Langkau ke kandungan utama

Catatan

SOLAT TASBIH DI MALAM HARI RAYA

Soalan; ustaz, berkenaan solat sunat tasbih, adakah dituntut dilakukan pada malam raya? Dan adakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa tiada sebenarnya solat ini dalam pengamalan rasulullah? Jawapan; Tidak ada solat sunat yang disyariatkan secara khusus untuk malam hari raya. Apa sahaja ibadah yang telah disyariatkan secara umum –iaitu solat tahajjud, zikir, selawat, bacaan al-Quran, majlis ilmu dan sebagainya- harus kita lakukan untuk menghidupkan malam hari raya untuk memperolehi kelebihan yang disebut oleh hadis; “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) [1] Mengenai solat Tasbih, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada bapa saudaranya al-‘Abbas; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu sepuluh kelebihan jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan ...

FADHILAT MENGHIDUPKAN MALAM HARI RAYA

Soalan; ustaz, benarkah hadis yang berbunyi lebih kurang "Barang siapa yang menghidupkan ( seperti bertasbih, bertahmid dan bertahajjud) pada dua malam hari raya (eid fitri dan eid adha) akan dihidupkan hatinya ketika mana hati-hati lain mati". Jawapan; Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda; مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) [1] Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupk...

PERKUBURAN AL-MA'LA DAN AL-BAQI'

Soalan; ustaz, adakah ada hadis yang menyatakan kelebihan keatas mayat yang ditanam di Ma'la (perkuburan di Mekah) dan juga Baqi' (perkuburan di Madinah)? Jawapan; Terdapat beberapa hadis menyebutkan kelebihan tanah perkuburan al-Ma’la di Mekah, namun menurut ulamak hadis; kesemuanya adalah dhaif termasuk hadis; نعم المقبرة هذه “Sebaik-baik tanah perkuburan ialah yang ini (baginda maksudkan al-Ma’la di Mekah)” (HR Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.) Di antara yang dikebumikan di situ ialah isteri Nabi; Saidatina Khadijah. Berkenaan perkuburan al-Baqi’ (perkuburan sahabat di Madinah), terdapat hadis-hadis soheh menerangkan bahawa Nabi s.a.w. selalu menziarahinya dan mendoakan keampunan Allah untuk penghuninya. Di antaranya, hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. setiap kali bermalam di rumahnya, baginda akan keluar menuju ke perkuburan al-Baqi’ pada saat hujung malam dan baginda mengucapkan; السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ، وَأتاكُمْ ...

KELUAR MANI SEMULA SELEPAS MANDI

Soalan; ustaz, saya ada satu soalan untuk ditanyakan kepada ustaz. Soalannya; selepas kita mandi hadas besar dan didapati terdapat lagi lebihan air mani pada kemaluan walaupun semasa mandi tadi kita telah bersihkan kemaluan kita berkali-kali. Adakah perlu kita mandi sekali lagi harap ustaz dapat memberikan jawapannya. Sekian terima kasih Jawapan; Jika selepas mandi hadas besar, air mani keluar semula dari zakar, adakah kita perlu mandi semula? Para ulamak berikhtilaf dalam masalah tersebut; 1. Menurut mazhab Syafi’ie; wajib diulangi semula mandi kerana perkara yang mewajibkan mandi –iaitu keluar mani- telah berlaku semula. Pandangan ini berdalilkan makna umum sabda Nabi s.a.w.; “Air (yakni mandi) adalah dari kerana air (yakni keluar mani)” (HR Imam Muslim dari Abi Said al-Khudri r.a.). 2. Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad (berdasarkan riwayat yang masyhur darinya); tidak wajib diulangi semula mandi. Yang wajib ialah mengambil wudhuk sahaja. 3. Menurut Imam Abu Hanifah; hendaklah dibez...

UKURAN WAKTU BERBUKA BAGI ORANG MUSAFIR

Soalan; Ustaz, saya akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan dan akan menaiki penerbangan selama kurang lebih 13 jam. Perjalanan saya akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Saya dijangka tiba di Malaysia hari berikutnya pada jam 7.25 pagi waktu Malaysia. Mengikut waktu tempatan, saya akan mulai berpuasa pada jam 5.17 pagi dan berbuka pada jam 6.51 petang. Soalan saya, semasa dalam perjalanan ini, adakah saya perlu mengikut waktu tempatan tempat saya berlepas atau mengikut waktu Malaysia bagi tujuan berbuka puasa/sahur/solat? Jawapan; Menurut fatwa Syeikh ‘Athiyah Saqar Rahimahullah (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar); Seorang yang bermusafir –sebagaimana juga orang lain yang tidak bermusafir- ia hendaklah berbuka apabila telah tiba malam (yakni telah jelas terbenam matahari). Ini kerana Allah berfirman (bermaksud); “Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)” (al-Baqarah; 187). Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dic...

BERAPA HARI ORANG MUSAFIR HARUS TINGGAL PUASA?

Soalan; Ust, tumpang tanya sikit. Untuk pengetahuan ustaz, saya dihendaki mengikuti kursus semasa bulan ramadhan selama satu minggu ke luar negara. Soalan saya adakah saya wajib berpuasa sepanjang berada di luar negara dan bagaimanakah jika saya tidak berpuasa dan apakah hukumnya ?. Jawapan; Menurut ulamak, seorang itu diwajibkan berpuasa jika ada pada dirinya syarat-syarat berikut; 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Mampu berpuasa; yakni sihat tubuh badan, tidak sakit. 5. Tidak bermusafir 6. Bersih dari haid dan nifas Jadi, orang yang bermusafir tidak wajib berpuasa, yakni diharuskan ia berbuka (tidak berpuasa). Namun, jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) menetapkan; hendaklah jarak musafir itu melebihi dua marhalah (85-90KM) iaitu sama jarak yang mengharuskan solat qasar. Jika kurang dari jarak itu, ia tetap wajib berpuasa. Walaupun harus berbuka, jika ia dapat berpuasa tanpa mendatangkan mudarat pada dirinya, berpuasa itu lebih baik dari berbuka kerana Allah berfirman; “Berpuasa i...

CIRI TETAP DAN ANJAL DALAM ISLAM

Soalan; ustaz. Saya mempunyai satu soalan. apakah yang dimaksudkan dengan tetap dan anjal dalam Islam. Aspek manakah yang mempunyai ciri tersebut?boleh ustaz terangkan secara terperinci mengenai persoalan ini.sekian terima kasih. Jawapan; Islam dijadikan Allah dengan sifat kukuh dan dinamik. Kukuh kerana ia bertunjang di atas asas-asas yang tetap, kekal dan tidak berubah bila-bila pun, iaitu yang menyentuh tentang; a) Matlamat dan tujuannya b) Usul-usul dan prinsip-prinsip amnya c) Nilai-nilai keagamaan dan akhlaknya Dinamik kerana di samping bersifat tsabat (tetap dan kekal) tadi, Islam juga bersifat anjal (murunah), iaitu dalam hal yang berkait dengan; a) Cara dan jalan untuk mencapai matlamat dan tujuannya b) Cabang-cabang dan ranting-ranting bagi usul-usul dan prinsip-prinsip amnya c) Urusan-urusan keduniaan, ‘uruf dan adapt Untuk huraian lebih lanjut sila baca di Blog Koleksi al-Qalam; ( http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/islam-kukuh-dan-dinamik.html ). Blog ini tidak se...