Langkau ke kandungan utama

BERZINA DI BULAN RAMADHAN

Soalan; saya ada beberapa kemusykilan agama. Soalan di bawah ini daripada seorang sahabat saya, pening saya nak menjawabnya. Harap sangat ustaz dapat bantu saya mencari jawapan kepada sahabat saya ini.
1- Kalau berzina di bulan puasa, apakah hukumnya dan bagaimana cara hendak ganti puasa? adakah kena kifarat? kalau kena, bagaimana nak lakukannya? Adakah diqiaskan macam jimak di siang hari bulan Ramadhan?
2- kalau berzina 4 hari berturut-turut di bulan puasa, bagaimana nak ganti puasa itu?
3- Bagaimana pula kalau berzina di bulan Ramadhan, tetapi penzina itu memang tidak berpuasa. Adakah dia kena ganti sebab zina ke atau sebab tak puasa tu?
4- hukum bernikah dengan perempuan mengandung, tidak kiralah sama ada anak dalam kandungan itu anak dia atau anak orang lain.
Terima kasih atas bantuan ustaz, semoga mendapat rahmat Allah.

Jawapan;

1. Berzina hukumnya haram dan dosa besar bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi juga di bulan-bulan lain. Cuma melakukan zina di bulan Ramadhan lebih dikeji kerana pelakunya tidak menghormati bulan Ramadhan. Orang yang berzina di siang hari di bulan Ramadhan, batal puasanya dan ia bukan sahaja wajib mengqadha puasa hari itu, tetapi juga diwajib Kaffarah atasnya. Kaffarah ialah denda yang dikenakan ke atas seorang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan dengan sengaja. Orang yang sengaja melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan di samping ia wajib menggantikan puasanya yang terbatal itu, ia dikenakan pula denda berat oleh Syara’ iaitu mengikut urutan di bawah;
a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita
b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang)
c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk Malaysia, makanan asasinya ialah beras.

Menurut ulamak; termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; (1) Wajib diganti puasa, dan (2) Wajib kaffarah atasnya.

2. Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.[1] Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.[2]

3. Jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan, minum atau sebagainya), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, menurut mazhab Syafi’ie; ia tidak dikenakan kaffarah kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima’ (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan atau minum, adapun persetubuhan ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

4. Bagi soalan keempat, telah saya ulas dalam jawapan sebelum ini. Sila baca; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/06/mengahwini-wanita-hamil.html) dan (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/07/perlukah-akad-nikah-kali-kedua.html).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 6, kitab as-Shiyam.
2. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 3, kitab as-Shiyam.
3. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 1, Bab as-Shiyam.
4. al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, Ahkam as-Shaum.
5. al-Iqna’, Imam al-Khatib as-Syirbini, jil. 1, kitab as-Shiyam.

Nota Kaki;

[1] Ini adalah pandangan jumhur ulamak. Menurut mazhab Hanafi; hanya satu kaffarah sahaja bagi satu Ramadhan sekalipun persetubuhan berlaku pada berbilang-bilang hari di bulan Ramadhan. (al-Wajib, Wahbah az-Zuhaili, 1/345).
[2] Hanya persetubuhan yang membatalkan puasa sahaja yang mewajibkan kaffarah. Jadi apabila persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, sudah tentunya persetubuhan kali pertama yang membatalkan puasa. Adapun persetubuhan-persetubuhan yang lain, maka ia berlaku setelah puasa telahpun batal.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Ustaz,

Saya difahamkan bahawa kalau tidak mampu untuk menggantikan puasa selama dua bulan berturut2, maka boleh memberi makan orang miskin. Boleh saya tahu, dalam keadaan apakah yang tidak mampu itu? Katalah seorang wanita telah melakukan persetubuhan di bulan puasa dengan bekas suaminya terdahulu, lalu berkawin lain,dan suami barunya akan merasa tersiksa batin jika isterinya menjalan puasa tersebut 2 bulan berturut-turut, boleh kah ini dikategorikan sebagai tidak mampu?
Tanpa Nama berkata…
Assalamalaikum,

Soalan saya tentang kaffarah yang dikenakan ke atas seorang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan dengan sengaja.

Pertama: Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita

Kedua: Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang)

Ketiga: Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk Malaysia, makanan asasinya ialah beras.

Soalan saya:
1. Bagi kaffarah yang pertama, bagaimana seorang wanita hendak berpuasa berturut-turut selama 60 hari kerana dia akan didatangi haid?
2. Bagi kaffarah yang kedua, bagaimana cara hendak memberi makan kepada 60 orang miskin? Jika hendak dikumpul 60 orang miskin, bolehkah diberi makan kepada rumah anak-anak yatim atau rumah orang-orang tua?
Tanpa Nama berkata…
SALAM...
SAYA NK TANYA SATU SOALAN..
KAWAN SAYA PERNAH MELAKUKAN ZINA DI SIANG HARI PADA BULAN RAMADHAN..
KITA SEMUA SEDIA MAKLUM TENTANG KAFFARAH...

TAPI,
ADAKAH MELAKUKAN ZINA RINGAN (TIDAK BERSETUBUH)INI DI KENAKAN KAFFARAH SAMA SEPERTI BERSETUBUH??

HARAP DAPAT BERI PENJELASAN
Tanpa Nama berkata…
kaffarrah itu ke atas penzina lelaki sahaja atau kedua-duanya?
Tanpa Nama berkata…
mcm mana pula kalau pasangan yang telah bersetubuh pada malam hari dan tidak mandi wajib sehingga waktu pagi dan terus melakukan persetubuhan di waktu pagi pada bulan ramadhan.adakah mereka juga dikenakan denda kaffarah?sedangkan puasa mereka telah batal sebelum bersetubuh di siang hari kerana tidak mandi wajib.
Tanpa Nama berkata…
saya telah melakukan zina pada tahun 2009 dan 2010 pada bulan ramadhan di tahun tersebut.

saya telah melakukan beberapa kali.

sesungguhnya saya insaf dan bertaubat.

sebelum saya melakukan zina. saya telah minum air dahulu untuk membatalkan puasa.

adakah saya juga di hukum kafarah?
dan saya tidak pasti berapa kali saya telah lakukan bagaimana saya membayar kafarah.

sekian,
insan buntu
Tanpa Nama berkata…
Bolehkah kalau nak turut mazhab hanafi di dalam hal ini sebagai sedikit keringanan?
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum..
jelas penjelasan ustaz... cuma soalan saya,
1) adakah kesalahan ini,sama dengan mereka yang melakukan zina, tetapi tidak melakukan persetubuhan (mensetubuhi faraj, dubur, persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Dalam erti kata lain, melakukan luaran saja, tanpa memasukkan sesuatu ke dalam faraj wanita.
2)jika si laki atau perempuan yang melakukan kesalahan ini, ke mana harus mereka rujuk, sekiranya ingin melakukan kaffarah... kebiasaannya mereka yang melakukan kesalahan ini, mereka tiada hala tuju dalam agama dengan kuat, bahkan mereka malu untuk menceritakan dosa yang telah dilakukan..
3) berkenaan 2 bulan puasa ganti berturut-turut tanpa selang, sekiranya wanita normal, mereka mengalami kitaran haid, adakah itu dikira uzur dan hanya perlu membayar kaffarah?

mohon penjelasan ustaz.. Wallahualam.. assalamualaikum...
Tanpa Nama berkata…
salam ustaz..m0h0n penjelasan..adakah kaffarah bg 0rg yg berzina tu dikenakan keatas lelaki sahaja?atau kedua2nya(lelaki & perempuan)?
Unknown berkata…
assalamualikum wr wb,,,,,,pak ustad terus bagaimana bagi perempuan cara melakukan puasa berturut turut 2 bulan sedangkan perempuan setiap bulan kedatangan haid atau menstruasi seperti yg tertera di atas cara menebus dosa itu dg puasa berturut turut 2 bulan tanpa selang waktu sedangkan perempuan setiap bulan kedatangan haid atau menstruasi sekian pak ustad saya tunggu jawaban dati pak ustad wassalam,,,,,
Tanpa Nama berkata…
Kaffarah hanya diwajibkn kpd kaum lelaki shaja...

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk