Soalan; Bolehkah berrzikir degan menggerakan bibir dan lidah tetapi ada kala nya tidak terkekuar suara. Mohon pencerahan.
Terima.kasih.....
JAWAPAN;
Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Azkar; “Berzikir boleh dengan
hati dan boleh dengan lidah. Zikir terbaik ialah yang menggabungkan hati dan
lidah secara Bersama. Jika ingin berzikir dengan salah satu darinya sahaja,
maka zikir dengan hati lebih afdhal. Adapun zikir-zikir yang disyariatkan di
dalam solat dan ibadah-ibadah lainnya -sama ada yang wajib atau yang
disunatkan- tidak terhitung sebagai zikir melainkan dengan dilafazkan
sekira-kira dapat didengar oleh diri sendiri sekiranya tiada masalah pada
pendengarannya”.
Merujuk kepada soalan; lafaz-lafaz zikir yang disyariatkan membacanya
-dalam solat, selepas solat, zikir pagi dan petang, sebelum tidur dan
sebagainya- mesti dengan sebutan lidah dan mengeluarkan suara
sekurang-kurangnya yang dapat didengari diri sendiri. Dikecualikan bagi orang
yang mengalami masalah pendengaran, maka memadai dengan sebutan lidah walaupun
tanpa didengar telinga.
Jawapan berkaitan; MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR DENGAN HATI
Wallahu a’lam.
Ulasan