Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2008

HIKMAH PERKAHWINAN

Soalan; Apakah hikmah perkahwinan dalam Islam? Boleh Ustaz jelaskan secara terperinci? Jawapan; Perkahwinan adalah Sunnah Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-. Menurut jumhur ulamak, hukum berkahwin pada asasnya adalah sunat. Ada juga ulamak yang berpandangan; berkahwin adalah wajib kecuali tidak mampu, antara mereka ialah Imam Ibnu Hazm. Hikmah perkahwinan cukup banyak sekali. Di antaranya yang dijelaskan sendiri oleh al-Quran dan as-Sunnah, iaitu; 1. Melahirkan zuriat untuk meramaikan umat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- (bermaksud); “Hendaklah kamu berkahwin. Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang banyak di hadapan umat-umat yang lain di hari kiamat. Janganlah kamu menjadi seperti Rahib Nasrani (yang enggan berkahwin)”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Abu Umamah –radhiyallahu ‘anhu-) 2. Memelihara diri dari zina atau memenuhi keinginan seks secara tidak halal. Sabda Nabi –sallallahu alaihi wasallam-; “Wahai para pemuda! Siapa yang mampu d

ADAKAH WAJIB BERTARIKAT?

Soalan; Saya ingin mengetahui perlukah seseorang itu mengikuti mana-mana tarikat, dan bagaimana menentukan mana satu tarikat yang berada di atas jalan Ahlus-Sunnah Wal-Jama’ah? Jawapan; Seorang muslim wajib menempuh jalan untuk menyucikan jiwanya; iaitu membersihkan hati dari kufr, syirk, riyak, ‘ujub, bangga diri, hasad dan sebagainya lagi dari penyakit-penyakit hati dan menghiasinya dengan sifat ubudiyah kepada Allah, ikhlas, tawadhuk, tawakkal, khusyuk dan sebagainya dari sifat-sifat hati yang bersih yang dikehendaki Allah. Firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”. (surah as-Syams, ayat 9-10) Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- diutuskan oleh Allah selain untuk menyampai wahyu dan mengajar manusia kandungan kitab Allah, juga untuk mendidik manusia bagaimana menyucikan jiwanya. Firman Allah (yang bermaksud); “Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang beriman ketika Dia men

MEMOTONG SALURAN PERANAKAN

Soalan; Apa hukumnya isteri yang memotong saluran peranakan oleh kerana tidak mahu mengandung lagi walaupun diberi keizinan oleh suami? Adakah ia satu dosa besar? Jawapan; Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam Fatawa Mu’asyirahnya (jil. 2) apabila ditanya berkenaan hukum mengikat saluran peranakan, beliau menjawab; “Perbuatan tersebut tidak harus kerana mengandungi tindakan mengubah ciptaan Allah. Ia adalah perbuatan yang dipengaruhi oleh Syaitan dan dihiasi oleh Syaitan. Dikecualikan jika terdapat darurat yang kemuncak, seperti kelahiran anak akan mendatangkan bahaya kepada Ibu dan tidak ada jalan lain lagi untuk menghalang kelahiran melainkan dengan cara tersebut (yakni mengikat saluran peranakan itu). Hukum darurat tersebut hanya bersifat individu dan merupakan kes terpencil yang dilakukan mengikut kadar perlu. Tidak harus hukum darurat tersebut diambil menjadi satu prinsip umum untuk semua keadaan”. (hlm. 680) Ulasan; 1. Berdasarkan fatwa di atas dapat kita simpulkan bahawa; meng

NASAB

Soalan : Saya ada terdengar/terbaca jika masa berkahwin anak kandungan kurang dari 6 minggu adalah sah anak tersebut anak tersebut dibinkan dengan suaminya? Jawapan : Untuk membolehkan bayi dinasabkan kepada seorang lelaki, maka hendaklah melalui akad perkahwinan yang sah dan kelahiran bayi hendaklah berlaku dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh berlakunya akad. Ini kerana telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa; tempoh hamil paling singkat ialah enam bulan. Jika berlaku kelahiran kurang dari enam bulan selepas akad, maka telah pasti bahawa bayi itu adalah hasil dari persetubuhan yang berlaku sebelum akad (yakni melalui penzinaan atau sebagainya), maka tidak harus bayi itu dinasabkan kepada suami ibunya. Adapun jika kelahirannya selepas enam bulan dari tarikh akad, maka ada kemungkinan bayi itu adalah dari persetubuhan yang terjadi selepas berlakunya akad nikah, maka haruslah ia dinasabkan kepada lelaki yang mengahwini ibunya itu. Wallahu a’lam. Rujukan; 1. Ahkam

ALAM BARZAKH dan AZAB KUBUR

Soalan; Boleh ustaz jelaskan; apakah dia alam Barzakh serta azab dan nikmat ketika berada di dalam kubur? Dan apakah perkara yang boleh menghindarkan diri dari siksa kubur? Jawapan; Alam barzkah ialah alam kehidupan selepas mati sementara menunggu tibanya kiamat. Firman Allah (bermaksud): “Dan di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka akan tinggal menetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (iaitu pada hari kiamat)”. (Surah al-Mukminun, ayat 100) Dari sudut bahasa, Barzakh bermakna sesuatu yang menjadi pemisah antara dua benda. Dinamakan alam selepas mati sebagai alam Barzakh kerana alam tersebut menjadi pemisah antara dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat. Menurut Syeikh Abu Bakar al-Jazairi dalam bukunya ‘Aqidatul-Mukmin, alam Barzakh ini dapat diibaratkan sebagai alam perhentian dan penantian sementara menunggu tibanya akhirat bagi orang-orang yang telah mati dan berpisah dengan dunia. Di alam Barzakh ini ruh-ruh dihimpunkan hinggalah

KANAK-KANAK BERSAMA DALAM SAF ORANG DEWASA

Soalan; Bolehkah seorang kanak-kanak yang berumur tujuh tahun yang telah bersunat tetapi belum baligh bersama-sama saf orang dewasa? Jawapan; Seorang sahabat iaitu Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Aku bersama seorang anak yatim telah menunaikan solat di belakang Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- di rumah kami, sementara ibuku Ummu Sulaim berdiri di belakang kami”. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Berdasarkan hadis ini, para ulamak menyimpulkan bahawa jika makmum yang ingin mengerjakan solat itu terdiri dari seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak, maka mereka berdua hendaklah berdiri di belakang imam dalam satu saf. Jika terdapat perempuan, maka ia hendaklah berdiri di belakang mereka. Jika sekiranya makmum terdiri dari kumpulan lelaki dewasa, kumpulan kanak-kanak dan kumpulan wanita, maka aturannya ialah; saf lelaki dewasa di belakang imam, diikuti dengan saf kanak-kanak dan hujung sekali saf wanita. Ini berdasarkan hadis da

NAZAR

Soalan; Nazar, adakah wajib berturut-turut? Jawapan; FirmanNya; Nazar dalam perkara kebaikan dan ketaatan wajib ditunaikan kerana Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيْعَ اللهَ فَلْيُطِعْهُ وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَ اللهَ فَلاَ يَعْصِهِ “Sesiapa bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah ia mentaatiNya (yakni menunaikan nazarnya). Sesiapa bernazar untuk melakukan maksiat kepada Allah, janganlah ia memaksiatiNya (yakni janganlah ia menunaikan nazarnya)”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan at-Tirmizi dari Saidatina ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha-) Jika nazar dikaitkan dengan sesuatu seperti seseorang itu berkata; “Jika Allah menyembuhkan penyakitku, wajib atasku puasa sehari”, maka wajiblah ia menunaikan nazarnya apabila terhasil apa yang dikaitkan dalam nazarnya itu. Jika seseorang bernazar untuk berpuasa selama beberapa hari –contohnya 8 hari sebagaimana soalan di atas- dan dalam nazarnya ia tidak menyebutkan berturut-turut seperti ia hanya menyebutkan;

BAYI YANG GUGUR DAN SOLAT JENAZAH

Soalan; Bayi yang gugur ketika berusia empat bulan di dalam kandungan, adakah wajib disolatkan? Jawapan; Soalan ini secara amnya berkait dengan hukum bayi yang keguguran; apakah wajib disolatkan atau tidak? Dalam hal ini terdapat hadis dari Rasulullah s.a.w. menegaskan; السقط يصلى عليه ويدعى لوالديه بالمغفرة والرحمة “Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk dua ibu-bapanya keampunan dan rahmat Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis ini ditashihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam az-Zahabi). Hadis di atas adalah umum dan diperincikan oleh ulamak mengikut pandangan dan mazhab masing-masing. Menurut Imam al-‘Abdari; “Jika bayi yang keguguran itu belum berusia empat bulan, tidak wajib disolatkan ke atasnya tanpa khilaf di kalangan ulamak (yakni ijmak). Jika usianya mencapai empat bulan dan tidak bergerak (ketika gugurnya), tidak disolatkan ke atasnya mengikut pandangan jumhur ulamak. Mengikut Imam

SEMBELIHAN BINATANG YANG CACAT/SAKIT

Soalan : Apa hukumnya bagi Sembelihan binatang yang cacat/sakit? Jawapan Binatang yang cacat harus disembelih untuk dimakan dagingnya, namun tidak harus diniatkan korban jika kecacatan itu adalah yang ketara sebagaimana yang ditetapkan oleh ulamak dalam syarat-syarat binatang Korban. Binatang yang sakit juga harus disembelih jika ia masih mempunyai nyawa yang tetap, yakni bukan berada di hujung nyawa atau hampir sangat kepada mati. Dikecualikan jika sakit yang dihadapi oleh binatang itu adalah sakit yang boleh mendatang mudarat kepada manusia jika dimakan dagingnya seperti ia dijangkiti virus dan kuman merbahaya atau sebagainya, maka tidak haruslah disembelih untuk dimakan dagingnya kerana Allah berfirman; “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”. (al-Baqarah: 195) Walahu a’lam.

PENYEMBELIHAN JANIN

Sabda Nabi s.a.w.; ذكاة الجنين ذكاةُ أُمّه “Sembelihan bagi janin dikira dengan sembelihan ibunya”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.. dan disohehkan oleh Ibnu Hibban) Berdasarkan hadis ini para ulamak memutuskan bahawa apabila seekor binatang ternakan betina disembelih kemudian didapati di dalam perutnya terdapat janin atau anak, maka janin itu halal dimakan kerana sembelihan ke atas ibunya telah dikira sebagai sembelihan ke atasnya. Itu jika janin itu ditemui telah mati atau dalam keadaan di hujung nyawa (yakni hampir sangat kepada mati). Namun jika ia ditemui masih hidup dengan nyawa yang tetap (hayah mustaqirrah), maka wajiblah dilakukan sembelihan baru ke atasnya (yakni tidak memadai dengan sembelihan ke atas ibunya). Wallahu a’lam. Rujukan; 1. Subulus-Salam, Imam as-Son’ani, Kitab al-At’imah, bab as-Soid wa az-Zabaih.

SEMBELIHAN BINATANG YANG HAMPIR MATI

Soalan : Apa hukumnya bagi sembelihan binatang yang hampir mati? Jawapan Di antara syarat sah sembelihan ialah; binatang yang hendak disembelih itu hendaklah masih hidup. Maksud ‘masih hidup’ ialah memiliki nyawa yang tetap (hayah mustaqirrah) iaitu nyawa yang melebihi nyawa binatang yang disembelih. Tanda masih memiliki nyawa yang tetap itu ialah adanya tindak-balas selepas dilakukan sembelihan dan diyakini bahawa sembelihan memberi kesan terhadap kematiannya sama ada menyebabkan kematiannya atau mempercepatkan kematiannya (bagi binatang yang cedera, kemalangan atau sebagainya). Tidak sah sembelihan yang dilakukan ke atas binatang yang telah mati. Begitu juga, tidak sah sembelihan ke atas binatang yang berada di hujung nyawa yang keadannya sama seperti binatang yang telah disembelih. Firman Allah; “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (iaitu binatang yang tidak disembelih), darah, daging babi, dan binatang yang disembelih untuk selain Allah, (binatang) yang mati tercekik, dan yang

ZAKAT PERUSAHAAN/INDUSTRI

Soalan; Jika saya menjalankan satu insustri –contohnya mengeluarkan produk makanan untuk dijual-, adakah wajib saya mengeluarkan zakat dan bagaimana caranya saya hendak mengeluarkan zakatnya? Jawapan; Kebanyakan ulamak berpandangan; Zakat ke atas pengeluaran perusahaan atau kilang menyamai zakat perniagaan dari segi hitungannya, nisabnya (iaitu 85 gram emas mengikut harga semasa), kadarnya (iaitu 2.5%) dan syarat haulnya (iaitu genap setahun dari tarikh perusahaan mula dijalankan). Jadi untuk membayar zakat ke atas harta perusahaan apabila genap haul (yakni tempoh setahun perusahaan dijalankan), pengusaha hendaklah menilai semua barangan perusahaan yang ada padanya (mengikut harga pasaran) termasuk bahan mentah yang belum diproses, [1] kemudian mencampurkan jumlah itu dengan wang yang ada di bank dan di tangan, serta juga jumlah hutang di tangan penghutang yang ada kemungkinan dibayar bila sampai tempohnya. Kemudian dia perlu menolak hutang yang

SOLAT JENAZAH KE ATAS ORANG BUNUH DIRI

Soalan; orang yang mati kerana membunuh diri sendiri, adakah wajib disolatkan jenazahnya? Jawapan; Terdapat hadis dari Jabir bin Samurah r.a. menceritakan; أُتِيَ النَّبِيُّ -صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ، فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ. “Telah dibawa kepada Nabi s.a.w. seorang lelaki yang telah membunuh dirinya dengan panah, lalu baginda tidak menunaikan solat ke atas mayatnya”. (Riwayat Imam Muslim) Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulamak –antaranya Khalifah Umar bin Abdul-‘Aziz dan Imam al-Auza’ie- berpendapat; Orang yang membunuh dirinya tidak harus disolatkan jenazahnya”. Namun jumhur ulamak termasuklah Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafi’ie berpandangan; hendaklah disolatkan jenazahnya sebagaimana orang Islam yang lain. Berkenaan hadis di atas, mereka menjawab; “Nabi s.a.w. tidak mensolatkan mayat yang membunuh diri itu sebagai satu ancaman kepada orang ramai agar jangan melakukan sepertinya. Walaupun baginda tidak mensolatkannya, nam