Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

FIQH HADIS; SOLAT SUNAT ISYRAQ

SOLAT SUNAT ISYRAQ Sabda Nabi SAW; مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ “Sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit matahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanya seumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586.  Dari Anas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib). Menurut ulamak; solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebaik terbit matahari itu ialah solat sunat isyraq. [1] Namun para ulamak berbeza pandangan dalam menentukan; adakah solat isyraq itu solat tersendiri atau tergolong dalam solat dhuha? 1. Pandangan pertama; ia adalah solat tersendiri, bukan solat dhuha. Dilakukan sebanyak dua rakaat, dengan niat solat sunat isyraq, bermula waktunya sebaik sesudah ter

MAKAN SELEPAS WAKTU IMSAK

MAKAN SELEPAS WAKTU IMSAK Soalan; jika saya masih makan ketika waktu imsak telah tiba, adakah puasa saya batal? Jawapan; Waktu mula berpuasa ialah apabila terbitnya fajar sodiq (yakni masuknya waktu solat subuh). Di dalam al-Quran, Allah membenarkan kita untuk makan hinggalah terbitnya fajar (sodiq), setelah itu barulah disuruh memulakan puasa. Firman Allah (bermaksud); “ dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu  fajar (sodiq). Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (datang) malam (iaitu terbenam matahari)…” (surah al-Baqarah, ayat 187). Adapun waktu imsak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama (biasanya 10 minit sebelum masuk waktu subuh) hanyalah tanbih (peringatan) sahaja, iaitu untuk memperingatkan orang yang hendak berpuasa bahawa waktu untuk mula berpuasa sudah amat hampir. Maka orang yang masih menikmati makanan ketika waktu imsak itu tidaklah terbatal puasanya asalkan ia berhenti makan sebelum masuk waktu solat subuh.

FIQH HADIS; GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT

GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT Sabda Nabi SAW; مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ “Sesiapa berqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunan at-Tirmizi; 806. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh). Abu Zar RA menceritakan; Nabi SAW bangun beribadah bersama kami pada malam ke 5 (sebelum tamat Ramadhan, iaitu malam ke 25 Ramadhan) hingga ke pertengahan malam. Lalu kami berkata kepada baginda; ‘Wahai Rasul Allah, jika engkau dapat menambah lagi solat bersama kami pada malam ini alangkan baiknya’. Lantas baginda bersabda (kepada mereka); “Orang yang berqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunan at-Tirmizi; 806). Menurut ulamak; hadis ini menjadi dalil bagi kelebihan solat terawih berjamaah, dan galakka

FIQH HADIS; HUKUM MENDERMA DARAH KETIKA BERPUASA?

Dalam Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ “Nabi SAW berbekam ketika beliau sedang berpuasa” (Soheh al-Bukhari; 1938). Hadis ini menjadi dalil bagi keharusan berbekam ketika sedang berpuasa. Proses bekam melibatkan pengeluaran darah dari badan. Dengan merujuk hukum berbekam itu, para ulamak hari ini mengharuskan orang berpuasa menderma darah atau menjalankan ujian darah kerana ia juga membabitkan proses yang sama (iaitu pengeluaran darah dari tubuh). Namun keharusan tersebut bersyarat, iaitu tidak dikhuatiri tubuh menjadi lemah hingga terpaksa berbuka puasa. Jika ada kekhuatiran tersebut, dilarang berbekam atau menderma darah atau menjalankan ujian darah, kecuali jika darurat (yakni keadaan terpaksa). Dalam Soheh al-Bukhari juga, terdapat hadis dari Tsabit al-Bunani yang menceritakan; pernah ditanya kepada Anas bin Malik RA (sahabat Nabi); ‘Adakah kamu semua (par

ORANG KOMA & PENGSAN; ADAKAH WAJIB MENGGANTIKAN SOLAT DAN PUASANYA?

Soalan; orang yang pengsan atau koma berhari-hari, adakah dia wajib mengqadha solat dan puasa yang dia tinggalkan semasa sedang koma/pengsan itu? Jawapan; 1. Orang yang sedang dalam koma/pengsan gugur kewajipan ibadat darinya (termasuk solat dan puasa). Adapun tentang qadha, maka bagi ibadat puasa, telah ijmak sekelian ulamak bahawa koma/pengsan tidak menggugurkan kewajipan mengqadha puasa. Maka orang yang tertinggal puasanya kerana koma/pengsan dia wajib mengqadha semua puasa yang ditinggalnya semasa sedang koma/pengsan itu apabila ia sembuh dari sakitnya (yakni tersedar dari koma/pengsannya).  Jika komanya berterusan hingga saat kematiannya, hendaklah digantikan puasanya dengan fidyah sebagaimana sabda Nabi SAW; "Jika seseorang itu sakit dalam bulan Ramadhan, kemudian mati tanpa sempat menggantikan puasanya, maka hendaklah diberi makan (kepada orang miskin) bagi pihaknya dan tidak ada qadha atasnya" (Sunan Abu Daud; 2401, dari Ibnu 'Abbas RA). 2. Adap

ANAK-ANAK YANG KEMATIAN BAPA; ADAKAH IBU MENANGGUNG ZAKAT FITRAH MEREKA?

Soalan; jika anak-anak telah kematian bapa dan dibela oleh ibu, adakah ibu menanggung zakat fitrah mereka? Jawapan; Zakat fitrah bergantung kepada  nafkah. Siapa menanggung nafkah anak tersebut, dialah yang menanggung zakat fitrahnya. Jaafar bin Muhammad meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Nabi SAW memerintahkan agar dikeluarkan zakat fitrah bagi pihak orang merdeka, hamba, lelaki dan perempuan, iaitu semua orang yang kamu sarai” (Musnad as-Syafiie; 429. As-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 7682. Hadis mursal). [1] Imam Ibnu Qudamah menjelaskan; “Diwajibkan ke atas ibu untuk menafkahi anaknya jika mereka tidak berbapa. Inilah yang menjadi pandangan Imam Abu Hanifah dan as-Syafiie (serta Imam Ahmad)….(Begitu juga) jika bapa susah/miskin, nafkah mereka wajib ditaggung ibu” (al-Mughni, 8/212).. Maka pada ketika nafkah ditanggung oleh ibu, zakat fitrah bagi anak turut ditanggung ibu. Wallahu a’lam. [1] Walaupun mursal, namun disokong oleh hadis-hadis yang l

MAKNA “KEBERKATAN” PADA SAHUR

Soalan; Saya ada mendengar ada hadis berkata; “sahur itu membawa barakah”. Apa maknanya ustaz? Jawapan; Ya, terdapat hadis dari Nabi SAW yang menyebutkan; تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً  “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik RA Bulughul-Maram, hadis no. 616). Perkataan ‘berkat’ atau ‘barakah’ banyak disebut oleh Allah di dalam al-Quran dan juga oleh Nabi SAW di dalam hadis-hadisnya. Dari segi makna bahasa Arab, al-barakah ( البركة ) bermaksud; ziyadah (tambah), numuw (tumbuh), sa’adah (kebahagiaan) dan kathratul-khair (banyak kebaikan). [1] Dari segi makna Syarak, barakah bermaksud terdapatnya limpahan kebaikan Ilahi (Allah) pada sesuatu. Maka suatu yang diberkati bermaksud; suatu yang dilimpahi kebaikan dari Allah. [2] Khusus bagi sahur, menurut Imam Ibnu Daqiq al-‘Id; barakah pada sahur merangkumi aspek ukhrawi dan duniawi; 1.     Aspek ukhrawi (yakni faedah akhirat); sahur it