan, dia boleh terus ganti dengan fidyah. Tidak dituntut lagi atas dirinya qadha. Allah SWT berfirman: "...dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin" (al-Baqarah: 184). Namun jika keadaannya pulih, wajib dia mengqadha puasanya, tidak memadai dengan fidyah itu sebagai ganti puasa.  Wallahu a'lam.

MENGGANTI PUASA LAMPAU

Soalan; Sebelum saya berkahwin saya tidak pernah mengqada' puasa ramadan saya. Ianya bermula dari saya berumur 11 tahun hinggalah saya berkahwin pada usia 23 tahun. Saya rasa berdosa kerana tidak mengqada' puasa terdahulu dan sejak tahun lepas saya telah mula mengqada' puasa-puasa saya itu dan saya hampir selesai mengqada'nya iaitu dengan mengira berapa tahun saya tertinggal di darabkan enam hari setiap tahun. Perlukah saya membayar fidyah? Jawapan; Puasa yang ditinggalkan pada masa lampau, wajib diqadha/diganti selagi seseorang itu mampu berpuasa. Satu hari yang ditinggalkan diganti dengan satu hari juga. Maka wajib dihitung jumlah hari yang tertinggal itu. Jika ia tidak mampu berpuasa, barulah digantikan dengan fidyah iaitu memberi makan seorang fakir miskin bagi sehari puasa yang ditinggalkan. Menurut mazhab Syafi'ie, kadar makanan itu ialah secupak beras untuk sehari puasa. Menurut Mufti Mesir sekarang (Syeikh Dr. 'Ali Jum'ah); fidyah bagi sehari yang d...

MENINGGAL TANPA SEMPAT GANTI PUASA

Soalan; Nak tanya, kalau arwah ayah saya ada puasa yang tidak sempat diganti, apa tindakan yang harus dilakukan oleh waris? Jawapan; Seseorang yang mati sebelum sempat menggantikan puasanya yang tertinggal, maka hukumnya tertakluk kepada perincian di bawah; a) Jika sebelum kematiannya ia tidak berkesempatan langsung atau tidak berkemampuan sepanjang hayatnya untuk menggantikan puasa yang tertinggal kerana ditimpa sakit yang berterusan atau keuzuran lain, maka ia tidaklah berdosa dan gugurlah tuntutan ganti itu darinya kerana kegagalan mengganti itu bukanlah dari kelalaiannya. b) Namun jika sebelum kematiannya ia mempunyai cukup masa dan kemampuan untuk mengganti puasa yang tertinggal, tetapi ia tidak menggantinya –kerana lalai atau menangguh-nangguh-, maka dalam hal ini disunatkan ahli keluarganya berpuasa bagi pihaknya. Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Sesiapa mati dan tertanggung atas dirinya qadha puasa, maka walinya (ahli keluarganya) hendaklah berpuasa untuknya” (Riwayat Imam Ahmad...

IBU-BAPA YANG TELAH TUA DAN TAK MAMPU PUASA

Soalan; Ibu bapa kawan saya sudah terlalu tua & tak mampu berpuasa.Sepanjang Ramadhan tahun ini,katanya mereka tak mampu berpuasa utk beberapa hari. Adakah mereka perlu ganti puasa di bulan yg lain?- Adakah sebaranag denda yg perlu dibayar? Jawapan; Orang yang tidak mampu lagi berpuasa sama ada kerana telah tua, sakit yang tidak ada lagi harapan untuk sembuh atau seumpamanya, harus dia berbuka dan hendaklah diganti dengan fidyah. Mengenai fidyah sila baca di; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/10/fidyah-puasa.html ) Wallahu a’lam.

BANTUAN KITA UNTUK SI MATI

Soalan; Salam, ustaz. suami saya baru meninggal sebulan yang lalu. Selain berdoa, apakah lagi perkara-perkara yang dapat saya lakukan untuk membantu arwah di alam barzakh? Sekian , terima kasih. Jawapan; a) Berdoa dan memohon ampun untuknya b) Memberi infak dan bersedekah untuknya; termasuk infak jariah, wakaf dan sebagainya. c) Berpuasa ganti untuknya atau membayar fidyah. d) Melunasi hutangnya e) Melakukan haji untuknya Perkara di atas telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa ia akan sampai kepada si mati dan memberi manfaat kepadanya di alam barzakh jika dilakukan dengan ikhlas dan penuh harap kepada Allah. Adapun membaca al-Quran dan berzikir untuk si mati, para ulamak berikhtilaf. Jumhur ulamak berpendapat; ia sampai kepada si mati terutama jika diikuti dengan berdoa selepasnya. Ada sebahagian ulamak berpendapat; ia tidak sampai. Untuk tambahan, sila baca ulasan/jawapan saya sebelum ini; 1. Amalan untuk si arwah (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/02/amalan-untuk-si-arwah...

ORANG KOMA & PENGSAN; ADAKAH WAJIB MENGGANTIKAN SOLAT DAN PUASANYA?

Soalan; orang yang pengsan atau koma berhari-hari, adakah dia wajib mengqadha solat dan puasa yang dia tinggalkan semasa sedang koma/pengsan itu? Jawapan; 1. Orang yang sedang dalam koma/pengsan gugur kewajipan ibadat darinya (termasuk solat dan puasa). Adapun tentang qadha, maka bagi ibadat puasa, telah ijmak sekelian ulamak bahawa koma/pengsan tidak menggugurkan kewajipan mengqadha puasa. Maka orang yang tertinggal puasanya kerana koma/pengsan dia wajib mengqadha semua puasa yang ditinggalnya semasa sedang koma/pengsan itu apabila ia sembuh dari sakitnya (yakni tersedar dari koma/pengsannya).  Jika komanya berterusan hingga saat kematiannya, hendaklah digantikan puasanya dengan fidyah sebagaimana sabda Nabi SAW; "Jika seseorang itu sakit dalam bulan Ramadhan, kemudian mati tanpa sempat menggantikan puasanya, maka hendaklah diberi makan (kepada orang miskin) bagi pihaknya dan tidak ada qadha atasnya" (Sunan Abu Daud; 2401, dari Ibnu 'Abbas RA). 2. Adap...

GANTI PUASA KERANA BERSALIN

Soalan : Salam Ustaz, Saya telah bersalin di awal bulan Ramadahn dan masih blum sempat ganti puasa kerana masih mnyusu badan. Bolehkah sekiranya saya hanya membayar fidyah dan tidak rnenggantikan puasa kerana saya bercadang menyusu badan selama 2 tahun. Sebelum ini saya telah cuba berpuasa semasa menyusu namun tidak mampu kerana terlalau lemah. Jawapan : Tidak harus mengabaikan puasa qadha/ganti kecuali orang yang tidak mampu berpuasa lagi sepanjang hayatnya kerana tua atau kerana sakit yang tidak ada harapan lagi untuk sembuh. Jika tidak mampu berpuasa di sepanjang tempoh menyusu, gantilah selepas tempoh itu. Usaha kita untuk memenuhi tuntutan Allah akan diganjari Allah dengan hidayah, taufik dan pahala yang besar. Wallahu a'lam.

KAFFARAH

Soalan; ustaz, tolong ustaz jelaskan, adakah anak yatim sama dengan orang miskin jika saya ingin membayar kifarat kpd 60 orang miskin. wassalam. Jawapan; Maksud fakir atau miskin ialah orang yang tidak mempunyai harta/pendapatan untuk menyara diri dan keluarga di bawah tanggungannya (sama ada kerana sakit, kurang upaya, belum mendapat pekerjaan atau sebagainya) atau ia mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi (seperti memiliki gaji bulanan tetapi gaji itu tidak mampu menampung keperluan diri dan keluarganya). Anak yatim tidak semuanya miskin kerana ada di kalangan mereka yang kaya atau berada, cuma tidak mempunyai bapa. Oleh kerana orang yang berhak menerima fidyah atau kaffarah hanyalah orang fakir/miskin sahaja, maka membayarnya kepada anak yatim tidak harus atas dasar keyatimannya semata-mata, tetapi hendaklah atas dasar kemiskinan/kefakirannya jika benar ia fakir/miskin. Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Fiqh al-'Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 386.

INHALER

Soalan; Apa hukum semburan Inhaler yang digunakan oleh orang yang penat. Adakah membatalkan puasa bila disembur siang hari Ramadhan? Jawapan; Di kalangan ulamak semasa hari ini berlaku perbezaan pendapat; 1. Sebahagian ulamak antaranya Syeikh ‘Atiyah Saqar (ulamak al-Azhar, Mesir), Majlis Fatwa Mesir (Syeikh Dr. ‘Ali Jumaah), Dr. Ahmad al-Kurdi (anggota lujnah fatwa Kuwait), Majlis Fatwa Kuwait dan beberapa ulamak lagi berpandangan; semburan itu membatalkan puasa kerana ia memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka yang bersaluran ke perut. Oleh demikian, orang yang menggunakan Inhaler batal puasanya, tetapi ia tidak berdosa kerana ada keuzuran (sakit) dan wajib ia mengganti puasanya pada hari lain selepas Ramadhan. Jika penyakitnya berpanjangan –tiada harapan sembuh di mana ia perlu berterusan menggunakan Inhaler itu-, tidak dituntut lagi ia berpuasa dan hendaklah ia mengantinya dengan membayar Fidyah kepada orang miskin. 2. Sebahagian ulamak yang lain pula berpandangan; pen...

WASIAT DAN PEMBAHAGIAN HARTA PENINGGALAN ISTERI YANG TIADA ANAK DAN IBU-BAPA

Soalan; ISTERI SUDAH MENINGGAL . SAYA TIDAK ADA ANAK. KEDUA MERTUA PUN SUDAH MENINGGAL. IPAR-IPAR SERAMAI 7 ORANG; 6 LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN. SEBELUM MENINGGAL ISTERI SAYA TELAH BERPESAN KEPADA SAYA. JIKA DIA MENINGGAL, SEMUA BARANG KEMAS NYA BERI KEPADA MASJID, DAN JANGAN BAGI KEPADA SESIAPA. SOALAN SAYA: MACAMMANA SAYA NAK BUAT BAGI MENYELESAIKAN PERKARA ITU. MINTA TOLONG PERINCIKAN KAN SATU PERSATU MENGIKUT MANA YANG MESTI DIDAHULUKAN . CONTOH SAPERTI BERIKUT; 1. JUAL SEMUA BARANG KEMAS 2. BERI KEPADA MANA MANA MASJID SEMUA SEKALI. 3. ? 4. ? 5. ? MINTA TOLONG SENARAIKAN . SEKIAN TERIMA KASIH. Jawapan; Harta peninggalan si mati hendaklah dibahagikan mengikut urutan berikut; 1. Diambil darinya untuk pengurusan jenazahnya; kos mandi, kafan dan pengkebumian. Jika telah ada peruntukan dari khairat kematian atau keluarga sudi menanggungnya, tidak perlu lagi ditolak. 2. Ditolak hutangnya sama ada hutang dengan Allah atau hutang dengan manusia. Hutang dengan Allah seperti zakat, f...

KAFFARAH

Soalan; Ustaz, saya ingin bertanya apa hukum berjimak di bulan ramadhan dan kalau dikenakan kifarat macam mana saya hendak membayarnya. Contohnya memberi makan kepada 60 fakir miskin, macam mana hendak bagi makan.atau boleh kah saya kirim kan pada orang untuk beri makan pada orang miskin. Jawapan; Berjimak di siang hari di bulan Ramadhan adalah berdosa besar kerana ia akan merosakkan puasa yang diwajibkan Allah. Pelakunya bukan sahaja wajib menggantikan puasanya, tetapi dikenakan pula kaffarah di samping wajib bertaubat. Abu Hurairah r.a. menceritakan; “Tatkala kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w., datang seorang lelaki lalu berkata kepada baginda; ‘Ya Rasulullah! Aku telah musnah’. Rasulullah bertanya kepadanya; ‘Apa yang telah berlaku padamu?’. Jawabnya; ‘Aku telah mensetubuhi isteriku semasa aku sedang berpuasa (Ramadhan)’. Lalu Rasulullah bertanya; ‘Adakah kamu memiliki seorang hamba untuk dibebaskan?’. Jawabnya; ‘Tidak ada’. Baginda bertanya lagi; ‘Mampukah kamu berpuasa d...

AMALAN UNTUK SI ARWAH

Soalan ; Asslamualaikum Sy ada beberapa soalan untuk ustaz menjawabnya.Terlebih dahulu sy akan bercerita masalah yg sy hadapi...Sy baru kehilangan suami tersayang pd Julai 08 (27thn) krn diserang skt jntg scr tiba2.... Sy terlalu menyayangi,mencintai dan merindui arwah suami yg begitu baik sekali thdp sy mahupun org lain..Mmg tiada pengganti setanding arwah suami sy...apa yang sy musykil di sini ialah : 1) Bagaiman cr utk pastikan di syurga nanti sy ingin hidup bersamanya selama2nya,jika diizinkan ALLAH? 2) Apakah roh suami sy dekat dgn sy @ memerhati sy,bolehkah sy minta pd ALLAH utk bertemu arwah didlm mimpi? 3) Besarkah pahala yg dijanjikan ALLAH pd setiap hambanya yg menerima ujian sehebat ini? 4) Pusara arwah disemadikan di Kelantan(kg arwah),sdgkan sy di Kedah...sebulan sekali InsyaALLAH sy akan melawat pusaranya.....Adakah sampai doa atau bacaan AL-QURAN sy hadiahkan utk arwah?Apakah arwah sedih krn sy tak mampu ke pusaranya setiap h...

ZAKAT KEPADA ADIK-BERADIK YANG BERHUTANG

Soalan; Ustaz, adakah layak diberi zakat kpd adik2 beradik sendiri yg terbelenggu dgn masalah hutang (hutang pinjaman). Jawapan; Harus memberi zakat kepada saudara-saudara sendiri (begitu juga kepada anak-anak saudara, bapa-bapa saudara dan sepupu-sepupu serta sanak sauadara yang lain) jika mereka tergolong dalam lapan asnaf yang layak menerima zakat iaitu; 1.Untuk golongan fakir 2.Untuk golongan miskin 3.Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama 4.Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat 5.Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya 6.Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang 7.Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah) 8.Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan Malah memberi zakat kepada mereka lebih diutamakan dari memberinya kepada orang lain yang tiada hubungan kekeluargaan. Ini kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Sedekah kepada orang miskin sahaja (yang tiada pertalian keluarga) akan mendapat satu pahala iaitu pahal...

JAHIL KEWAJIPAN MANDI JUNUB

Soalan; Asalamualaikum.Saya ada sedikit kemusykilan.Menurut kefahaman saya dikira baligh sesorang apabila keluar air mani. Sepanjang ingatan, saya mengetahui tentang mandi wajib lewat beberapa ketika selepas saya baligh. Soalannya adakah saya wajib menqadha solat dan ibadat yang saya lakukan dalam keadaan berhadas yang saya yakin tidak sah kerana masa itu saya tidak mengetahui tentang mandi wajib. Jika wajib qadha` bagaimana cara menganggar waktu yang saya sembahyang dalam keadaan berhadas itu kerana tidak dapat mengingati secara tepat. Harap dapat penjelasan.Terima kasih. Jawapan; Wajib saudara mengqadha solat yang dilakukan tanpa bersuci (sama ada dari hadas atau najis) selepas saudara telah masuk ke dalam usia baligh. Kejahilan menggugurkan dosa, namun tidak menggugurkan perintah Allah (yakni walaupun saudara tidak berdosa kerana mengerjakan solat tanpa bersuci disebabkan jahil, namun kewajipan bersuci dan menggantikan solat yang batal itu tidak gugur dari saudara).[1] Cuba ingati ...