Soalan; Bagaimana hak jagaan anak yang telah berumur 12 tahun? Siapakah yang lebih berhak; bapa atau ibu? Bagaimana dengan nafkah dan hak menziarahi anak? Haruskah bapa menghalang ibu dari menziarahi anaknya? Jawapan; 1. Apabila anak telah mencapai umur mumayyiz dan dapat melakukan sendiri keperluan-keperluan asasnya (yakni dapat makan, memakai pakaian dan membersih diri dengan sendiri), menurut mazhab Syafiie; anak tersebut berhak memilih sama ada untuk tinggal bersama bapa atau ibunya. Ini berdalilkan hadis dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Seorang perempuan datang kepada Nabi bersama anak lelakinya. Ia mengadu kepada Nabi tentang suaminya yang ingin merampas anak itu darinya. Nabi lalu berkata kepada anak itu; “Ini adalah bapamu dan ini adalah ibumu. Peganglah tangan mana satu dari mereka berdua yang kamu suka”. Lalu ia memegang tangan ibunya dan ibunya pun membawanya pergi”. (Riwayat Imam Abu Daud). 2. Walau bagaimanapun, hak penjagaan terhadap anak bergan...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.