Langkau ke kandungan utama

Catatan

BOLEHKAH MENYEBUT "SI FULAN AHLI NERAKA" ATAU "SI FULAN AHLI SYURGA"

Soalan ; Assalamualaikum Ust. Saya nak tanya satu soalan. Boleh tak kalau kita menghukum seseorang berdasarkan kepada zahir amalannya, contohnya kita kata si Anu masuk syurga si Anu kafir, si Anu masuk neraka berdasarkan kepada perbuatan zahir mereka? Bukankah nabi pernah mengatakan seorg wanita masuk neraka dgn sebab dia menyiksa seekor kucing dan seorang wanita yg lain masuk syurga dgn sebab dia memberi minum seekor anjing? Minta penjelasan ust. Jawapan; 1. Tidak boleh kita menyebut secara pasti dengan merujuk kepada individu seperti kita berkata "Si Fulan adalah ahli neraka" atau "Si Fulan ahli syurga". Ini kerana sekalipun seorang itu melakukan dosa, pintu taubat dan pemgampunan Allah masih terbuka untuknya. Hari ini ia melakukan maksiat, mungkin esok ia bertaubat dan Allah menerima taubatnya dan ia menjadi ahli syurga. Begitu juga, boleh terjadi seorang itu hari ini rajin beribadah, namun esok atau hari depan ia menjadi pelaku maksiat dan mati dalam maksiat, la...

HUKUM BERAMAL DENGAN PETUA DAN PANTANG LARANG MELAYU

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, apakah hukum mempercayai petua-petua, pesan dan pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar". Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini? Soalan tambahan saya, bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan? Jawapan; Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya; 1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. F...

BILA IMAN AKAN TERBATAL?

Soalan ; Assalamualaikum ustaz, semasa di zaman universiti dulu saya ada belajar subjek aqidah. saya pelajar aliran sains, tapi di universiti saya ada masukkan jgk subjek2 agama. Alhamdulillah dapat la belajar sedikit sebanyak. dalam satu sesi tu, kami ada belajar tentang perkara2 yang membatalkan iman. Antaranya ialah seperti menghalalkan yang haram, mengharamkan yg halal dan juga lain2. Bila saya terfikir pasal benda ni saya jadi risau pulak ustaz. Sebab kadang2 tu kan macam bila kita ada buat dosa, pastu dalam hati kita macam tak kisah dengan perbuatan dosa kita tu...seolah-olah macam kita menghalalkan yang haram......ataupun kadang2 bila kita nampak perbuatan dosa depan mata kita, tapi kita macam tak kisah akan perbuatan tersebut....saya takut semua ini termasuk dalam kategori menghalalkan yg haram yang boleh membawa kepada batalnya iman....nauzubillah.... mohon penjelasan daripada ustaz. Syukran ustaz. Moga Allah merahmati ustaz. Jawapan; Iman yang sempurna terkandung di dalamnya ...

TALAK MELALUI TELEFON BIMBIT (SMS)

Soalan; Assalamualaikum. Saya ada satu pertanyaan. Kalau seorang suami telah menulis mesej di telefon bimbit untuk menjatuhkan talak kepada isterinya tetapi belum dihantar kepada isterinya, maka talak itu sudah jatuh atau belum. Sekian. Jawapan; Menurut jumhur Fuqhak (antaranya Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafiie); menulis ucapan talak tidak dikira jatuh talak melainkan dengan niat, yakni ada niat mentalak isteri ketika menulis ucapan talak tersebut. Ini kerana orang yang menulis boleh jadi ia menulis kerana ingin merekodkan atau bertujuan penceritaan atau ingin mencuba pen/pensil, ingin melihat tulisannya atau seumpamanya, maka kerana itu dalam kes talak ia memerlukan niat talak supaya tulisan talak itu tidak bertujuan lain. Talak dengan SMS termasuk dalam kategori talak dengan tulisan di atas. Jika SMS yang mengandungi ucapan talak itu ditulis oleh suami berserta dengan niat untuk menujukan ucapan talak itu kepada isterinya, jatuhlah talak. Ucapan talak tidak disyaratkan dilafazkan d...

WAS-WAS TENTANG KENCING

Soalan; Assalamu'alaikum. Saya ada soalan mengenai penyakit kencing tak lawas ini. Selepas buang air kecil saya lap kemaluan saya dengan tisu, termasuklah di dalam kemaluan. Selepas saya bergerak dan sebagainya saya lihat ada air yang mula ada dalam lubang kemaluan tapi air itu tidak keluar hingga keluar, ia cuma ada di dalam dan saya lihat tidaklah sehingga ia boleh keluar kerana hanya sedikit. Tapi saya was2 sekiranya saya basuh kemaluan dengan air, dan apabila basuh, maka air akan masuk ke lubang kemaluan, saya was2 air itu akan menarik air kencing tak lawas itu keluar kerana sifat air akan bercampur kan apabila bertemu air dengan air?. Adakah saya patut fikirkan tentang was2 ini atau biarkan saja? mohon dibalas ke amail ini saja insyaAllah. Jawapan; Najis yang dikira ialah apabila ia telah pasti keluar, yakni telah melepasi tempat keluar najis. Selagi ia belum keluar, belum dianggap membatalkan wudhuk atau menajisi pakaian (yang perlu dicuci sebelum solat). Oleh demikian, bers...

CIUMAN DI MULUT

Soalan ; Assassalamualaikum ustaz.Apa hukum bercium mulut sesama wanita islam atas dasar sahabat?? krn bersentuhan kulit antara wanita tidak haram...  Jawapan 1. Ciuman antara sesama wanita di mulut; jika dengan syahwat, hukumnya adalah haram. Adapun jika tanpa syahwat, hukumnya adalah makruh kerana dikhuatiri membangkitkan syahwat. Hukum yang sama juga bagi sesama lelaki dan ciuman sesama mahram (yakni antara lelaki dan wanita yang ada hubungan mahram). 2. Diharamkan sama sekali antara lelaki dan wanita yang bukan mahram sama ada dengan syahwat atau tanpa syahwat kerana di antara mereka haram bersentuhan, apatahlagi berciuman. 3. Ciuman antara suami isteri adalah harus tanpa makruh kerana seluruh badan isteri atau suami adalah tempat yang diharuskan istimta' (berseronok).  Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan "Famun".  2. Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid  (Islamqa.com), no. 36837.

HARTA SEPENCARIAN

Soalan ; Assalamualaikum ustaz, Di sini saya ingin menanyakan berkenaan takrif harta sepencarian serta bagaimana cara pembahagiannya. Terima kasih. Jawapan ; Apabila berlaku satu perkahwinan, pemilikan harta antara suami dan isteri berada dalam lingkungan tiga jenis; 1. Harta persendirian; iaitu harta yang dipunyai oleh suami atau isteri secara persendirian, yakni masing-masing memilikinya tanpa melibatkan usahasama atau perkongsian dengan pasangan seperti dari gaji, upah kemahiran, hadiah orang lain, dari harta peninggalan atau sebagainya. Menurut hukum Syariat, harta jenis ini adalah milik masing-masing (suami atau isteri) dan diurus mengikut kehendaknya. Sebagai contoh, harta isteri adalah milik penuh isteri, ia berhak menguruskannya mengikut kehendaknya tanpa terikat dengan kehendak suami. 2. Harta perkongsian; iaitu harta yang dikongsi bersama antara suami dan isteri. Ia terdiri dari tiga bentuk; A) Harta syarikat; iaitu suami dan isteri berpakat menubuhkan satu syarikat dengan ni...