Soalan; ustaz, adakah boleh kita berpuasa enam sebelum mengqadha puasa Ramadhan yang tertinggal? Jawapan; Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar'ie (seperti wanita yang kedatangan haid di bulan Ramadhan, berbuka kerana sakit, musafit dan sebagainya), harus baginya untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal, kemudian baru berpuasa qadha Ramadhan (sama ada dalam bulan Syamal atau selepasnya), kerana qadha Ramadhan baginya adalah wajib muwassa' iaitu kewajipan yang diberi tempoh masa yang panjang untuk melaksanakanya iaitu hingga sebelum menjelang Ramadhan tahun hadapan (lebih kurang 11 bulan), sedang puasa enam pula tempoh masanya pendek iaitu hanya dalam bulan Syawal sahaja. Adapun orang yang meninggalkan puasa Ramadhan tanpa ada sebarang uzur Syar'ie (yakni meninggalkan puasa tanpa sebarang keuzuran), wajib dia segera mengqadha puasanya sebaik selepas hari raya. Maka tidak harus dia berpuasa enam sebelum menyelesaikan puasa qadha. Pandangan d
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.