Soalan; saya telah rujuk artikel ust dalam blog (Laman Fiqh Anda; http://fiqh-am.blogspot.com/ ). Saya ingin kepastian bagi asalah berikut; setakat mana stokin boleh diterima sebagai khuf atau jaurab? Daripada artikel ust, ianya mestilah1. Ianya hendaklah tebal, tidak nipis.2. Hendaklah berlapik dengan kulit dibawahnya (yakni di bahagian tapaknya).sudah pasti, stokin yang ada skrg... tidak berlapik dengan kulit di bawah....adakah stokin yang ada hari ini termasuk sebagai khuf atau jaurab?. Jawapan; Segolongan ulamak mengharuskan menyapu jaurab (sarung kaki) sekalipun nipis. Menurut Imam Nawawi; pandangan ini diceritakan dari Saidina ‘Umar r.a., Ali r.a., Abu Yusuf, Muhammad, Ishaq dan Daud az-Dzahiri. Mereka berdalilkan hadis dari Nabi s.a.w. yang menjadi dalil keharusan menyapu jaurab (sarung kaki) di mana baginda tidak membezakan antara jaurab yang nipis atau yang tebal. Hadis tersebut ialah dari Mughirah bin Syu’bah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. mengambil wudhuk dan ba
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.