Langkau ke kandungan utama

DIVIDEN KWSP UNTUK BAYAR HUTANG PTPTN

Soalan; Bolehkah saya menggunakan duit riba ( dividen) dari simpanan KWSP saya untuk membayar duit pinjaman PTPN yang juga ada unsur riba.contoh : duit simpanan pokok saya dalam KWSP - RM10 000duit dividen KWSP ( keuntungan dari perniagaan yang tidak jelas halal/haramnya) - RM 5000jumlah simpanan dalam KWSP - RM 15 000pinjaman PTPN yang asal ( pokok) - RM 10 000caj 1% yang dikenakan ( duit riba) - RM 7000Jumlah yang perlu dibayar RM 17 000 Jadi saya mengunakan wang RM 5000 dari dividen KWSP untuk membayar RM 7000 tersebut. Manakala jumlah yang tidak cukup ( RM 2000) saya guna duit saya sendiri.Apakah ini dibenarkan? Kerana setahu saya duit riba hanya dibenarkan untuk digunakan untuk kemaslahatan umum seperti membina jalan raya. Tetapi dalam kes saya ini, saya tidak berniat untuk terlibat dalam riba. PTPTN diambil untuk membiayai pelajaran di universiti, manakala KWSP adala skim wajib untuk pekerja. Setelah sah dalam jawatan, saya dibenarkan memilih skim pencen & berhenti menyertai Skim KWSP. justeru saya ingin mengeluarkan duit KWSP saya dan melunaskan pinjaman PTPTN tersebut.

Jawapan;

Wang riba tidak harus digunakan untuk keperluan sendiri (termasuk keluarga). Ia perlu dipulangkan kepada pemiliknya. Oleh kerana pemiliknya tidak diketahui, maka dipulangkan kepada ummah atau masyarakat. Namun, benarkah dividen KWSP adalah riba?

Wallahu a’lam.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum ustaz,

apakah sebenarnyer yg dimaksudkan dgn mengadu domba yang diharamkan dalam islam. terutamanya dalam kes suami isteri.

ada kalanya saya terasa seperti ingin meluahkan perasaan. saya sentiasa yakin yang Allah lah Pendengar yang Maha baik. namun ada kalanya, kerana saya hanya manusia biasa, saya masih merasa berat dihati sehingga saya mencurahkan ia keluar. saya tahu yang isteri dilarang sama sekali memalukan atau mengaibkan suami. dan tidaklah menjadi niat untuk berbuat demikian tatkalau ingin 'menceritakan' masalah dgn si suami.

saya harap ustaz dapat perjelaskan.
wan sgmt berkata…
Ya ustaz.. KWSP sendiri umumkan bahawa pelaburanya tidak sepenuhnya ikut syariat islam iaitu ada mengandungi riba'.

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk