Langkau ke kandungan utama

Catatan

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari guru? Jawapan: Belajar melalui youtube atau alat-alat perhubungan moden telah diakui para ulamak hari (secara ijmak sukuti) sebagai cara pengajian yang sah. Para ulamak muktabar apabila mereka tidak melarang rakaman kuliah mereka disebarkan kepada orang ramai, itu menunjukkan keizinan mereka untuk ilmu mereka dalam rakaman itu diterima dan diamalkan. Itu merupakan ijazah dari mereka secara ijazah ammah (umum/awam). Maksud ijazah ialah keizinan dari guru untuk kita membaca kitab mereka atau mengambil/mengamalkan ilmu dari mereka. Namun jika kita dapat bertemu mereka dan mengambil ijazah (keizinan) secara khusus itulah paling afdhal dan mudah-mudahan paling barakah. Kesimpulannya, mengambil ilmu melalui rakaman video/youtube (atau seumpamanya) adalah cara yang bermanfaat hari ini, namun tidak mencukupi dalam proses pengajian ilmu. Setiap muslim perlu k...

CARA SEBENAR TAWASSUL?

Soalan: apakah cara sebenar bertawassul? JAWAPAN; Tawassul bermaksud mengambil/melalui wasilah (jalan untuk mendekatkan diri) kepada Allah. Makna ini merujuk kepada firman Allah; يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَٰهِدُواْ فِي سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan yang mendekatkan diri) kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat kejayaan” (surah al-Maidah, ayat 35). Menurut Imam al-Suyuti; wasilah itu ialah ketaatan kepada Allah (Tafsir al-Jalalain). Menurut Imam al-Raghib al-Asbahani; hakikat wasilah ialah jalan yang mendekatkan kita kepada Allah melalui ilmu, ibadah dan menjaga akhlak mulia (al-Mufradaat, hlm. 871). Selain itu, tawassul juga dimaksudkan mencari suatu wasilah (jalan) agar doa segera dimustajabkan Allah. Bertawassul dalam pengertian ini merangkumi; a) Bertawassul dengan nama-nama Allah b) Bertawassul dengan a...

BERZIKIR TANPA SUARA; APAKAH DIKIRA?

Soalan; Bolehkah berrzikir degan menggerakan bibir dan lidah tetapi ada kala nya tidak terkekuar suara. Mohon pencerahan. Terima.kasih..... JAWAPAN; Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Azkar; “Berzikir boleh dengan hati dan boleh dengan lidah. Zikir terbaik ialah yang menggabungkan hati dan lidah secara bersama. Jika ingin berzikir dengan salah satu darinya sahaja, maka zikir dengan hati lebih afdhal" (al-Azkar, hlm. 9). "Adapun zikir-zikir yang disyariatkan di dalam solat dan ibadah-ibadah lainnya -sama ada yang wajib atau yang disunatkan- tidak terhitung sebagai zikir melainkan dengan dilafazkan sekira-kira dapat didengar oleh diri sendiri sekiranya tiada masalah pada pendengarannya” (al-Azkar, hlm. 12). Merujuk kepada soalan; lafaz-lafaz zikir yang disyariatkan membacanya -dalam solat, selepas solat, zikir pagi dan petang, sebelum tidur dan sebagainya- mesti dengan sebutan lidah dan mengeluarkan suara sekurang-kurangnya yang dapat didengari diri sendiri. Dikecualikan b...

CARA MENYELESAIKAN DOSA-DOSA KITA DENGAN MANUSIA

SOALAN;  Bagaimana hendak menghapuskan dosa2 sesama ihsan samada yg dikenali atau tidak spt kita pernah mengumpat berprasangka tidak baik terhadap mrk dan berkemungkinan jugak ada terhutang atau terambil brg mrk dan lupa utk memulangkan terutamanya masa zmn2 sekolah.Umum tahu ,kita aqil baligh sejak zaman sekolah dan sejak zaman sekolah hingga kini banyak dosa umpat dan lain2 dosa kita lakukan. Malangnya insan2 ni kita mgkin tlh lupa nama atau tidak tahu dimana mrk kini tetapi dosa kpd mrk tidak akan hilang melainkan memohon maaf dr mrk. Apakah cara yg perlu kita lakukan untuk menghapuskan dosa2 spt ini.   JAWAPAN; 1. Dosa dengan Allah memadai dengan kita berhenti dari dosa terbabit, menyesalinya dan memohon ampun kepada Allah. Jika dosa kerana meninggalkan kewajipan Syarak, hendaklah kita kembali mengerjakan kewajipan tersebut termasuk mengqadhakan ibadah yang kita tinggalkan/abaikan. 2. Adapun dosa dengan makhluk (sesama manusia), tidak memadai dengan memohon ampun k...

BA’DIYAH ISYAK; 4 RAKAAT ATAU 2 RAKAAT?

SOALAN; Assalamualaikum ustaz, bagaimanakah cara yang paling afdhal mendirikan solat sunat ba’diah isyak. Ada ustaz kata 4 rakaat 1 salam. Ada yang kata 4 rakaat 2 salam. Yang mana yang lebih afdhal. Mohon pencerahan.....t.ksh... JAWAPAN; Solat sunat ba’diyah Isyak ialah dua rakaat sebagaimana dalam keterangan hadis dari Ibnu ‘Umar RA yang menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu; -        2 rakaat sebelum zohor, -        2 rakaat selepas selepas zohor -        2 rakaat selepas maghrib -        2 rakaat selepas insyak, dan; -        2 rakaat sebelum subuh”. (Soheh al-Bukhari; 1180). Namun di sana terdapat hadis menceritakan Nabi SAW turut melakukan solat sunat empat rakaat selepas Isyak, antaranya hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; “Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunah...

SEJAUHMANA BAPA ATAU IBU BOLEH MENGGUNAKAN HARTA ANAK?

Soalan; jika anak mendapat wang pampasan kemalangan, apakah bapa atau ibu boleh menggunakan wang tersebut untuk diri mereka? Jawapan; Mengikut hukum umum, tidak harus mengambil harta orang lain tanpa izinnya. Sabda Nabi SAW: لَا ‌يَحِلُّ ‌مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إلَّا بِطِيبِ نَفْسِهِ "Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya" (HR al-Daruqutni. Nailul-Autar: 2425) Namun ada pengecualian bagi harta anak di mana Nabi SAW bersabda kepada anak;  . ‌أَنْتَ، ‌وَمَالُكَ ‌لِأَبِيكَ "Kamu dan harta kamu adalah bagi bapa kamu" (Musnad Ahmad; 6902, Sy al-Arnaut; hasan lighairihi). Berdalilkan hadis ini, diboleh bagi bapa mengambil atau menggunakan harta anak, namun -menurut ulamak- keharusan itu terikat dengan beberapa syarat; 1. Bapa memerlukan,  2. Jangan sampai memudaratkan anak 3. Jika anak memerlukan, maka dia lebih berhak bagi harta itu, 4. Bapa mengambil untuk dirinya, bukan untuk diberikan kepada orang lain.  (al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah). . Oleh k...

SEORANG YANG MEMILIKI DUA RUMAH; BAGAIMANA MENGUKUR KEHARUSAN JAMAK DAN QASAR SOLAT BAGINYA?

Soalan; Assalamu'alaikum Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, guru yg saya muliakan krn ALLAH TA'ALA. Mohon pencerahan mengenai solat jama'/qasr dan status bermukim dan musafir : Jika kita ada dua rumah satu di Perlis satu di Selangor dan kita selang seli berada di kedua tempat,  adakah keduanya dianggap kediaman di mana apabila sampai shj dari pemusafiran dah x boleh jama'/qasr? Dgn kata lain, adakah sebaik tiba dari pemusafiran di kedua rumah berkenaan status kita otomatik menjadi bermukim? Atau adakah rumah yg kita tinggal lebih lama tu sahaja yg dianggap kediaman manakala rumah kita dok balik sekali sekala tu dah x dianggap kediaman? JAWAPAN; Orang yang ada dua rumah, jika dia tinggal menetap di satu rumah dan satu rumah lagi dia hanya bertandang ke situ sekali sekala sahaja, maka rumah pertama yang dikira tempat mastautinnya (yakni kediaman tetapnya). Di situ tidak harus dia menjamakkan dan mengqasarkan solat. Adapun di rumah satu lagi, jika ia bertandang ke situ, harus bagi...