SOALAN : ASSALMUALAIKUM. ustaz saya ingin bertanya bagaimana pembhagian harta peninggalan arwah ibu saya mengikut faraid kepada
1. Bapa
2.Ibu arwah mak
3.Abang sulung saya yang sudah berkahwin & ada 2 orang anak (lelaki&perempuan)
4.Seorang lagi abang dan adik lelaki saya yang belum berkahwin
5.Saya(anak perempuan) yang sudah berkahwin tetapi tiada anak.
6. 3 orang adik perempuan saya yang belum berkahwin
Saya berharap persoalan ini dapat dirungkaikan. Terima kasih ustaz
JAWAPAN :
Wallahu a'lam.
1. Bapa
2.Ibu arwah mak
3.Abang sulung saya yang sudah berkahwin & ada 2 orang anak (lelaki&perempuan)
4.Seorang lagi abang dan adik lelaki saya yang belum berkahwin
5.Saya(anak perempuan) yang sudah berkahwin tetapi tiada anak.
6. 3 orang adik perempuan saya yang belum berkahwin
Saya berharap persoalan ini dapat dirungkaikan. Terima kasih ustaz
JAWAPAN :
Berdasarkan penerangan saudari, Ibu saudari meninggal dengan meninggalkan waris-waris berikut;
1. Suami
2. Ibu (iaitu nenek saudari)
3. 3 orang anak lelaki
4. 4 anak perempuan
5. Cucu-cucu.
Pembahagian faraidnya adalah seperti berikut;
1. Suami; akan mendapat 1/4 dari harta peninggalan.
2. Ibu; akan mendapat 1/6 dari harta peninggalan.
3. Baki harta akan di kongsi oleh anak-anak lelaki dan perempuan dengan nisbah 2:1, yakni anak lelaki akan mendapat sekali ganda bahagian anak perempuan.
4. Adapun cucu-cucu; mereka terhalang dari mendapat harta peninggalan kerana si mati mempunyai anak-anak.
Jika harta dibahagi 12 bahagian, maka suami akan mendapat 4 bahagian (1/4 dari 12), ibu mendapat 2 bahagian (1/6 dari 12) dan bahagian selebihnya (iaitu 6 bahagian) diagihkan antara anak-anak mengikut nisbah tadi.
Ulasan
Sekiranya harta simati adalah wang simpanan kwsp, dan telah di letak penama1 dan penama2, adakah perlu utk melakukan faraid? Dan bagaimana pembahagian nya mengikut faraid sekiranya masih ada:-
1. Isteri
2. Seorg anak lelaki yg sudah berkahwin , mempunyai 2 anak perempuan
3. 2 org anak lelaki yg belum berkahwin
4. seorg anak perempuan yg dah berkahwin, ada 2 org anak perempuan
5. seorg sedara lelaki seibu sebapa
6. seorg sedara perempuan seibu sebapa
Terima kasih ustaz.