Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

MAKNA KHALWAT, HUKUM WANITA MENERIMA TETAMU LELAKI

Soalan; Salam ustaz.. saya mohon pencerahan dr ustaz.. Begini, 3 org sahabat zaman sekolah saya menyinggah ke rumah kampung saya sebentar td. mereka sempat bersolat maghrb dan isya' serta djamukan dgn sedikit maknn oleh ibu, nenek dan ibu saudara saya. Namun, sgt mngejutkan bila usai solat isya datuk saya yg baru pulang dr surau mula me'negur' sahabat2 saya. beliau (datuk) menegaskan bahawa beliau tidak ingin bersubahat bersama kerana haram sekumpulan lelaki menziarah seorang wanita bukan mahram. Sungguh saya malu dgn tindakan datuk menegur sahabat saya yang dtg menziarah. Soalan saya apakah benar Islam tidak membenarkan had ziarah-menziarahi sebegini? terima kasih atas perhatian ustaz. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. Nabi SAW menegah lelaki ajnabi* dan wanita ajnabiyah* berduaan sebagaimana sabdaNya; “Janganlah seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita (yang bukan mahramnya), dan janganlah seorang wanita bermusafir kecuali de

POLIGAMI; TIDAK BERLAKU ADIL KERANA TERIKAT PERJANJIAN

Soalan; Assalammualaikum.Saya ingin bertanya satu soalan. Kawan saya merupakan isteri kedua, baru2 ini berlaku sedikit pertengkaran berkaitan tanggungjawab suami. Si isteri ingin lebih perhatian malangnya Si suami tetap menyatakan tidak dapat memberikannya kerana itu sudah termasuk dalam perjanjian yg telah sama persetujui. Jawapan; Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah, Suami yang berpoligami wajib berlaku adil kepada kesemua isterinya. Sebarang syarat atau perjanjian dengan mana-mana pihak untuk menafikan hak pihak yang lain, syarat atau perjanjian sebegitu tidak sah di sisi syarak, wajib dibatalkan dan hendaklah kembali kepada tuntutan syarak kerana kehendak Allah mesti diutamakan dari kehendak manusia. Firman Allah (yang bermaksud); "Berlaku adillah kerana adil itu lebih hampir kepada ketaqwaan" (al-Maidah, ayat 8). Sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana lelaki yang memiliki dua isteri, lalu ia hanya cenderung kepada salah seorang sahaja

PELABURAN DENGAN KEUNTUNGAN TETAP BULANAN

Soalan; Assalamualikum ustaz. Saya setuju melabur sejumlah wang dlm perniagaan yg diushakan kawan saya. Persetujuan telah dibuat kedua2 belah pehak tempoh pelaburan selama 2 tahun dan maksimum 5 tahun dgn jumlah keuntungan tetap 3% dibayar sebuln hingga habis tempoh perjanjian saya akan menerima jumlah pelaburan asal. Apakah boleh saya melabur dan hukumnya pelaburan yang sebegini harap ustaz jelaskan Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. Pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap pada setiap bulan (atau dalam tempoh tertentu), tanpa tertakluk kepada untung-rugi yang dikongsi bersama, pelaburan itu tidak sah di sisi Syariat kerana ia berunsurkan riba. Hal ini telah disepakati para ulamak. Jadi 3% yang dijanjikan pada setiap bulan itu adalah riba dan tidak halal. Kecualilah jika 3% yang dijanjikan itu dinisbahkan kepada keuntungan dan tertakluk kepada untung rugi syarikat atau perniagaan terbabit (yakni tiada keuntungan yang akan diberikan jika syar

KOPI LUWAK

Soalan; As salam saya ada soalan... najis itu haram. Apa kah hukum memakan makanan yang asalnya dari najis haiwan contoh biji kopi yang telah dimakan oleh musang dan najiis musang tadi mengeluarkan balik biji kopi tersebut lalu diambil dan di proses semula di jadikan kopi...kopi luwak. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah. Ada beza antara najis dan mutanajis. Najis bermaksud benda najis, adapun mutanajjis bermaksud benda yang terkena najis (yakni benda yang suci, namun terkena najis). Najis tidak dapat disucikan/dibersihkan kerana zatnya sendiri adalah najis, sedang mutanajjis dapat disucikan dimana apabila dibuang najis darinya akan kembalilah ia kepada asalnya iaitu suci. Kopi luwak berada dalam kategori kedua (mutanajjis). Ia asalnya adalah dari buah kopi yang suci, dimakan musang luwak, kemudian biji kopi yang tidak dapat dihadam oleh ususnya keluar bersama tahinya. Biji kopi itu diambil dan dibersihkan dari najis musang itu dan kemudian diproses

MENGAMBIL WUDHUK SAMBIL MANDI SHOWER

Soalan; salam, saya mandi shower, sambil mandi shower itu saya terus ambil wuduk. bolih tak? Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah. Sah ambil wudhuk bersama mandi itu jika diratakan air ke seluruh anggota wudhuk dengan niat wudhuk dan mengikut tertib, iaitu bermula dengan membasuh muka, diikuti tangan ke siku dan seterusnya. Namun mengambil wudhuk sebegitu makruh hukumnya kerana menyebabkan penggunaan air yang banyak (pembaziran). Abdullah bin ‘Amru RA menceritakan; Rasulullah SAW telah terserempak dengan Saad RA yang sedang mengambil wudhuk (dengan menggunakan air yang banyak). Lantas baginda menegurnya; “Pembaziran apakah ini wahai Sa’ad?”. Sa’ad menjawab; “Apakah dalam mengambil wudhuk juga dikira pembaziran?”. Rasulullah menjawab; “Ya! Sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir” (Musnad Imam Ahmad; 7065. Sunan Ibnu Majah; 425. Status hadis; dhaif).   Wallahu a'lam.

SATU WUDHUK UNTUK BERAPA SOLAT?

Soalan; asalamualaikum. berapa lama kah kita bolih masih berada dalam wuduk, selagi tidak melanggar perkara2 yg bolih membatalkan wuduk,bolihkah terus dari zohor ke asar,atau maghrib ke isyak?...wassaalam Jawapan; Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah, Selagi tidak berlaku perkara yang membatalkan wudhuk, selagi itu boleh mengerjakan solat dengan wudhuk yang sama seberapa banyak solat sekalipun. Namun disunatkan memperbaharui wudhuk setiap kali ingin mengerjakan solat fardhu kerana ia menjadi amalan Nabi SAW sebagaimana diceritakan oleh Anas bin Malik RA; "Nabi SAW mengambil wudhuk setiap kali baginda mengerjakan solat (fardhu). Adapun kami, kami mengerjakan semua solat dengan wudhuk yang sama selagi tidak berhadas" (Soheh al-Bukhari; 214. Jami' at-Tirmizi; 60). Ada juga diriwayat Nabi SAW bersabda; "Sesiapa mengambil wudhuk ketika dalam suci (tidak berhadas), Allah menulis untuknya 10 kebajikan" (Jami' at-Tirmizi; 59, dari Ibnu &#

ADAKAH SYURGA BERPINDAH KE BAWAH TAPAK KAKI SUAMI SETELAH BERKAHWIN?

Soalan; Assalamualaikm w.b.t. Saya ade soalan mengenai syurga bagi seorang wanita. Semua tahu yang syurga bagi anak lelaki adalah dibawah tapak kaki ibu, yang wanita pula, sebelum berkahwin syurganya dibawah tapak kaki ibu mereka tetapi bila sudah berkahwin, syurga mereka dibawah tapak kaki suami mereka, betul? Betulkan saya jika saya salah. Disini saye mempunyai situasi yang memusykilkan saya. ade seorang individu ini,seorang wanita dan beliau sudah berkahwin,dan yang menghampakan dan memusykilkan kepala saya, sesudah berkawin, tingkah laku,perbuatan,perangainya terhadap ibu nya sangat tidak ber adab dan sangat "kurang ajar". dan apabila saya bertanya kepadanya,mengapa beliau berbuat demikian sedangkan ibunya melayannya dengan penuh kasih sayang,ibunya menangis setiap hari dan perkara itu sangat menyentuh hati saya,dan jawapan beliau terhdap soalan saya tadi ialah beliau berkata bahawa "syurga aku dibawah tapak kaki suami,bukan tapak kaki ibu lagi" saya sangat kasi