Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

MENGURUSKAN ANGGOTA YANG TERPOTONG DARI BADAN

Soalan ; Saya nak tahu cara nak tanam anggota badan yang di potong contoh kaki. Jawapan; Anggota yang terpotong dari badan seseorang ketika ia masih hidup, yang dituntut untuk dilakukan ialah membalutnya, kemudian menanamnya sebagai menghormati jasad manusia. Adapun membasuhnya, diharuskan tetapi tidaklah diwajibkan mahupun disunatkan. Tidak disyariatkan menyembahyangkannya. Hukumnya sama seperti bayi yang keguguran sebelum usianya 6 bulan dan tidak lahir bernyawa; ia hanya perlu dibalut dan ditanam, harus memandikannya dan tidak perlu disolatkan. Wallahu a'lam. Rujukan ; 1. Al-Majmu', Imam an-Nawawi, kitab al-Janaiz, bab as-Solati Ala al-Mayyit (5/254). 2. Mughni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syirbini, Kitab al-Janaiz (4/266). 

HUKUM JANGGUT DAN MISAI

Soalan; Assalamu alaikm, ustaz. Minta ustaz jelaskan lanjut tentang hukum mencukur janggut. Misai pula macam mana? Terima kasih. Jawapan; HUKUM JANGGUT 1. Terdapat arahan dari Nabi s.a.w.; خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب “Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.). Berdasarkan hadis ini, para ulamak melarang lelaki muslim mencukur janggutnya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); arahan menyimpan janggut dalam hadis di atas adalah arahan wajib. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Dimakruhkan mencukur janggut. Adapun membuang sebahagian dari panjang atau lebarnya jika terlalu lebat, maka itu adalah baik/elok”. Imam Malik memakruhkan janggut yang terlalu panjang. Sebahagian ulamak menggalakkan dipotong janggut yang melebihi satu genggaman tangan. Dalam Soheh Imam al-Bukhari ada diceritakan; Ibnu Umar r.a. bila mengerjakan haji atau umrah, beliau akan menggenggam janggung...

USTAZ TIDAK BERJANGGUT DAN BERJUBAH

Soalan ; salam, ustaz; 1. ustaz seperti yg di maklum kpd saya... ulma 4 mazhab meletakkn hukum wajib untuk org islam b'janggut...sya agk kecewa dengan ustaz2 @ ulama malaysia yg tidak menhirau kan sunnah ini...melalui pemerhatian saya ada yg sggp mencukur janggt tsbt dgn sengaja...bila bab hukum ahkam bukan main lagi ustaz...bila ceramah bab keperibadian rasulullah...sampai nmpk urat leher...mcm mana sya nk ikut kata2 seorng sendiri tak mgamalkn yg apa dia katakan...ada yg misai lbh pjg dr janggut...ini kah ulama kita masa kini ustaz.....bila b'pakaian mereka lbh rela memakai baju kot dari memakai baju jubah...adakah mereka lbh bgga dgn bju yg d reka oleh org yahudi dr bju yg d reka oleh kekasih kita....sepatut nya mereka yg menunjukn kepada kami(org jahil ttg agama) ttg keperibadian rasulullh...tetapi keperibadian hnya di mulut2 mereka shj ustaz...bila saya prgi ke kuliah ustaz2 sya mjadi mrh ttg ini ustz..tapi apakn daya ustaz...ilmu ttg agma sya kurang...dsmping ustaz & ...

SUJUD TANPA KAKI MENYENTUH LANTAI (CARA SUJUD)

Soalan : Ustaz, 1. Adakah sah sujud sembahyang fardu, jika tidak ada perut jari sebelah kaki mengenai tempat sujud? 2. Adakah perut kedua-dua tangan mesti menyentuh tempat sujud sebagai syarat sah sujud sembahyang? Jawapan ; Sabda Nabi s.a.w.; “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Berdasarkan hadis ini, anggota sujud hendaklah merangkumi; 1. Dahi dan hidung 2. Dua tangan 3. Dua lutut 4. Dua kaki Ketika sujud, wajib ke semua tujuh anggota di atas diletakkan di atas lantai. Bagi dahi, memadai meletakkan sebahagian dahi sahaja di atas lantai. Bagi tangan yang dikira ialah tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut-perut anak jari kaki. Memadai dengan meletakkan sebahagian sahaja dari perut-perut anak jari kaki itu. Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakan...

IBU TIRI KEPADA ISTERI; ADAKAH MENJADI MAHRAM SUAMI?

Soalan ; assalamualaikum....ape hukum suami bersalam dgn mak mentua? mak mentua tu bukan mak kandung istri, macam istilah org kmpung paggil mak tiri (kepada isteri), mintak dalil dan kitab rujukn. syukran Jawapan; Ibu/emak tiri kepada isteri tidak termasuk dalam senarai mahram muabbad (yakni orang-orang yang haram dikahwini oleh seorang lelaki buat selamanya). Oleh itu, statusnya sama seperti wanita ajnabi yang lain iaitu tidak boleh bersentuhan dengannya (termasuk bersalaman), berdua-duaannya dengannya, melihat auratnya dan menemaninya untuk bermusafir.  Ikatan mahram wujud dengan tiga sebab; 1. Kekeluargaan 2. Perkahwinan 3. Penyusuan Ia disebut oleh Allah dalam firmanNya dalam surah an-Nisa' (bermaksud); "Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perem...

CARA MELAKUKAN TAYAMMUM

Soalan; SALAM USTAZ, SAYA INGIN MENGAJU SATU PERSOALAN SEPERTI BERIKUT: 1.KAMI BERMALAM SEMASA BERTUGAS DI PADANG PASIR YG SEJUK INI, KEMUDIAN BERMIMPI KELUAR AIR MANI, UNTUK SOLAT SUBUH MEMERLUKAN MANDI JUNUB ATAU SEBAGAINYA, KALAU DITEMPAT PDG PASIR YG TIADA AIR TAYAMUM PUN DIBOLEHKAN, DAN BAGAIMANA CARA NYA TERANGKAN SATU PERSATU.. TERIMA KASIH ATAS KEPERHIHATINAN USTAZ. Jawapan; 1. Yang dimaksudkan dengan tayammum ialah menyapukan debu ke muka dan dua tangan sebagaimana firman Allah (bermaksud); “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan debu yang bersih (صعيدا طيبا), iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu” (Surah al-Maidah, ayat 6). 2. Berdasarkan ayat di atas, anggota tayammum ada dua iaitu; a) Muka b) Dua tangan Mu...

HUKUM SEWA ATAS SEWA

Soalan ; assalamualaikum ustaz...apakah hukum sewa atas penyewa?  Jawapan ; Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab empat); diharuskan orang yang menyewa barang/premis untuk menyewakannya semula kepada orang lain selama dalam tempoh sewaan yang diakadkan dengan pemilik barang/premis. Sama ada bayaran sewaan yang dikenakan sama dengan bayaran sewaan yang dibayar kepada pemilik atau lebih tinggi atau lebih rendah hukumnya adalah harus. Ini kerana akad sewaan adalah sama seperti akad jual-beli iaitu akad pertukaran. Jika akad jual beli menukarkan antara harta (yang berupa wang) dengan harta (yang berupa barang/produk), akad sewaan pula menukar harta (iaitu bayaran sewaan) dengan manfaat (iaitu kegunaan barang yang disewa). Apabila sempurna akad sewaan, manfaat barang/premis yang disewa telah menjadi milik orang yang menyewa, maka ia harus menggunanya sendiri atau menghadiahnya kepada orang lain atau menjual manfaat itu (dengan pengertian menyewanya kepada orang lain). Ia sama seperti apa...

LAFAZ TALAK TANPA NIAT & TALAK 3 SEKALIGUS

Soalan ; assalamualaikum ustaz. 1. isteri saya telah pulang kerumah ibunya. pada malam harinya. saya telah menghantar sms berbunyi "kalau tak balik kerumah malam ni, jatuh talak 3". saya menghantar sms tersebut tanpa niat. bertujuan menyuruh isteri saya balik. adakah jatuh talak tersebut? 2. sebelum ini saya pernah bertengkar. dan saya lafaz "kita putus" juga tanpa niat. adakah jatuh talak? Jawapan ; 1. Lafaz pertama adalah lafaz sharih iaitu lafaz yang tidak difahami oleh orang yang mendengar melainkan dengan makna talak. Ucapan talak/cerai dengan lafaz sharih tidak dirujuk kepada niat, yakni; semata-mata suami melafazkannya dengan mulutnya jatuhlah talak sekalipun suami mendakwa ia melafazkannya bukanlah dengan niat cerai tetapi gurauan, marah, ancaman atau sebagainya. Lafaz sharih ini ialah dengan menggunakan perkataan talak atau cerai. Hukum tersebut adalah kerana Rasulullah bersabda; "Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh dan gurauannya juga adalah sunggu...

HUKUM KESALAHAN DALAM BACAAN FATIHAH

Soalan ; Salam Ustaz. Apa hukum solat jika membaca Al-Fatihah salah tajwid, iaitu merangkumi: - tidak menyebut syaddah pada huruf yang bertasydid, seperti pada iyyaka dibaca iyaka - salah makhraj, seperti dho disebut zho pada waladhdhollin - tidak memelihara hukum mad, seperti dho pada waladhdhollin panjang 6 harakat dibaca 2 harakat sahaja. Harap penjelasan ustaz. Jawapan ; Para ulamak menjelaskan;  1. Surah al-Fatihah wajib dibaca di dalam solat dengan merangkumi segala huruf dan syaddah-syaddahnya. Jika jatuh satu huruf darinya atau diringankan huruf yang sepatutnya disyaddahkan atau diganti satu dengan huruf lain, tidak sah bacaannya sama ada huruf dhodnya atau huruf lainnya.  2. Dari segi sebutan huruf; jika bertukar sebutan dhod (ض) menjadi dzo (ظ) menurut satu pandangan (dari fuqahak mazhab Syafiie); tidak menjejaskan bacaan (yakni bacaan masih sah kerana agak sukar bagi orang awam untuk memebezakan antara dua huruf tersebut, jadi ia dimaafkan). Namun pandangan yang rajih (al-As...

MEMBINA PREMIS DI ATAS TANAH ORANG LAIN

Soalan ; Assalammualaikum. Saya ada kemuskilan, bapa saudara saya telah mendirikan rumah di atas sebidang tanah milik aruah nenek saya atas kebenaran secara lisan oleh aruah nenek. Sebelum aruah nenek meninggal dia telah menukar hak milik tanah tersebut ke atas nama bapa saya. Anak bapa saudara saya juga telah mendirikan bengkel membaiki motosikal di atas tanah tersebut tanpa sebarang kebenaran daripada bapa saya sebagai pemilik tanah. Masalahnya sekarang bapa saya ingin menjual tanah tersebut memandangkan tanah tersebut tidak diusahakan dan bapa memerlukan wang bagi menyara anak-anak yang masih belajar dan dirinya dan emak yang tidak berapa sihat. Malangnya bapa saudara dan anak-anaknya telah melemparkan kata-kata yang kesat kepada bapa saya dan masih berpegang kepada kata-kata aruah nenek yang membenarkan beliau membina rumah dan tinggal di atas tanah tersebut biarpun nenek telah tiada pada mereka itu adalah tanah pusaka dan bapa tidak berhak meminta mereka keluar biarpun bapa telah ...

WASIAT DAN PEMBAHAGIAN HARTA PENINGGALAN ISTERI YANG TIADA ANAK DAN IBU-BAPA

Soalan; ISTERI SUDAH MENINGGAL . SAYA TIDAK ADA ANAK. KEDUA MERTUA PUN SUDAH MENINGGAL. IPAR-IPAR SERAMAI 7 ORANG; 6 LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN. SEBELUM MENINGGAL ISTERI SAYA TELAH BERPESAN KEPADA SAYA. JIKA DIA MENINGGAL, SEMUA BARANG KEMAS NYA BERI KEPADA MASJID, DAN JANGAN BAGI KEPADA SESIAPA. SOALAN SAYA: MACAMMANA SAYA NAK BUAT BAGI MENYELESAIKAN PERKARA ITU. MINTA TOLONG PERINCIKAN KAN SATU PERSATU MENGIKUT MANA YANG MESTI DIDAHULUKAN . CONTOH SAPERTI BERIKUT; 1. JUAL SEMUA BARANG KEMAS 2. BERI KEPADA MANA MANA MASJID SEMUA SEKALI. 3. ? 4. ? 5. ? MINTA TOLONG SENARAIKAN . SEKIAN TERIMA KASIH. Jawapan; Harta peninggalan si mati hendaklah dibahagikan mengikut urutan berikut; 1. Diambil darinya untuk pengurusan jenazahnya; kos mandi, kafan dan pengkebumian. Jika telah ada peruntukan dari khairat kematian atau keluarga sudi menanggungnya, tidak perlu lagi ditolak. 2. Ditolak hutangnya sama ada hutang dengan Allah atau hutang dengan manusia. Hutang dengan Allah seperti zakat, f...

PUASA ISNIN & KHAMIS DAN 3 HARI SETIAP BULAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz, saya ingin tahu tentang puasa sunat isnin dan khamis , adakah puasa ini perlu dilakukan pada isnin dan khamis pd minggu yang sama atau minggu berlainan(isnin minggu pertama,khamis minggu kedua dsb.) atau boleh memilih antara dua hari itu yakni puasa pd isnin saja tp tidak pada khamis begitu sebaliknya? Kedua ,mengenai puasa tiga hari sebulan, apakah hukum jika saya mengambil hari isnin dan khamis sebagai hari utk melakukan puasa sunat tiga hari ini? Maklum balas ustaz amat dihargai. Wassalam. Jawapan; 1. Puasa isnin dan kamis boleh dilakukan pada setiap minggu, sama ada berpuasa isnin saja atau khamis saja atau kedua-duanya. 2. Maksud puasa 3 hari setiap bulan (yakni bulan Islam) ialah melakukan puasa pada 3 hari di setiap bulan. Jika seorang melakukan puasa setiap hari isnin bermakna setiap bulan ia berpuasa 4 hari dan itu telah merangkumk maksud puasa 3 hari setiap bulan itu. Namun jika ia menambah puasa dengan berpusa pada tanggal 13, 14 dan 15 setiap...

BENARKAH HARUS MENUNJUKKAN GAMBAR TIDAK BERTUDUNG KEPADA LELAKI?

Soalan ; salam,,,ustaz apa hukum seorang perempuan berchating secara webcam tidak menutup kepala dan tidak menampakkan auratnya yang lain kecuali rambut sahaja. saya ada mendengar hukum menunjukkan gambar tidak menutup kepala kepada orang lelaki tidak dikira berdosa kecuali mendatangkan syahwat.. saya ingin mendapatkan kepastian sebab saya adlah pelajar jurusan pengajian Islam. Jawapan ; Terdapat larangan yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah ke atas wanita beriman agar menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua tangan sahaja yang harus didedahkan. Lihat surah an-Nur, ayat 31. Antara yang disuruh Allah agar ditutup ialah bahagian kepala. Firman Allah (bermaksud); "Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita mukmin) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutupi belahan leher baju mereka" (Surah an-Nur, ayat 31). Menurut ulamak tafsir; ayat ini bermaksud supaya wanita-wanita beriman menutup kepala mereka, leher serta dada mereka dengan kain-kain tudung (Lih...

HUKUM LELAKI BERAMBUT PANJANG & MEMAKAI TOPI KETIKA SOLAT

Soalan ; Assalamualaikum ustaz....Saya mempunyai sedikit kemusykilan tentang pemakaian ketika solat..Terutama pada bahagian atas kepala.saya seorang yang gemar berambut panjang namun ada segelintir yang mengatakan jika rambut panjang maka ia akan jatuh kepada haram.adakah perkara ini benar?Dan satu lagi ustaz,tentang pemakaian topi ketika solat.saya sering memakai topi salji@snowcap yg kelihatan seperti anak tudung bagi wanita.Persoalannya adakah salah jika saya mengenakannya untuk digunakan sebagai pengganti songkok@kopiah memandangkan rambut saya panjang dan khuatir jatuh di bahagian dahi dan menyebabkan solat itu terbatal?Itu sahaja ya Ustaz,harap ustaz sudi menjawab soalan saya ini. Jawapan;  1. Lelaki ingin menyimpan rambut panjang; tidaklah dilarang agama kerana rambut Nabi -shallallahu 'alaihi wasallam- sendiri adakalanya beliau membiarkan panjang hingga ke bahu. Dalam Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas yang menceritakan; "Rambut Rasulullah mencecah dua bahunnya...

MLM HPA

Soalan; Salam ustaz, saya terjumpa perbahasan berkaitan HPA di internet...link saya berikan di bawah.. sila baca dan beri penilaian mahupun cadangan.. Tidakkah sesuatu perniagaan yg dikatakan harus itu terdapat ciri² & syarat² nya menurut syara'? saya lihat bisnes HPA ini masih dalam keadaan tidak cerah dari kesamaran oleh kerana KEKURANGAN tenaga pakar akademik, benarkah? harap ustaz berikan kerjasama.. kami orang awam mahu mengetahui secara menyeluruh plan bisnes HPA ini & tidak perlulah disitu ada keraguan yg membatasi pengetahuan kami tentangnya.. apa yang kami harapkan bisnes HPA ini adalah jelas nyata & terang... bak kata pepatah "tadop udang di sebalik mee goreng" saya jumpa link ini di laman sesawang... INI LINKNYA: (http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/05/panel-syariah-yang-suspek-meh-la-ramai.html). Jawapan; Sebelum ini ramai bertanya saya tentang sistem perniagaan (MLM atau lainnya) membabitkan syarikat-syarikat tertentu, namun saya mengelak untuk...

BENARKAH SEMUA MLM HARAM?

Soalan ;  Assalamu alaikum, ustaz. Saya ingin mendapat pandangan sebenar tentang MLM. Saya baca satu blog (http://www.aididmuaddib.blogspot.com/), penulisnya kata semua MLM haram. Ada fatwa-fatwa ulamak beliau bawakan. Ustaz pula dalam jawapan-jawapan ustaz; MLM tidak semuanya haram, ada yang harus. Minta ustaz jelaskan lebih lanjut supaya orang seperti saya ini tidak keliru. Terima kasih.   Jawapan ;   Saya membaca sedikit sebanyak blog tersebut (khusus berkait dengan MLM). Biasa sahaja sebelum ini saya mendengar pro dan kontra tentang MLM kerana antara ulamak sendiri berbeza pandangan. Namun membaca blog tersebut –khusus diruang komennya- saya agak terkejut kerana ada orang yang membicara hal agama namun dengan bahasa yang begitu kesat (apatahlagi ditujukan kepada ulamak) semata-mata kerana tidak sepandangan dengannya. “..bodohlah ulamak-ulamak yang mengharuskan MLM...” itulah antara bahasa yang digunakan dan ditujukan kepada ulamak-ulamak Mesir dan Malaysia (kerana mereka mengharusk...

EDDAH WANITA YANG DICERAI SUAMI

Soalan ; Assalamualaikum ustaz, boleh ustaz tolong jelaskan bagaimanakan yang dimaksud kan tempoh edah selepas bercerai bagi seorang wanita. Ada yang berkata tempohnya adalah 3 bulan dari tarikh bercerai atau pun 3 kali suci. Andai kata wanita tersebut telah lepas 3 kali suci tetapi tempoh edah cerainya tidak sampai 3 bulan boleh kah wanita tadi bernikah atau mesti digenapkan masa 3 bulan tersebut barulah wanita tadi boleh bernikah. Penjelasan Ustaz diucapkan ribuan terima kasih. Wassalam.   Jawapan ;   Eddah yang ditetapkan oleh Syariat ke atas wanita yang diceraikan suami adalah seperti berikut;   1. Wanita yang diceraikan suami dan ia masih kedatangan haid; eddahnya tiga kali suci (dari haid) berdalilkan ayat (bermaksud); “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)” (Surah al-Baqarah, ayat 228). Dikecualikan jika ia mengandung, maka eddahnya ialah eddah wanita mengandung yang akan disebutkan ...

HUKUM ANAK PATUNG

Soalan; assalamulaikum ustaz...saya ingin bertanya apakah hukum sbnr menyimpan anak patung....sebab saya pernah dengar orang kata kalau nak simpan anak patung boleh tapi kena cacatkan anggotanya....adakah itu benar ustaz... Jawapan; Patung makhluk yang bernyawa –iaitu manusia dan haiwan- menurut jumhur ulamak; haram dibuat dan haram juga memilikinya. Hukum haram ini berdalilkan hadis-hadis yang melarang peniruan terhadap makhluk-makhluk bernyawa sama ada melalui lukisan, patung atau sebagainya. Antaranya sabda Nabi (bermaksud); “Semua orang yang membuat peniruan adalah dalam neraka. Di akhirat nanti makhluk yang ditirunya akan dijelmakan menjadi satu jiwa yang akan mengazabnya di dalam neraka. Jika kamu perlu melakukannya, buatlah peniruan terhadap pokok atau benda yang tidak bernyawa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar (Imam as-Syaukani), juzuk 2, kitab al-Libas, bab Hukmi Ma Fihi Shurah Min as-Siyab…). Dikecualikan dari...

INGIN MEMBATALKAN NAZAR

Soalan; ASSALAMUALAIKUM, Saya Ridzuan dari Sepang, saya ingin bertanya tentang hukum menyempurnakan nazar? 1. Sekiranya saya telah berniat nazar (yang baik) tetapi saya ingin membatalkan/menukarkan niat nazar itu kepada yang lain, apakah yang saya perlu lakukan? 2. Untuk makluman pihak tuan saya telah bernazar untuk menyedekahkan 5% gaji saya selama saya berkerja kepada yang memerlukan sekiranya saya mendapat perkerjaaan. 3.Semasa saya membuat lafaz tersebut saya agak yakin yang saya mampu melaksanankannya, tetapi selepas difikirkan kembali saya menjadi gusar sekiranya saya tidak dapat menyempurnakan nazar saya tersebut. Jawapan; Wajib ke atas orang yang bernazar (dengan nazar ketaatan) menunaikan nazarnya selagi ia mampu menunaikannya. Allah berfirman di dalam al-Quran (yang bermaksud); “…dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka…”. (al-Haj: 29). Sabda Nabi –shallalahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah ia mentaatiNya (yakni menunai...

BOLEHKAH MENYEBUT "SI FULAN AHLI NERAKA" ATAU "SI FULAN AHLI SYURGA"

Soalan ; Assalamualaikum Ust. Saya nak tanya satu soalan. Boleh tak kalau kita menghukum seseorang berdasarkan kepada zahir amalannya, contohnya kita kata si Anu masuk syurga si Anu kafir, si Anu masuk neraka berdasarkan kepada perbuatan zahir mereka? Bukankah nabi pernah mengatakan seorg wanita masuk neraka dgn sebab dia menyiksa seekor kucing dan seorang wanita yg lain masuk syurga dgn sebab dia memberi minum seekor anjing? Minta penjelasan ust. Jawapan; 1. Tidak boleh kita menyebut secara pasti dengan merujuk kepada individu seperti kita berkata "Si Fulan adalah ahli neraka" atau "Si Fulan ahli syurga". Ini kerana sekalipun seorang itu melakukan dosa, pintu taubat dan pemgampunan Allah masih terbuka untuknya. Hari ini ia melakukan maksiat, mungkin esok ia bertaubat dan Allah menerima taubatnya dan ia menjadi ahli syurga. Begitu juga, boleh terjadi seorang itu hari ini rajin beribadah, namun esok atau hari depan ia menjadi pelaku maksiat dan mati dalam maksiat, la...

HUKUM BERAMAL DENGAN PETUA DAN PANTANG LARANG MELAYU

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, apakah hukum mempercayai petua-petua, pesan dan pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar". Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini? Soalan tambahan saya, bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan? Jawapan; Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya; 1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. F...

BILA IMAN AKAN TERBATAL?

Soalan ; Assalamualaikum ustaz, semasa di zaman universiti dulu saya ada belajar subjek aqidah. saya pelajar aliran sains, tapi di universiti saya ada masukkan jgk subjek2 agama. Alhamdulillah dapat la belajar sedikit sebanyak. dalam satu sesi tu, kami ada belajar tentang perkara2 yang membatalkan iman. Antaranya ialah seperti menghalalkan yang haram, mengharamkan yg halal dan juga lain2. Bila saya terfikir pasal benda ni saya jadi risau pulak ustaz. Sebab kadang2 tu kan macam bila kita ada buat dosa, pastu dalam hati kita macam tak kisah dengan perbuatan dosa kita tu...seolah-olah macam kita menghalalkan yang haram......ataupun kadang2 bila kita nampak perbuatan dosa depan mata kita, tapi kita macam tak kisah akan perbuatan tersebut....saya takut semua ini termasuk dalam kategori menghalalkan yg haram yang boleh membawa kepada batalnya iman....nauzubillah.... mohon penjelasan daripada ustaz. Syukran ustaz. Moga Allah merahmati ustaz. Jawapan; Iman yang sempurna terkandung di dalamnya ...

TALAK MELALUI TELEFON BIMBIT (SMS)

Soalan; Assalamualaikum. Saya ada satu pertanyaan. Kalau seorang suami telah menulis mesej di telefon bimbit untuk menjatuhkan talak kepada isterinya tetapi belum dihantar kepada isterinya, maka talak itu sudah jatuh atau belum. Sekian. Jawapan; Menurut jumhur Fuqhak (antaranya Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafiie); menulis ucapan talak tidak dikira jatuh talak melainkan dengan niat, yakni ada niat mentalak isteri ketika menulis ucapan talak tersebut. Ini kerana orang yang menulis boleh jadi ia menulis kerana ingin merekodkan atau bertujuan penceritaan atau ingin mencuba pen/pensil, ingin melihat tulisannya atau seumpamanya, maka kerana itu dalam kes talak ia memerlukan niat talak supaya tulisan talak itu tidak bertujuan lain. Talak dengan SMS termasuk dalam kategori talak dengan tulisan di atas. Jika SMS yang mengandungi ucapan talak itu ditulis oleh suami berserta dengan niat untuk menujukan ucapan talak itu kepada isterinya, jatuhlah talak. Ucapan talak tidak disyaratkan dilafazkan d...

WAS-WAS TENTANG KENCING

Soalan; Assalamu'alaikum. Saya ada soalan mengenai penyakit kencing tak lawas ini. Selepas buang air kecil saya lap kemaluan saya dengan tisu, termasuklah di dalam kemaluan. Selepas saya bergerak dan sebagainya saya lihat ada air yang mula ada dalam lubang kemaluan tapi air itu tidak keluar hingga keluar, ia cuma ada di dalam dan saya lihat tidaklah sehingga ia boleh keluar kerana hanya sedikit. Tapi saya was2 sekiranya saya basuh kemaluan dengan air, dan apabila basuh, maka air akan masuk ke lubang kemaluan, saya was2 air itu akan menarik air kencing tak lawas itu keluar kerana sifat air akan bercampur kan apabila bertemu air dengan air?. Adakah saya patut fikirkan tentang was2 ini atau biarkan saja? mohon dibalas ke amail ini saja insyaAllah. Jawapan; Najis yang dikira ialah apabila ia telah pasti keluar, yakni telah melepasi tempat keluar najis. Selagi ia belum keluar, belum dianggap membatalkan wudhuk atau menajisi pakaian (yang perlu dicuci sebelum solat). Oleh demikian, bers...

CIUMAN DI MULUT

Soalan ; Assassalamualaikum ustaz.Apa hukum bercium mulut sesama wanita islam atas dasar sahabat?? krn bersentuhan kulit antara wanita tidak haram...  Jawapan 1. Ciuman antara sesama wanita di mulut; jika dengan syahwat, hukumnya adalah haram. Adapun jika tanpa syahwat, hukumnya adalah makruh kerana dikhuatiri membangkitkan syahwat. Hukum yang sama juga bagi sesama lelaki dan ciuman sesama mahram (yakni antara lelaki dan wanita yang ada hubungan mahram). 2. Diharamkan sama sekali antara lelaki dan wanita yang bukan mahram sama ada dengan syahwat atau tanpa syahwat kerana di antara mereka haram bersentuhan, apatahlagi berciuman. 3. Ciuman antara suami isteri adalah harus tanpa makruh kerana seluruh badan isteri atau suami adalah tempat yang diharuskan istimta' (berseronok).  Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan "Famun".  2. Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid  (Islamqa.com), no. 36837.

HARTA SEPENCARIAN

Soalan ; Assalamualaikum ustaz, Di sini saya ingin menanyakan berkenaan takrif harta sepencarian serta bagaimana cara pembahagiannya. Terima kasih. Jawapan ; Apabila berlaku satu perkahwinan, pemilikan harta antara suami dan isteri berada dalam lingkungan tiga jenis; 1. Harta persendirian; iaitu harta yang dipunyai oleh suami atau isteri secara persendirian, yakni masing-masing memilikinya tanpa melibatkan usahasama atau perkongsian dengan pasangan seperti dari gaji, upah kemahiran, hadiah orang lain, dari harta peninggalan atau sebagainya. Menurut hukum Syariat, harta jenis ini adalah milik masing-masing (suami atau isteri) dan diurus mengikut kehendaknya. Sebagai contoh, harta isteri adalah milik penuh isteri, ia berhak menguruskannya mengikut kehendaknya tanpa terikat dengan kehendak suami. 2. Harta perkongsian; iaitu harta yang dikongsi bersama antara suami dan isteri. Ia terdiri dari tiga bentuk; A) Harta syarikat; iaitu suami dan isteri berpakat menubuhkan satu syarikat dengan ni...

NAJIS SERIGALA; ADAKAH SAMA SEPERTI NAJIS ANJING?

Soalan; assalamualaikum ustaz, saya ingin tahu najis serigala tergolong dalam kategori apa? sama dengan najis anjing ke? kalau boleh, saya nak keterangan yang jelas dalam masalah ini. Jawapan; Serigala dalam bahasa Arab disebut al-Zi’bu (الذئب). Ia adalah binatang yang wujud pada zaman Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dan baginda pernah menyebut tentangnya di dalam beberapa hadis yang diriwayatkan darinya, namun tidak ada hadis yang menyamakannya dengan anjing dari segi cara menyucikan bekas yang dijilatnya atau najisnya. Oleh demikian, najis serigala tidaklah sama seperti najis anjing. Ia termasuk dalam kategori najis-najis haiwan buas yang lain di mana memadai dengan membasuhnya hingga hilang kesan-kesannya, tidak wajib dibasuh hingga tujuh kali (dengan basuhan pertama dengan air bercampur tanah) kerana ia tidak dianggap anjing. Kenyataan di atas disokong oleh pandangan Imam al-Jahiz dalam kitabnya al-Hayawan iaitu kitab yang ditulis oleh ulamak silam membicarakan tentang binatang...

IBU SUSUAN; ADAKAH DISYARATKAN BAYI MENYUSU DI BADAN?

Soalan ; Assalamualaikum...Saya ada memelihara bayi angkat yg kini berusia 5 bulan. Saya bercadang menyusukan bayi tersebut dan menjadi ibu susuan. Msalahnya bayi ini sudah biasa minum susu formula melalui botol susu. Sekiranya saya berjaya mengeluarkan susu sendiri melalui suntikan dan makan ubat, saya bercadang pengepam terus susu ke dalam botol untuk diminum oleh bayi.  Adakah cara ini saya masih boleh menjadi ibu susuan? Terima kasih. Jawapan ; 1. Secara ringkasnya, penyusuan yang menimbulkan ikatan mahram yakni yang menjadikan seorang wanita sebagai mahram kepada anak yang disusuinya ialah yang memenuhi syarat-syarat berikut; a) Hendaklah dari susu manusia dan wanita, bukan susu binatang atau susu lelaki. b) Menurut ulamak-ulamak dari mazhab Syafiie dan Hanafi; disyaratkan juga wanita yang menyusu hendaklah telah mencapai umur 9 tahun. Namun ulamak-ulamak mazhab Maliki tidak mensyaratkannya. c) Hendaklah jumlah penyusuan tidak kurang dari lima kali. d) Bayi yang disusui hendaklah ...