Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

MASUK AIR DALAM DUBUR; ADAKAH MEMBATALKAN PUASA?

Soalan; Assalamualaikum , Ustaz saya hendak menanyakan soalan yang membuatkan saya muyskil. Apakah batal puasa kita sekiranya air memasuki ke dalam qubul atau dubur semasa berinstijak menggunakan air?? Jawapan; Perkara ini menjadi khilaf ulamak. Menurut mazhab Syafi’ie; ia membatalkan puasa jika dilakukan dengan sengaja (termasuk kerana berlebihan ketika beristinjak iaitu membasuh berak atau kencing (khususnya bagi perempuan)). Begitu juga, akan membatalkan puasa jika memasukkan jari. Jika tidak sengaja atau terpaksa tidaklah membatalkan puasa. Contoh terpaksa ialah orang yang mengidap buasir di mana lubang punggung terkeluar dan ia terpaksa menjoloknya dengan jari untuk memasukkan semula, tidaklah membatalkan puasa kerana ia terpaksa melakukannya. Menurut Imam Daud, Ibnu Hazm dan as-Syaukani; ia tidaklah membatalkan puasa sama ada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja kerana tiada nas yang menegaskannya dan tidak pula dapat dikiaskan dengan makan, minum atau jimak. Pandangan ked

KELUAR MAZI KETIKA TENGAH SOLAT

Soalan; Salam Ustaz, semoga ustaz sihat dan di dalam lindungan Allah SWT hendaknya.Saya ada satu masalah untuk disampaikan kepada ustaz mengenai solat. Saya mengidap penyakit yang mana kadang kala air mazi keluar tak semena-mena, dan kadang kala akibat berfikir bukan-bukan. Persoalan saya ialah, jikalau air mazi terkeluar semasa sedang solat, adakah saya perlu menggantikan solat tersebut? Kerana saya bertanya pada abang usrah saya, dia kata, kalau lihat ada selepas solat, takperlu ganti, dan jika terasa was-was semasa solat, lebih baik mengcheck kemaluan selepas solat. Dan adakah jika air mazi itu terkena pada kain pelikat, adakah dengan sejadah-sejadah saya kena basuh sekali? kerana setakat ini, setiap kali perkara ini berlaku, saya membasuh sejadah saya sekali, kerana khuatir takut-takut air mazi terjatuh pada kain sejadah. terima kasih ustaz. Jawapan; 1. Jika mazi itu benar-benar keluar iaitu dengan kelihatan tanda-tandanya, wajiblah saudara berhenti solat, membasuh kemaluan dan kai

ISTIKHARAH UNTUK CALON SUAMI

Soalan; Assalamualaikum..saya bakal bertunang tidak lama lagi.semasa mengerjakan umrah saya berdoa semoga ditunjukkan jodoh yang sesuai. di mekah juga saya bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang saya tidak kenali. apabila pulang ke malaysia saya membuat solat istikharah.beerapa bulan selepas itu saya bermimpi mimpi yang sama ketika d mekah. macam mana dengan tunangan saya ini,perlu diteruskan? atau saya menunggu masa sehingga bertemu lelaki di dalam mimpi itu? Jawapan; 1. Dalam soal menentukan jodoh atau pasangan yang sesuai, perhatikan dulu ciri-ciri agama iaitu seorang yang soleh, menjaga agama, memelihara solat, menutup aurat dan sebagainya, kemudian barulah beristikharah. Jika calon yang datang dari jenis yang tidak menjaga agama, sebaiknya ibu-bapa atau individu terbabit menolak calon tersebut walaupun tanpa beristikharah terlebih dahulu kerana kita sudah jelas apa pandangan agama. Jika yang datang adalah soleh -sekalipun pada zahir sahaja- ketika itu eloklah menerimanya da

BERINTERAKSI DENGAN WANITA TIDAK BERTUDUNG

Soalan; Assalammualaikaum Ustaz.. Saya tertarik jawapan ustaz mengenai rambut wanita berdosa jika dilihat oleh lelaki.Soalan saya bagaimanakah kita hendak mengelak daripada melihat aurat wanita (terutamanya rambut) dizaman era moden ini kerana rata2 rambut wanita terdedah disana sini.Adakah kita tidak boleh berurusan (urusan kerja atau sahabat) langsung dengan wanita yang tidak memakai tudung?Adakah kita tidak boleh menonton television langsung kerana terdapat bnyk wanita yang tidak bertudung,sedangkan television adalah sumber keperluan di zaman sekarang untuk tujuan maklumat?Minta penjelasan Ustaz..Terima Kasih.. Jawapan; Berinteraksi dengan wanita yang bukan mahram (yakni bercakap dan berurusan dengannya) adalah harus, tiada sebarang tegahan dari Syarak pada asasnya. Namun hendaklah menjaga adab-adab yang ditetapkan Syarak termasuk yang berhubung dengan pandangan. Harus lelaki memandang wanita ajnabi dengan memelihara tiga perkara; 1. Hanya memandang kepada tempat yang bukan aurat (

MEMASUKKAN ALAT SCAN KE DALAM FARAJ; ADAKAH MEMBATALKAN PUASA

Soalan; assalamualaikaums ustadz,saya ada kemusykilan..InsyaAllah saya dan suami merancang untuk menjalani prosedur IVF (in vitro fertilization) atau lebih dikenali sebagai bayi tabung uji pada bulan oktober 2009. keputusan menjalani IVF ini dibuat setelah gagal mendapat zuriat dengan kaedah2 perubatan yang lain. Walaubagaimanapun, prosedur ini memerlukan pemeriksaan ovari yang dijalankan melalui kaedah transvaginal ultrasound (alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj untuk mendapatkan imej ovari) pada hari-hari tertentu.Keseluruhan kaedah ini memerlukan tempoh rawatan selama 2 bulan setengah. Memandangkan kami bercadang untuk menjalani IVF pada bulan oktober, doktor telah menyusun jadual pemeriksaan dan suntikan hormon untuk saya yang kebanyakannya jatuh pada hari2 tertentu dalam bulan Ramadhan (biasanya, rawatan kesuburan seperti ini memerlukan penjadualan teratur untuk memastikan matlamat IVF itu sendiri tercapai). Adakah alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj itu akan membatalkan

FIDYAH PESAKIT HIV

Soalan; Salam, Ustaz saya merupakan penghidap HIV positif dan sedang mengambil ubat antiretroviral yang mesti diambil tepat pada masanya. di sebabkan saya mengambil ubat ini menyebabkan saya tidak berpeluang untuk berpuasa dalam hidup saya yang akan datang. Di sini saya ingin bertanya ustaz mcm mana saya nak bayar fidyah dengan kiraan yang betul. saya sangat jahil. untuk makluman ustaz ini adalah tahun kedua saya tidaksmembayar fidyah kerana kejahilan dan rasa malu kerana kesilapan lalu saya. minta ustaz perjelaskan kepada saya. terima kasih Jawapan; 1. Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin. Bagi penduduk negara ini, makanan asasinya ialah beras, maka fidyah hendaklah dikeluarkan dengan beras. 2. Kadar fidyah ialah satu cupak, iaitu menyamai 650 gram beras mengikut ukuran hari ini. 3. Satu hari puasa yang ditinggalkan, satu fidyah dikeluarkan. Bagi ora

ANAK TIRI DAN HARTA PUSAKA

Soalan; Assalamualaikum w.t.b…Saya ingin bertanya soalan berkaitan harta pusaka.Ibu saya telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Ibu saya telah berkahwin lain dan dikurniakan seorang anak lelaki yang berusia 18 tahun. Bapa tiri saya juga telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Bapa tiri saya mempunyai 2 org anak bersama bekas isteri sebelum mengahwini ibu saya. Adik beradik saya pula seramai 5 orang. Ibu dan bapa tiri saya telah membeli sebuah rumah diatas nama bapa tiri saya. Buat masa sekarang rumah tersebut kami sewakan dan kami gunakan wang tersebut untuk menyara dan pembelajaran adik tiri lelaki saya. Soalan saya: Adakah rumah tersebut hanya berhak di tuntut oleh anak lelaki ibu dan bapa tiri saya atau kami anak sebelah ibu juga berhak keatas rumah tersebut dan adakah 2 orang anak bapa tiri saya lebih berhak keatas tuntutan tersebut? Sehingga kehari ini masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan. Jawaban dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Jawapan; Dalam pembahagian ha

JIMAK DI BULAN RAMADHAN SELEPAS MEMBATALKAN PUASA

Soalan; Ustaz, pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut. Sekian, yang daif. Jawapan; Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan. Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandang

SUNTIKAN; ADAKAH BATAL PUASA?

Soalan; Assalamu alaikum, adakah dikira perkara yang membatalkan puasa sekiranya seseorang itu dimasukkan air ke tubuh badannya semasa mendapat rawatan di hospital? Jawapan; Soalan di atas berkait dengan hukum suntikan ke atas orang berpuasa; adakah membatalkan puasa atau tidak? Jawapannya; suntikan mempunyai beberapa tujuan; 1. Untuk tujuan pengubatan –seperti menyuntik ubat untuk menurunkan darjah kepanasan bagi orang demam, menyuntik insulan bagi pesakit kencing manis dan sebagainya-. 2. Untuk tujuan kekuatan/ketahanan badan –seperti menyuntik vitamin, kalsium dan sebagainya-. 3. Untuk tujuan taghziah iaitu membekalkan makanan kepada badan seperti memasukkan glukos, air dan sebagainya. Bagi tujuan pertama dan kedua, ia tidak membatalkan puasa. Hukum ini telah disepakati oleh sekelian ulamak semasa hari ini kerana bahan yang masuk ke dalam badan melalui suntikan itu bukanlah masuk melalui saluran terbuka (iaitu mulut) dan ia juga tidak berfungsi sebagai makanan untuk bada

WANG SAGU-HATI/KOMISYEN DARI PEMBEKAL

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya musyhkil tentang satu perkara. Dipendekkan cerita saya ditugaskan oleh syarikat untuk mencari pembekal bagi membuat cenderamata untuk syarikat di mana saya berkerja. Saya pun menjalankan tugas seperti biasa. Pada hari si pembekal menghantar barang yang di pesan ke syarikat saya dia menghulurkan sejumlah wang kepada saya sambil berkata "Nanti if u mahu order apa-apa lagi panggillah kita lagi". Tanpa berfikir panjang saya menerima sambil berkata ok...ok...tanpa apa-apa sebarang syak wasangka. Soalannya, apakah duit yang saya terima itu halal atau haram? Ini kerana saya tidak pernah pun meminta wang dari si pembekal. Pada awalnya saya kira ia hanyalah komisyen kerana memberinya bisnes. Tapi kini saya merasa serba tak kena. Saya takut jika wang itu sebenarnya haram (atas sebab2 tertentu). Saya tidak pernah meminta atau meletakkan syarat kepada si pembekal sekiranya dia mahu bisnes mesti memberi saya imbuhan. Apa pendapat ustaz. Adakah ia halal

NIAT PUASA KAFFARAH SUMPAH

Soalan; assalamualikum ustaz, bagaimana hendak niat puasa sebagai denda melanggar sumpah yang mana perlu berpuasa selama 3 hari berturut2. wassalam.. Jawapan; 1. Kaffarah sumpah ialah dengan memilih salah satu dari tiga perkara; a) Memberi makan sepuluh orang miskin, atau; b) Memberi pakaian untuk mereka, atau; c) Membebaskan seorang hamba. Jika tidak berupaya melakukan satupun darinya, hendaklah berpuasa tiga hari. Tidak boleh berpindah kepada puasa melainkan jika tidak mampu memilih salah satu dari tiga di atas. (Sila rujuk surah al-Maidah, ayat 89). 2. Puasa fardhu/wajib (sama ada puasa Ramadhan, puasa Qadha atau puasa kaffarah) hendaklah diniatkan di malam hari (iaitu sebelum masuk waktu subuh). 3. Niat yang wajib ialah di dalam hati, iaitu dengan kita mengqasadkan (yakni menghadirkan) di dalam hati untuk berpuasa pada esok hari bagi menunaikan kewajipan kaffarah (denda) kerana melanggar sumpah. 4. Menurut mazhab Syafi'ie, sunat melafazkan niat dengan lidah, iaitu; "Saha

SETUBUH KETIKA HAID KERANA TERSALAH

Soalan; Apakah berdosa saya melakukan hubungan seks dengan isteri,pada masa perlakuan itu berlaku isteri masih bersih tetapi semasa hubungan kelamin sedang berjalan saya dapati isteri telah didatangi haid. Saya dan isteri tidak tahu,apabila kami tahu kami terus berhenti dari melakukan hubungan kelamin. Adakah berdosa besar perbuatan kami. Jawapan; 1. Larangan Syarak yang dilakukan kerana tersalah, lupa atau tidak disengajakan tidak dikira berdosa. Sabda Nabi s.a.w.; إن الله تعالى وضع عن أمتي الخطأ، والنسيان، وما استكرهوا عليه "Sesungguhnya Allah menggugurkan dari umatku (perbuatan dosa yang mereka lakukan kerana) tersalah, lupa dan dipaksa" (Riwayat Imam Ibnu Majah dan Ibnu 'Abbas r.a.). 2. Namun sebaik menyedarinya atau tersedar, hendaklah berhenti melakukannya. Jika diteruskan, akan berdosa kerana perlakuan selepas itu adalah disengajakan. 3. Hendaklah berdoa kepada Allah dengan doa di akhir surah al-Baqarah; رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَ

MENGGUGURKAN KANDUNGAN

Soalan; Assalamualaikum Ustaz! Ada sorang kawan tanya,dia dah ada anak dua orang ,anaknya yang nombor tu masih kecil, dia dah tak mau anak dah dan juga ada masalah kewangan menghimpit mereka .Dia dah cuba jaga supaya tak lekat ,dia tak boleh makan pil perancang sebab ada penyakit,tau tau dia mengandung sebulan,kalau dia cuci kandungantu apa hukumnya. Sekian terima kasih. Jawapan; Tidak harus menggugurkan kandungan kecuali bimbang akan membahayakan nyawa ibu (jika kandungan diteruskan) atau bayi yang bakal lahir.[1] Kewujudan bahaya itu hendaklah disahkan oleh doctor muslim yang tsiqah (yakni dapat dipercayai dari segi pegangan agamanya). Termasuk tidak harus menggugurkan kandungan ialah menggugurnya dengan alasan masalah kewangan atau kemiskinan. Orang terbabit hendaklah menerima takdir Allah (yang mengurniakan anak kepadanya) dan meyakini pemberian rezki dari Allah untuk makhluk yang Ia ciptakan. Firman Allah; وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ

KURSUS CHEF

Soalan; assalamualaikum ustaz, saya ada satu soalan iaitu saya hendak masuk kursus chef (singapura) tetapi kami harus pegang semua jenis daging dan arak.Persoalan nyer ialah apakah hukumnya dan adakah ianyer berdosa?Apakah yg harus saya buat?Harap ustaz boleh jelaskan dgn terperinci..Terima Kasih. Jawapan; Seorang muslim wajib menjaga batasan Syariat termasuk batasan halal dan haram. Arak adalah haram dan najis berdalilkan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulamak. Orang Islam bukan sahaja dilarang minum arak, malah dilarang terlibat dengan segala yang ada kaitan dengan arak. Sabda Nabi s.a.w.; “Allah melaknat arak, orang yang meminumnya, yang menghidangnya untuk diminum (oleh orang lain), yang menjualnya, yang membelinya, orang yang memerahnya, yang minta diperahkan untuknya, orang yang membawanya, orang yang dibawa arak kepadanya dan orang yang memakan harganya (yakni hasil jualannya)”. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim dari Ibnu Umar. Hadis ini menurut Imam as-Suyuti adalah soheh. Lihat;

HUKUM CONTACT LENS

Soalan; Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa, adakah sah ibadatnya?? Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka? Jawapan; Ada dua tujuan memakai kanta lekap; 1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata. 2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu; a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepad

MENAMAKAN ANAK

Soalan; Assalamualaikum uztaz, saya ada membaca komen uztaz tentang menamakan anak dengan nama malaikat.Anak sulung saya (lelaki) akan lahir pada oktober ini (insyaAllah), saya ingin menamakan anak saya dengan nama mikail (malaikat yg menurunkn rezeki), namun saya ingin tahu komen uztaz dan bagaimana ejaan betul mikail dalam tulisan rumi. Adakah mikail atau mikhail atau mikael?sekian terima kasih. Jawapan; 1. Jumhur ulamak mengharuskan kita memberi nama anak dengan nama malaikat. Berkata Imam an-Nawawi; “Mazhab kami (yakni mazhab Syafi’ie) dan mazhab jumhur ulamak; harus menamakan anak dengan nama para Nabi dan para Malaikat. Al-Harith bin Miskin memakruhkannya. Menurut Imam Malik; makruh menamakan anak dengan nama Jibril” (al-Majmu’, 8/417).[1] 2. Nama yang paling baik ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana disabdakan oleh Nabi s.a.w.; أَحَبُّ الْأَسْمَاءِ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ “Nama yang paling disukai Allah ialah; ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman’” (Hadis r

TANDA LAILATUL-QADAR

Soalan; Assalamualaikom..benarkah malam lailatul qadar boleh dilihat tandanya? Jawapan; Antara tanda-tanda zahir yang dapat dilihat pada malam al-Qadar (Lailatul-Qadar) dan pada siangnya ialah sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya; “Lailatul-Qadar; malamnya cuaca/udara menyenangkan iaitu tidak panas dan tidak dingin, pada paginya matahari terbit dengan cahaya yang lemah dan kemerahan” (HR Imam Thayalisi dan al-Baihaqi dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Hadis ini menurut as-Suyuti; hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7728). Namun para ulamak menjelaskan; Tidak semestinya orang yang tidak nampak tanda-tanda (Lailatul-Qadar) ia tidak mendapat malam tersebut. Barangkali seorang yang bangun pada malam Lailatul-Qadar itu ia tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya. Dia lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah dari orang yang melihat tanda-tandanya sahaja (tetapi tidak beribadah pada malam itu)” (Lihat; Faidhu

MENUNTUT BAYARAN HUTANG

Soalan; Saya telah membantu seorang kawan membayar hutangnya. Adakah harus saya meminta dari beliau supaya membayar kembali kepada saya? Sekian. Terima kasih. Jawapan; Menurut kaedah yang ditetapkan ulamak; “Sesiapa melaksanakan kewajipan bagi pihak orang lain dengan niat akan menuntut darinya, harus ia menuntutnya”. Contohnya, seorang yang membantu memberi belanja/nafkah kepada anak orang lain (dengan nafkah/belanja yang diperlukannya) dengan niat akan menuntut kembali dari bapa atau penjaganya, harus ia menuntutnya. Begitu juga, seorang yang membantu membayar hutang orang lain (dan berniat menuntutnya kembali). Secara amnya, orang yang membantu untuk melaksanakan kewajipan bagi pihak orang lain ada dalam tiga kategori; 1. Ia membantu dengan niat untuk menuntut kembali. Harus ia menuntut kembali. 2. Ia membantu dengan niat sedekah atau pemberian (yakni tanpa niat akan menuntut kembali). Tidak harus ia menuntut kembali selepas itu. 3. Ia membantu tanpa sebarang niat di atas (iaitu tan

QUNUT NAZILAH

Soalan; saya nak bertanya.seperti yang kita sedia maklum wabak H1N1 ni dah semakin teruk.sebagai umat Islam di malaysia apakah qunut nazilah sesuai atau solat hajat dilakukan? kerana qunut nazilah seperti yang saya tahu iailah kita memohon untuk kesejahteraan serta kemenangan keatas kaum muslimin yg di timpa bencana oleh org kafir dari segi peperangan,penindasan dn sbgnya.kerana sejarah qunut nazilah itu berlaku kerana mohon kemenangan keatas kaum muslimin atas org kafir.jadi saya mohon jawapan dan pendapat bagi soalan saya. Jawapan; Nazilah bermaksud peristiwa atau kejadian yang menyedihkan, mengecewakan atau berupa musibah yang menimpa manusia. Qunut Nazilah disunatkan jika berlaku bencana atau kesengsaraan yang menimpa kaum muslimin. Ia tidak khusus kepada peperangan sahaja, tetapi merangkumi juga kemarau, penularan penyakit, kebuluran atau kemudaratan-kemudaratan lain yang menimpa kaum muslimin. Terdapat hadis dari Anas bin Malik r.a. yang menceritakan; أن النبي صَلّى الله عَلَيْهِ

MAZI DAN MANDI WAJIB

Soalan; Assalamulaikum ustaz.. di sini saya mempunyai kemusykilan bahawa seorang wanita yang keluar air mazinya kerana rangsangan seksual hendaklah mandi wajib. Sedangkan artikel yang saya baca dalam page: http://www.jomlayan.com/mybb/mandi-wajib-yang-betul-jakim-t-5880.html tidak menyatakannya. Malah, ia menyebut 3 sebab yang melibatkan kaum perempuan mandi wajib ialah keluarnya darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) sahaja. Mohon respons daripada ustaz.. Jawapan; Keluar mazi tidak mewajibkan mandi. Ia hanya membatalkan wudhuk dan adalah najis. Oleh itu, orang yang keluar mazi dari kemaluannya (sama ada lelaki atau wanita), sebelum ia mengerjakan solat ia wajib membasuh mazi itu dari badan dan pakainnya, kemudian mengambil wudhuk. Untuk mendapat penjelasan lanjut tentang air-air yang keluar dari kemaluan wanita serta hukumnya, sila baca jawapan saya sebelum ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/air-yang-keluar-dari-kemaluan-wanita.html). Baca juga perkara-perkara ya

Sijil lahir palsu

Soalan; Seorang anak lelaki setelah kematian ibu kandungnya diserahkan oleh bapa kandung ketika usia anak 4 tahun kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menjaganya. Anak dilahirkan pada 1967 dan dibesarkan di thailand diberi nama Ali bin Ahmad.Sijil kelahiran adalah didaftar di Thailand . Diserahkan kepada keluarga angkat di Malaysia.Atas urusan persekolahan di Malaysia ,disebabkan urusan pendaftaran anak angkat agak rumit dan tiada sijil kelahiran Malaysia.Keluarga angkat telah membeli sijil kelahiran kanak-kanak yang telah meninggal dunia..Butiran dlm sijil Nama:Bakar bin Husin, tarikh lahir 10.5.1968 digunakan untuk mendaftar persekolahan anak angkat.Anak ini membesar dengan nama Bakar bin Husin sehingga ke Universiti,berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimana pandangan Islam dalam hal ini?Adakah salah/berdosa menggunakan nama orang yg telah meninggal?Bagaimana pula aqad nikah anak lelaki ini? Status perkahwinan dan anak-anaknya pula?Sedangkan nama anaknya dibin/bintikan