Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

SAPU KHUF UNTUK 3 BULAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz,Saye nak tanye sesuatu..ni berkenaan dengan khuf..bagi seorang yangg musafir, dia dibolehkan menyapunya selama 3 hari 3 malam manakala untuk yang menetap di dalam kampung ada sehari semalam..tapi saya berada di luar negara dan sekarang ni sedang musim sejuk..kalau nak tanggalkan stokin dan basuh kaki tu memang sejuk sangat walaupun di dalam rumah..dan musim sejuk ni berlarutan selama 3 bulan..bolehkah saya mengamalkannya selama 3 bulan??(khuf atau jaurab) sekian, wassalam... Jawapan; Rasulullah s.a.w. telah menetapkan tempoh keharusan menyapu khuf bagi musafir selama tiga hari tiga malam, sementara bagi orang mukim (tidak musafir) pula sehari semalam. Apabila melepasi tempoh ini, khuf wajib ditanggalkan dan kaki wajib dibasuh sebagaimana biasa semasa mengambil wudhuk. Jadi, jika saudara ingin menyapu khuf sepanjang tiga bulan saudara berada di luar negara itu, hendaklah saudara menanggalnya setiap tiga hari, kemudian mengambil wudhuk sebagaimana biasa den

BERSUCI ORANG SAKIT

Soalan; Assalamualaikum. Saya nak tanya ustaz macam mana kalau org sakit kat hospital. Badan dia penuh wayar, tapi nak sembahyang. Nak ambil wuduk tak boleh. Apa patut dia lakukan ustaz. Jawapan; Jika ia mampu menggunakan air (yakni air tidak memudaratkan badannya atau tidak merasai sakit apabila terkena air), bantulah dia untuk mengambil wudhuk. Utamakan anggota-anggota wudhuk yang wajib sahaja iaitu muka, dua tangan hingga siku, kepala dan kaki. Mula-mula, suruh dia niat. Kemudian, ratakan air secara sederhana ke anggota-anggota wudhuknya; iaitu ambil air dengan tapak tangan dan ratakan ke anggota wudhuknya. Tidak perlu menjirusnya. Jika ia tidak mampu mengguna air, memadai dengan tayammum iaitu menyapukan debu tanah ke muka dan dua tangannya. Wallahu a'lam.

MEMULAU KENDURI

Soalan; Wajarkah tindakan saya meninggalkan atau tidak pergi ke majlis perkahwinan / kenduri kendara yang mendendangkan lagu atau nyayian? Jawapan Memenuhi jemputan kenduri perkahwinan adalah wajib kecuali jika ada keuzuran. Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Sesiapa dari kamu diundang ke satu majlis kenduri perkahwinan, hendaklah ia menghadirinya” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.). Dalam satu hadis yang lain, baginda berkata; “Sesiapa tidak memenuhi jemputan, ia telah memaksiati Allah dan Rasulnya (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Namun menurut ulamak, kewajipan tersebut terikat dengan beberapa syarat –antaranya-; 1. Jemputan adalah umum merangkumi orang kaya dan orang miskin, yakni tidak mengkhususkan orang kaya sahaja. 2. Dijemput sendiri oleh orang yang mengadakan majlis kenduri atau melalui wakilnya. 3. Tidak terdapat kemungkaran dalam majlis kenduri tersebut. 4. Orang yang menjemput adalah muslim. Merujuk kepada soalan saudara, jika lagu atau nyanyian

MAJLIS DIHIDANGKAN ARAK

Soalan; Adakah haram menghadiri majlis keramaian yang ditaja pihak majikan dimana arak dihidangkan untuk para pekerja yang bukan Islam? Bolehkan pekerja Islam duduk semeja dengan pekerja bukan Islam yang meneguk arak? Jawapan; Dilarang sama sekali seorang muslim menghadiri majlis munkar atau majlis yang terdapat kemungkaran di dalamnya kecuali dengan tujuan untuk membenterasnya jika ia merasakan mampu berbuat demikian. Jika ia telah hadir tanpa mengetahui adanya munkar di dalam majlis itu, ia hanya ada dua pilihan; 1. Menegur kemungkaran tersebut 2. Keluar dari majlis jika tegurannya tidak dihiraukan. Di dalam al-Quran, antara sifat 'Ibadurrahman (hamba-hamba Tuhan yang rahman) yang disebut oleh Allah di dalam surah al-Furqan ialah (yang bermaksud); "Dan mereka tidak menghadiri tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya" (al-

SOLAT TIDAK KHUSYUK

Soalan; Assalamualaikum ustaz, bagaimana nk mendapat khusuk dlm solat, ada yg mengatakan sia sia lah kalau sembahyang tak khusuk,tapi pada hakikatnya telah berusaha mendapatkan khusuk,tapi saya masih dok ingat tah apa2, kalau dah kata sia2 semayang.takkan saya nk ambik sikap tak nak semayang...apa yg perlu saya lakukan ustaz. Jawapan; Untuk mendapat khusyuk di dalam solat, kita hendaklah menumpukan seluruh perhatian kita kepada solat. Menurut ulamak; khusyuk di dalam solat merangkumi dua jenis; 1. Khusyuk batin; iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya. 2. Khusyuk lahir; iaitu khusyuk kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling-paling, khusyuk tangan ialah dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan tetap, tidak bergerak. Khusyuk lahir i

FIDYAH BAGI PUASA-PUASA YANG LALU

Soalan; Bagaimana caranya untuk qadha puasa yang ditinggalkan untuk beberapa tahun yang lepas? Apakah perlu dibayar fidyah sahaja atau perlu juga puasa? Jawapan; Puasa yang ditinggalkan pada masa yang lalu, tiada khilaf di kalangan ulamak bahawa ia wajib diqadha; satu hari ditinggalkan diganti satu hari juga. Kecuali jika seseorang itu tidak mampu berpuasa, barulah digantikan dengan fidyah. Hukum ini tidak ada khilaf di kalangan ulamak. Yang ada khilaf ialah jika puasa yang dtinggalkan itu telah melepasi tahun (yakni telah memasuki Ramadhan baru) namun masih belum diqadha lagi; adakah diwajibkan qadha puasa sahaja atau diwajibkan juga fidyah bersama puasa. Ada dua pandangan ulamak; Pertama; menurut mazhab Imam Abu Hanifah; memadai dengan qadha/ganti dan mohon ampun sahaja. Tidak ada sebarang denda dalam bentuk fidyah sekalipun telah menjangkau tahun kerana tidak ada nas al-Quran mahu pun as-Sunnah yang soheh menyebutnya. Pandangan inilah yang saya kemukakan dalam jawapan yang lalu ( h

BAGAIMANA UNTUK ISTIQAMAH SELEPAS TAUBAT?

Soalan; Saya telah bertaubat kepada Allah dan berjanji pada diri untuk tidak mengulangi dosa yang pernah saya lakukan. Namun setelah beberapa lama, saya kembali melakukan dosa tersebut. Mulanya saya amat bersemangat untuk mengubah cara hidup saya, namun lama kelamaan semangat saya luntur dan saya kembali kepada cara hidup lama. Bagaimana caranya untuk saya tetapkan pendirian? Jawapan; Jangan pernah putus asa memohon ampun dari Allah kerana Allah tidak pernah menutup keampunanNya kepada sesiapapu dari hambaNya. Di dalam hadis, Nabi s.a.w. ada bersabda; "Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya di waktu malam untuk hambanya yang melakukan dosa di siang hari agar ia bertaubat dan Dia membentangkan tangannya di siang hari untuk hambanya yang melakukan dosa di malam hari agar ia bertaubat" (HR Imam Muslim dari Abu Musa r.a..). Sememangnya memulakan taubat lebih mudah dari untuk istiqamah selepas taubat. Kerana itu, untuk memastikan kita tidak kembali semula kepada cara hidup la

MAKNA SABILILLAH

PSoalan: Apa makna Fi Sabilillah dalam Asnaf Zakat? Bolehkah menyalurkan zakat kepada badan atau pertubuhan Islam? Jawapan: Orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah. Tidak boleh sewenang-wenangnya kita membayar zakat kita kecuali kepada aspek-aspek yang ditentukan Syara’. Menurut jumhur ulama’; jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi. (al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514). Kerana itu, amat penting kita memerhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita? Dalam hal ini Allah berfirman; “Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang ke

PENYUSUAN OLEH SEORANG GADIS

Soalan; Saya ingin bertanya apakah pandangan Islam tentang seorang gadis (dara) yg ingin menyusukan anak angkatnya. Dengan teknologi yg terkini yg membolehkan seseorang itu menghasilkan susu tanpa mengandung dan melahirkan anak. Adakah ini dikira salah pada pandangan Islam. Tujuan gadis ini menyusukan anak angkatnya itu, kerana ingin mendapat status ibu susu yg membolehkan isu aurat ibu - anak angkat diselesaikan sebaiknya. Pada pandangan Islam, adakah ini akan menjadi suatu budaya yg tidak sihat? Saya dahulukan dgn ucapan Terima kasih. Jawapan; Dari segi Fiqh, apabila seorang wanita menyusukan seorang bayi yang belum mencecah umur dua tahun dan kadar penyusuan itu tidak kurang dari lima kali penyusuan, maka bayi itu akan menjadi mahramnya. Menurut penjelasan Syeikh Sayid Sabiq dalam kitab Fiqhus-Sunnahnya; "Tidak di ambil kira sama ada wanita yang menyusui itu baligh atau tidak, telah terputus haid (yakni menopaus) atau belum, sama ada ia mempunyai suami atau tidak mempunyai sua

QADHA SOLAT

Soalan: Adakah saya wajib mengqadha (mengganti) solat yang telah saya tinggalkan? Bagaimana caranya untuk saya menggantikan solat-solat yang saya tinggalkan dalam jangka waktu yang lama? Jawapan; Solat atau sembahyang merupakan kewajipan dalam Islam yang mesti ditunaikan oleh setiap muslim yang mukallaf. Al-Quran menegaskan; “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya”. (an-Nisa’: 103) “Kitaban Mauqutan” dalam ayat di atas bermaksud “Kewajipan yang ditetapkan ke atas mukallaf dan ditentukan waktu-waktunya”. Al-Quran juga menegaskan; “Peliharalah solat-solat kamu dan solat wusta (y

KENCING BERDIRI DAN TIDAK BERSUCI

Soalan; Kebanyakan tandas awam lelaki di negara kita telah direka untuk pengguna yang kencing berdiri. Amat dikesali apabila adanya rakan2 sekerja saya yang berbangsa Melayu dan Islam turut menggunkan tandas tersebut dengan meniru gaya pekerja bukan Islam iaitu kencing berdiri dan tidak bersuci. Mangkuk tandas itu pun memang direka tiada paip air untuk memudahkan penyucian. Semakin ramai saya jumpa mereka ditandas, maka semakin saya menjauhi dari menjadi makmum kepada mereka bila bersolat di surau (di tempat kerja). Adakah tindakan saya itu betul dan apakah sebaik nasihat kepada mereka. Jawapan; Yang terbaik bagi seorang muslim ialah kencing sambil duduk kerana perbuatan tersebut adalah kebiasaan Nabi s.a.w.. Walaupun ada hadis menceritakan Nabi s.a.w pernah kencing sambil berdiri, namun kata ulamak itu bukanlah kebiasaan baginda. Kebiasaan baginda ialah kencing sambil duduk. Hukum kencing berdiri menurut ulamak adalah makruh kecuali jika ada keuzuran, maka hukumnya harus. (Untuk penje

JUDI BOLA

Soalan; Sekarang musim bola EURO. Amat memeranjatkan saya apabila ada rakan sekerja saya yang berbangsa Melayu dan Islam yang tiada segan silu bertaruh / bermain judi diatas sesuatu pertandingan bola tersebut. Malah mereka bertaruh pula dengan pekerja yang bukan beragama Islam dan kaladangkala mereka pula berbangga-bangga menceritakan kemenangan atau kekalahan perjudian mereka. Maka bagaimana dan apa nasihat yang boleh saya sampaikan kepada mereka agar mereka bertaubat? Amat kasihan kerana mereka juga bersembahyang bersama2 kita. Jawapan; Pertaruhan dan perjudian adalah perbuatan yang amat jelas pengharamannya di dalam Islam. Ia sabit dengan nas yang qat’ie dari al-Quran di mana sesiapa mengingkarinya ia akan terkeluar dari Islam. Firman Allah (yang bermaksud); “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. (al-Maidah

MLM; YANG HALAL DAN YANG HARAM

Soalan; Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula? Jawapan; Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas. Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehi

ISTIQAMAH YANG SEBENAR

Soalan: Boleh ustaz jelaskan maksud istiqamah yang sebenar? Jawapan ; Assalamu 'alaikum. Secara dasarnya Istiqamah bermaksud; berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan. Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’. (Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah) Untuk lebih memahami makna Istiqamah, di bawah ini saya kemukakan ulasan ulamak tentang hadis di atas; 1. Berkata al-Qadhi ‘Iyadh rhm; ‘Hadis ini antara ungkapan yan

MEMBACA TANPA BERGURU

Soalan; Assalamualaikum. Ustaz, apakah hukum orang2 awam yang membaca buku2 agama contohnya Tafsir Ibn Kathir, Kitab Sahih Bukhari dsbnya tanpa berguru dengan orang yang lebih alim? Jawapan; Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Sesiapa merentasi satu jalan untuk mencari suatu ilmu, nescaya Allah akan mudahkan untuknya jalan ke syurga” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Hadis ini secara zahirnya menjelaskan fadhilat mencari ilmu. Namun jika direnung lebih jauh, hadis ini juga mengisyaratkan kepada kita bahawa ilmu itu hendaklah di ambil dari guru sebagaimana para sahabat mengambilnya dari Nabi s.a.w.. “Merentasi satu jalan untuk mencari suatu ilmu…” bermakna; kita keluar dari rumah kita untuk mencari orang alim untuk belajar suatu ilmu darinya. Jika ilmu itu harus ditimba semata-mata dari buku –tanpa guru-, tidak perlu kita bersusah payah keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Cukup dengan kita membeli buku, kemudian membacanya di rumah. Namun ini bertentangan dengan saranan Nab

HUKUM BEKERJA SEBAGAI JURUGAMBAR

Soalan : Assalamualaikum w.b.t Apa khabar ustaz? Diharap ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Di sini saya ada sedikit kemusykilan untuk dikongsi bersama ustaz dan diharap ustaz dapat memberikan sedikit nasihat dan tips untuk saya renungi. Insyaallah hujung bulan jun ini, saya akan berangkat ke UK dalam jangka masa 3 bulan di sana .. Kalau tidak ada aral melintang, saya akan mendapat kerja sambilan sebagai photographer. Bakal majikan saya di UK itu adalah kawan baik boss saya. Antara servis yang ditawarkan oleh bakal majikan saya itu ialah wedding photography. Kemusykilan saya ialah :- 1. Wedding photography di UK di kalangan rakyat Britain melibatkan pergambaran di dalam gereja sebagai salah satu upacara perkahwinan meraka. Barangkali saya juga akan disuruh oleh bakal majikan saya untuk menangkap gambar keseluruhan upacara perkahwinan itu. Dari sudut agama, apakah hukum saya berada dan menangkap gambar di dalam upacara perkahwinan itu samada di dalam dan di luar gere

AURAT

Soalan : Ustaz saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan aurat.Apakah hukum lelaki melihat rambut perempuan bukan islam semasa melakukan urusan dengan mereka kerana mereka tidak dituntut menutup rambut kerana mereka bukan orang islam.Minta penjelasan ustaz.. Jawapan : Assakamu 'alaiku. Menjaga mata dari melihat aurat wanita ajnabi adalah wajib berdasarkan perintah Allah di dalam surah an-Nur kepada lelaki-lelaki beriman (yang bermaksud); “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan”. (30) Tujuan perintah tersebut ialah untuk memastikan jiwa/hati orang beriman sentiasa bersih, agama mereka terjaga dan diri mereka selamat dari terjerumus ke dalam zina dan kejatahan. Kerana itu Allah menegaskan di hujung ayat; “…Yang demikian itu lebih suci b

MENGGANTI PUASA LAMPAU

Soalan; Sebelum saya berkahwin saya tidak pernah mengqada' puasa ramadan saya. Ianya bermula dari saya berumur 11 tahun hinggalah saya berkahwin pada usia 23 tahun. Saya rasa berdosa kerana tidak mengqada' puasa terdahulu dan sejak tahun lepas saya telah mula mengqada' puasa-puasa saya itu dan saya hampir selesai mengqada'nya iaitu dengan mengira berapa tahun saya tertinggal di darabkan enam hari setiap tahun. Perlukah saya membayar fidyah? Jawapan; Puasa yang ditinggalkan pada masa lampau, wajib diqadha/diganti selagi seseorang itu mampu berpuasa. Satu hari yang ditinggalkan diganti dengan satu hari juga. Maka wajib dihitung jumlah hari yang tertinggal itu. Jika ia tidak mampu berpuasa, barulah digantikan dengan fidyah iaitu memberi makan seorang fakir miskin bagi sehari puasa yang ditinggalkan. Menurut mazhab Syafi'ie, kadar makanan itu ialah secupak beras untuk sehari puasa. Menurut Mufti Mesir sekarang (Syeikh Dr. 'Ali Jum'ah); fidyah bagi sehari yang d

SUJUD SAHWI MAKMUM

Soalan; apabila imam terlupa di dalam solat dan ia melakukan sujud sahwi di hujung solatnya, adakah makmumnya perlu sujud sahwi bersamanya? Bagaimana jika mereka tidak turut sujud sahwi? Jawapan; Wajib makmum untuk turut sama sujud sahwi bersama imamnya. Berkata Imam Ibnu al-Munzir; telah ijmak sekelian ulamak pada menyatakan yang demikian. Ijmak tersebut berdalilkan hadis Nabi s.a.w. (bermaksud); “Sesungguh Imam itu dilantik untuk diikuti. Apabila ia bertakbir, hendaklah kamu turut bertakbir. Apabila ia sujud, hendaklah kamu turut sujud….”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.) Menurut Imam an-Nawawi; jika makmum tidak turut sujud bersama imam dengan sengaja, batallah solatnya sama ada makmum itu mengetahui imamnya telah lupa di dalam solat atau tidak mengetahuinya. (al-Majmu’, 4/141) Wallahu a'lam. Rujukan; al-Mughni, Ibnu Qudamah; 2/29-30. al-Majmu’, Imam an-Nawawi; 4/141-142.

TAQWA

Soalan : Boleh ustaz jelaskan maksud taqwa yang sebenar? Jawapan : Makna takwa dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya (yang bermaksud); "Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa iaitu mentaatiNya tanpa melakukan maksiat kepadaNya, mensyukuriNya tanpa kufur kepadaNya dan mengingatiNya tanpa melupaiNya”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Abdullah bin Mas'ud r.a.). Di dalam hadis ini ada tiga unsur yang terangkum di dalam makna takwa, iaitu; 1. Mentaati Allah 2. Mensyukuri nikmatNya 3. Sentiasa mengingatiNya Kalimah Takwa atau yang merujuk kepada Takwa adalah antara kalimah yang paling banyak diulang di dalam al-Quran, iaitu lebih 200 ayat. Ia berkisar kepada; 1. Menyeru manusia supaya bertakwa 2. Menerangkan ciri-ciri insan bertakwa 3. Menjelaskan faedah dan keuntungan yang akan diperolehi oleh manusia jika ia bertakwa. Seruan kepada takwa, antara ayatnya ialah (yang bermaksud); "Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kepada Allah

MAKNA KURSI

Soalan : Dalam maksud ayat kursi berbunyi kursi Allah meliputi langit dan bumi. Apakah maksud kursi? Jawapan : Menurut Ibnu 'Abbas r.a.; maksud kursi Allah dalam firman Allah (surah al-Baqarah, ayat 255) ialah; ilmu Allah. Jadi ayat itu bermaksud; "Betapa luas ilmu Allah meliputi sekelian langit dan bumi". Namun menurut hadis Nabi s.a.w.; al-Kursi ialah satu makhluk tersendiri yang dijadikan Allah di mana saiznya amat besar namun lebih kecil dari 'Araysh. Sabda baginda; "Demi Tuhan yang diriku berada di tanganNya. Tidak lah keluasan sekelian langit dan bumi yang tujuh lapis itu berbanding dengan keluasan al-Kursi melainkan seumpama keluasan sebentuk cincin berbanding padang pasir yang luas. Sementara bandingan 'Araysh dengan al-Kursi pula ialah seumpama padang pasir yang luas dibandingkan dengan sebentuk cincin". (Hadis soheh riwayat Abu Zar al-Ghifari r.a.). Disimpulkan dari hadis ini bahawa al-Kursi adalah makhluk Allah yang mempunyai jirim yang berdir

TANGAN BERSENTUH KEMALUAN KETIKA MANDI WAJIB

Soalan : Ustaz, Bagaimana pula jika ketika mandi wajib, tangan menyentuh kemaluan kerana dikuatiri tidak sampai air jika tidak digosok? Ataupun membersihkan sabun dari badan. Jawapan : Assalamu'alaikum, Hadas besar ialah hadas yang meliputi seluruh badan. Apabila seorang itu berhadas berhadas besar, seluruh badannya berada dalam keadaan tidak bersih di sisi Allah termasuklah bahagian kemaluannya. Kerana itu, ia wajib meratakan air ke seluruh badannya untuk menghilangkan hadas termasuklah di bahagian alat sulitnya. Menyentuh kemaluan (alat sulit) ketika mandi tidaklah membawa seseorang itu berhadas kerana ia terpaksa melakukannya untuk menghilangkan hadas dari badannya. Oleh itu, tidak dituntut lagi seorang yang telah sempurna mandinya untuk mengambil semula wudhuk selepasnya itu kerana dengan mandi itu seluruh badannya telah bersih dari hadas. Menurut hadis dari Saidatina Aisyah r.a.; "Rasulullah s.a.w. tidak mengambil wudhuk selepas mandi junub". (Riwayat Imam at-Tirm

RASA TAKUT KEPADA ALLAH

Soalan : Saya ada masalah tak takut dan tak rasa apa-apa pun masa buat dosa dengan Allah.Terlepas subuh pun tak rasa apa.. Bagaimana nak timbulkan rasa takut tu, ustaz?? syukran, assalamualaikum.. Jawapan ; Assalamu'alaikum. Seorang yang melakukan dosa, lalu ia tidak berasa bersalah kepada Allah atau tidak ada di dalam hatinya perasaan bimbang atau takut kepada azab Allah atau balasannya, itu tanda hatinya mati atau sakit. Puncanya, mungkin selama ini ia telah terlalu biasa dengan dosa atau maksiat hingga hatinya mati. Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. ada bersabda; “Seorang manusia jika ia melakukan suatu dosa, akan muncul lah satu titik hitam di dalam hatinya. Jika ia meninggalkan dosa itu, kemudian ia beristighfar dan memohon ampun (dari Allah), akan gilaplah kembali hatinya. Namun jika ia kembali melakukan lagi dosa, maka akan bertambahlah titik hitam dalam hatinya hingga akhirnya meliputi keseluruhan hatinya. Inilah yang dimaksudkan dengan ar-Ran yang disebut Allah dalam firma

HADIS ATAU BUKAN

Soalan : Assalamualaikum Ustaz. Saya inginkan kepastian daripada Ustaz berkenaan dengan Hadis yang dibawah ni. Saya dapat melalui emel samada ia Hadis atau tidak Telah Bersabda Nabi Muhamad SAW yang bermaksud: Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....PERTAMA - Akal boleh hilang disebabkan marah. KEDUA - Agama boleh hilang disebabkan dengki. KETIGA - Malu boleh hilang disebabkan tamak. KEEMPAT - Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain. Jawapan : Assalamu 'alaikum. Setakat ini saya belum berjumpa dengan hadis tersebut. Wallahu a'lam, ia hadis atau tidak. Dalam disiplin ilmu hadis, sesuatu itu tidak harus dikatakan sebagai hadis atau sabda Nabi melainkan setelah ia benar-benar telah dipastikan oleh Ahlul-Hadis. Sekurang-kurangnya hadis itu ada termuat di dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Orang yang

MENGENALI DOSA BESAR DAN DOSA KECIL

Soalan; Apa yang dimaksudkan dengan dosa? Bagaimana untuk kita mengenali suatu dosa itu sama ada ia tergolong dalam dosa besar atau dosa kecil? Jawapan; Dosa bermaksud; “Setiap perkara yang menyalahi perintah Allah sama ada kerana meninggalkan apa yang disuruhNya atau melakukan apa yang ditegahNya”. [1] Dosa kerana meninggalkan yang disuruh seperti dosa orang yang mengabaikan solat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat, tidak menutup aurat dan sebagainya. Dosa kerana melakukan tegahan Allah seperti dosa berzina, minum arak, mencuri, mengumpat, menipu dan sebagainya. Dosa mengikut takrifan di atas merangkumi semua jenis dosa sama dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil. Sebahagian ulamak tidak bersetuju dengan pembahagian dosa kepada besar dan kecil. Antara mereka ialah Abi Ishaq al-Isfaraini, Qadhi Abu Bakar al-Baqilani, Imam al-Haramaian dan Abi Nashr al-Qusyairi. Bagi mereka semua dosa dan larangan Allah adalah besar belaka sebagaimana Ibnu Abbas r.a. pernah berkata; كُلُّ مَاْ نَ