Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

MASALAH MUNTAH/JELUAK BAYI

Soalan; Saya ada soalan ustaz, mengikut mazhab maliki, muntah yg sedikit adalah najis yang dimaafkan dan dibolehkan dibawa dlm sembahyang. Soalan saya, adakah boleh saya berpegang pada mazhab maliki dalam bab2 najis yg dimaafkan ini kerana amat merumitkan saya kerana saya mempunyai bayi kecil yg sering muntah / jeluak dan saya sentiasa terpaksa membersihkan muntah/jeluak tersebut walaupun sedikit. Sedikit dalam mazhab maliki adalah selebar titik hitam pada wang dirham. Apakah yg dimaksudkan itu ya ustaz? Mohon pencerahan dan terima kasih byk2 atas bantuan ustaz. Jawapan; Muntah adalah najis mengikut pandangan jumhur ulamak termasuk mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) kerana ia adalah makanan yang melalui proses pengubahan dalam perut, maka ia menyamai tahi. Kerana itu, pakaian yang terkena muntah, wajib dibasuh sebelum dipakai ketika solat. Namun, para ulamak menegaskan; najis dimaafkan jika kadarnya sedikit. Menurut mazhab Hanafi; kadar sedikit itu ialah yang ku

HUKUM WANGIAN (PERFUME) BERALKOHOL

Soalan; Assalamualaikum...Ustaz ana nak tanya berkaitan Apakah hukum mengguna perfume beralkhohol...? Jawapan; Alkohol ada yang datang dari arak dan ada yang bukan. Setiap arak mengandungi alkohol, namun tidak semua alkohol itu adalah arak. Oleh demikian, alkohol yang terdapat di dalam wangian (perfume); jika ia bukan datang dari arak atau dari proses pembuatan arak, ia tidak najis dan harus dipakai termasuk ketika solat. Jika ia datang dari arak, hukumnya adalah najis mengikut hukum arak itu sendiri di mana arak adalah najis menurut jumhur ulamak(1). Syeikh Dr. 'Ali Jumaah Muhammad menegaskan di dalam fatwanya; "Alkohol yang digunakan sebagai bahan dalam perfume, jika ia dari jenis alkohol ethanol, ia adalah arak dan penggunaannya dalam perfume menyebabkan perfume itu menjadi najis dan tidak harus digunakan mengikut Syariat berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang berpandangan arak adalah najis)". Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Fatwa Syeikh 'Atiyah Saqar (Himp

JIMAK DENGAN HAMBA

Soalan ; Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, adakah benar yang Islam membenarkan tuan kepada hamba berjimak dengan hamba perempuannya tanpa nikah? Jika ya, mengapakah ia dibolehkan? Terima Kasih Jawapan ; Ya, Islam membenarkan seorang tuan beristimta' dengan hamba perempuan yang dimilikinya berdalilkan firman Allah (bermaksud); "Dan (di antara sifat orang-orang mukmin ialah)  mereka yang menjaga kemaluan mereka (dari syahwat yang haram, iaitu zina dan sebagainya), kecuali kepada isteri mereka atau hamba (perempuan) yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela(apabila melepaskan syahwat itu kepada isteri atau hamba yang dimiliki)” (Surah al-Mukminun, ayat 5-6). Berdasarkan ayat ini, jimak yang dihalalkan Syariat adalah melalui dua ikatan; 1. Ikatan perkahwinan 2. Ikatan milki yamin (pemilikan hamba). Kedua-dua jimak tersebut jika menghasilkan anak, maka anak itu dinasabkan kepada suami atau tuan dengan nasad yang sah dan boleh mewarisi. Milki

BILANGAN PENYUSUAN

Soalan; Assalamualaikum..Saya menyusukan anak kawan saya.Tapi sekali penyusuan sahaja.Adakah anak itu jadi anak susuan saya? Jawapan; Belum menjadi anak susuan kerana bilangan penyusuan yang ditetapkan Syariat ialah 5 kali penyusuan barulah anak itu menjadi anak susuan.Dalil mereka ialah hadis dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Pada permulaannya diturunkan di dalam al-Quran; sepuluh kali penyusuan yang diketahui (yakni berasingan) barulah akan mengharamkan (yakni menimbulkan ikatan mahram). Kemudian dinasakhkan bilangan sepuluh kali itu dengan lima kali penyusuan yang diketahui. Rasulullah wafat dalam keadaan bilangan penyusuan itu masih merupakan ayat yang dibaca dari al-Quran”. (HR Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai). Wallahu a'lam.

HUKUM ISTERI MINTA CERAI

Soalan; asmkwbt Ustaz; apakah hukumnya seorang wanita meminta "dilepaskan" daripada suaminya. (berdosa atau haram?). semoga jawapan ustaz dapat menenangkan hati dan perasaan saya. terima kasih Jawapan; Terdapat sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga(yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944). Dari hadis di atas kita memahami bahawa; sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan berdosa. Namun jika ada ada desakan atau sebab yang munasabah, hukumnya adalah harus. Menurut ulamak; contoh desakan ialah; suami yang zalim, suka mendera isteri, tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab atau sebagainya. Atau isteri merasakan tidak upaya lagi menunaikan tanggun