Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

MEMASUKKAN JARI KE DALAM PUSAT; ADAKAH BATAL PUASA?

Soalan; assalamualaikum ustaz, saya musykil dgn satu perkara; adakah memasukkan jari ke dalam pusat badan termasuk di dalam perkara yg membatalkan puasa dan jika ianya tergolong di dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan? terima kasih Jawapan; Tidak membatalkan puasa kerana pusat bukanlah rongga terbuka yang mempunyai saliran yang sampai ke perut. Kecualilah jika pusat itu mengalami luka atau tertusuk menembusi ke perut maka ketika itu batallah puasa jika dimasukkan sesuatu (menurut mazhab Syafi'ie). Wallahu a'lam.

WANG SEDEKAH KEMATIAN, ADAKAH RUH PERGI KE RUMAH ANAK-ANAK?

Soalan; Ibu saya baru saja meninggal dunia,sementara bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun lepas..ibu saya tinggal dengan adik lelaki saya yang telah berumahtangga,tapi belum mendapat anak..Apakah yang harus dibuat dengan wang sedekah tersebut?Abang saya ada mencadangkan disedekahkan wang itu dengan membelanjakannya membeli kitab alquraan kemasjid2 .Saya pula menerima wang sedekah itu dari jiran2 dan teman dan sedara mara..bolehkah saya sedekahkan wang itu atas nama ibu dan bapa saya kemasjid2 atau kesaluran2 yang lain,dan tidak menyerahkan kapada adik saya yang menjaga ibu saya,kerana kami tidak serumah.kakak saya yang tua mencadangkan supaya berbuat begitu.Boleh ke sebutkan sekali nama aruah bapa saya sekali?sedangkan wang itu diberi untuk aruah ibu saya.. 2)Apakah maknanya ruh akan pergi dari rumah kita sateklah 40 hari..berkaitan sekali dengan kenduri tahlil,banyak yang mengatakan ruhnya pergi kerumah anak2 selama itu..adakah ini bidaah?Tolong terangkan ustaz,banyak yang masih ...

MASALAH DENGAN IBU MERTUA, SUAMI DIDESAK MENCERAIKAN ISTERI, MENCACI DI BULAN RAMADHAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ingin mengutarakan beberapa persoalan. i) Berdosakan /anak derhakakah seorang anak lelaki yang mengambil berat akan ibu bapanya. Tetapi ibu tersalah faham akan apa yang dicakapkan oleh anak terhadapnya. (ibu terlalu mendengar kata anak-anak yang lain) ii) Patutkah suami saya menceraikan saya atas desakan adik perempuannya dengan berkata " isteri boleh dicari tetapi mak seorang sahaja", demi menjaga keluarganya. iii) Apakah hukumnya pula kalau anak perempuan yang sudah berkahwin tinggal bersama maknya dan berjauhan dengan suami, serta menyusahkan emaknya dengan tidak membantu membuat kerja-kerja rumah. iv) Apakah pula hukum orang yang mencaci dan memaki di bulan puasa yang mulia ini ustaz. - ustaz saya harap ustaz dapat menjawab semua persoalan saya ini. saya dan suami buntu. sekian terima kasih. Jawapan; 1. Anak wajib berlaku baik kepada dua ibu-bapanya. Jika mereka miskin, wajib anak menafkahi mereka. Hendaklah sentiasa bertutur dengan bai...

CARA MENGAGIHKAN ZAKAT FITRAH

Soalan; Assalamualaikum. Bolehkah saya mengeluarkan zakat fitrah bagi isteri, 3 org. anak kepada orang cacat. Zakat itu saya terus bagi kpd.nya.Semua zakat itu sebanyak Rm50 cth.nya saya bagi kepadanya.sahkah zakat saya Jawapan; Soalan saudara berkait dengan cara menyalur/mengagihkan zakat fitrah. Hukumnya adalah seperti berikut; 1. Telah disepakati oleh para ulama’ bahawa pengagihan zakat fitrah adalah sebagaimana zakat-zakat yang lain iaitu kepada lapan golongan yang disebut oleh Allah dalam surah at-Taubah, ayat 60, iaitu; a)Untuk golongan fakir b)Untuk golongan miskin c)Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama d)Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat e)Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya f)Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang g)Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah) h)Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan 2. Namun hendaklah diutamakan golongan fakir dan miskin kerana terdapat arahan Rasulul...

BANTUAN KITA UNTUK SI MATI

Soalan; Salam, ustaz. suami saya baru meninggal sebulan yang lalu. Selain berdoa, apakah lagi perkara-perkara yang dapat saya lakukan untuk membantu arwah di alam barzakh? Sekian , terima kasih. Jawapan; a) Berdoa dan memohon ampun untuknya b) Memberi infak dan bersedekah untuknya; termasuk infak jariah, wakaf dan sebagainya. c) Berpuasa ganti untuknya atau membayar fidyah. d) Melunasi hutangnya e) Melakukan haji untuknya Perkara di atas telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa ia akan sampai kepada si mati dan memberi manfaat kepadanya di alam barzakh jika dilakukan dengan ikhlas dan penuh harap kepada Allah. Adapun membaca al-Quran dan berzikir untuk si mati, para ulamak berikhtilaf. Jumhur ulamak berpendapat; ia sampai kepada si mati terutama jika diikuti dengan berdoa selepasnya. Ada sebahagian ulamak berpendapat; ia tidak sampai. Untuk tambahan, sila baca ulasan/jawapan saya sebelum ini; 1. Amalan untuk si arwah (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/02/amalan-untuk-si-arwah...

BERADA DALAM HADAS HINGGA SELEPAS SUBUH; ADAKAH BATAL PUASA?

Soalan; salam, ustaz saya ada satu kemuskilan tetang bab puasa, sah atau tidak puasa seseorang sekiranya dia tidak mandi hadas setelah melakukan jimak di malam hari?? dia hanya mandi hadas setelah masuk waktu subuh keesokannya??? sekian, Jawapan; Tidak menjadi masalah mandi selepas subuh. Yang membatalkan puasa ialah jika jimak dilakukan selepas subuh. Adapun jika jimak berlaku sebelum subuh, cuma mandi sahaja yang dilakukan selepas subuh, itu tidak menjejaskan puasa kerana puasa tidak disyaratkan suci dari hadas. Ramai yang bertanya soalan ini. Sebenarnya telah saya jawab sebelum ini. Sila baca di; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/mandi-junub-selepas-imsak.html). Wallahu a'lam.

MASALAH BERPUASA DAN BERHARI RAYA DI DUA NEGARA BERLAINAN

Soalan; Assalammualaikum, Saya ingin bertanya; 1.Saya berada di poland dan berpuasa awal sehari dari malaysia, kemusykilan saya apabila saya kembali ke malaysia saya sudah raya mengikut puasa di poland,jadi bila saya sampai di malaysia tinggal 2 hari lagi nak raya, dikira macam mane keadaan ini,adakah saya perlu sambung puasa mengikut di malaysia atau macam mana? 2. Saya dalam kapal terbang dalam bulan puasa sedangkan saya tidak tahu siang atau malam,makan mengikut waktu ditetapkan dalam kapal terbang,adakah dikira musafir atau macam mane? mohon perjelasan dengan segera kemusykilan saya ini Jawapan; 1. Hendaklah saudara menyambut hari raya mengikut negeri tempat saudara berada semasa tiba syawal (dalam kes di atas di Malaysia). Di dalam hadis Rasulullah menegaskan; “Berpuasalah (yakni mulakanlah puasa Ramadhan) apabila kamu melihat anak bulan dan berbukalah (yakni sambutlah hari raya) apabila kamu melihat anak bulan”. Apabila kita berada di satu negeri, tarikh puasa kita dan juga ta...

MASUK AIR DALAM DUBUR; ADAKAH MEMBATALKAN PUASA?

Soalan; Assalamualaikum , Ustaz saya hendak menanyakan soalan yang membuatkan saya muyskil. Apakah batal puasa kita sekiranya air memasuki ke dalam qubul atau dubur semasa berinstijak menggunakan air?? Jawapan; Perkara ini menjadi khilaf ulamak. Menurut mazhab Syafi’ie; ia membatalkan puasa jika dilakukan dengan sengaja (termasuk kerana berlebihan ketika beristinjak iaitu membasuh berak atau kencing (khususnya bagi perempuan)). Begitu juga, akan membatalkan puasa jika memasukkan jari. Jika tidak sengaja atau terpaksa tidaklah membatalkan puasa. Contoh terpaksa ialah orang yang mengidap buasir di mana lubang punggung terkeluar dan ia terpaksa menjoloknya dengan jari untuk memasukkan semula, tidaklah membatalkan puasa kerana ia terpaksa melakukannya. Menurut Imam Daud, Ibnu Hazm dan as-Syaukani; ia tidaklah membatalkan puasa sama ada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja kerana tiada nas yang menegaskannya dan tidak pula dapat dikiaskan dengan makan, minum atau jimak. Pandangan ked...

KELUAR MAZI KETIKA TENGAH SOLAT

Soalan; Salam Ustaz, semoga ustaz sihat dan di dalam lindungan Allah SWT hendaknya.Saya ada satu masalah untuk disampaikan kepada ustaz mengenai solat. Saya mengidap penyakit yang mana kadang kala air mazi keluar tak semena-mena, dan kadang kala akibat berfikir bukan-bukan. Persoalan saya ialah, jikalau air mazi terkeluar semasa sedang solat, adakah saya perlu menggantikan solat tersebut? Kerana saya bertanya pada abang usrah saya, dia kata, kalau lihat ada selepas solat, takperlu ganti, dan jika terasa was-was semasa solat, lebih baik mengcheck kemaluan selepas solat. Dan adakah jika air mazi itu terkena pada kain pelikat, adakah dengan sejadah-sejadah saya kena basuh sekali? kerana setakat ini, setiap kali perkara ini berlaku, saya membasuh sejadah saya sekali, kerana khuatir takut-takut air mazi terjatuh pada kain sejadah. terima kasih ustaz. Jawapan; 1. Jika mazi itu benar-benar keluar iaitu dengan kelihatan tanda-tandanya, wajiblah saudara berhenti solat, membasuh kemaluan dan kai...

ISTIKHARAH UNTUK CALON SUAMI

Soalan; Assalamualaikum..saya bakal bertunang tidak lama lagi.semasa mengerjakan umrah saya berdoa semoga ditunjukkan jodoh yang sesuai. di mekah juga saya bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang saya tidak kenali. apabila pulang ke malaysia saya membuat solat istikharah.beerapa bulan selepas itu saya bermimpi mimpi yang sama ketika d mekah. macam mana dengan tunangan saya ini,perlu diteruskan? atau saya menunggu masa sehingga bertemu lelaki di dalam mimpi itu? Jawapan; 1. Dalam soal menentukan jodoh atau pasangan yang sesuai, perhatikan dulu ciri-ciri agama iaitu seorang yang soleh, menjaga agama, memelihara solat, menutup aurat dan sebagainya, kemudian barulah beristikharah. Jika calon yang datang dari jenis yang tidak menjaga agama, sebaiknya ibu-bapa atau individu terbabit menolak calon tersebut walaupun tanpa beristikharah terlebih dahulu kerana kita sudah jelas apa pandangan agama. Jika yang datang adalah soleh -sekalipun pada zahir sahaja- ketika itu eloklah menerimanya da...

BERINTERAKSI DENGAN WANITA TIDAK BERTUDUNG

Soalan; Assalammualaikaum Ustaz.. Saya tertarik jawapan ustaz mengenai rambut wanita berdosa jika dilihat oleh lelaki.Soalan saya bagaimanakah kita hendak mengelak daripada melihat aurat wanita (terutamanya rambut) dizaman era moden ini kerana rata2 rambut wanita terdedah disana sini.Adakah kita tidak boleh berurusan (urusan kerja atau sahabat) langsung dengan wanita yang tidak memakai tudung?Adakah kita tidak boleh menonton television langsung kerana terdapat bnyk wanita yang tidak bertudung,sedangkan television adalah sumber keperluan di zaman sekarang untuk tujuan maklumat?Minta penjelasan Ustaz..Terima Kasih.. Jawapan; Berinteraksi dengan wanita yang bukan mahram (yakni bercakap dan berurusan dengannya) adalah harus, tiada sebarang tegahan dari Syarak pada asasnya. Namun hendaklah menjaga adab-adab yang ditetapkan Syarak termasuk yang berhubung dengan pandangan. Harus lelaki memandang wanita ajnabi dengan memelihara tiga perkara; 1. Hanya memandang kepada tempat yang bukan aurat (...

MEMASUKKAN ALAT SCAN KE DALAM FARAJ; ADAKAH MEMBATALKAN PUASA

Soalan; assalamualaikaums ustadz,saya ada kemusykilan..InsyaAllah saya dan suami merancang untuk menjalani prosedur IVF (in vitro fertilization) atau lebih dikenali sebagai bayi tabung uji pada bulan oktober 2009. keputusan menjalani IVF ini dibuat setelah gagal mendapat zuriat dengan kaedah2 perubatan yang lain. Walaubagaimanapun, prosedur ini memerlukan pemeriksaan ovari yang dijalankan melalui kaedah transvaginal ultrasound (alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj untuk mendapatkan imej ovari) pada hari-hari tertentu.Keseluruhan kaedah ini memerlukan tempoh rawatan selama 2 bulan setengah. Memandangkan kami bercadang untuk menjalani IVF pada bulan oktober, doktor telah menyusun jadual pemeriksaan dan suntikan hormon untuk saya yang kebanyakannya jatuh pada hari2 tertentu dalam bulan Ramadhan (biasanya, rawatan kesuburan seperti ini memerlukan penjadualan teratur untuk memastikan matlamat IVF itu sendiri tercapai). Adakah alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj itu akan membatalkan...

FIDYAH PESAKIT HIV

Soalan; Salam, Ustaz saya merupakan penghidap HIV positif dan sedang mengambil ubat antiretroviral yang mesti diambil tepat pada masanya. di sebabkan saya mengambil ubat ini menyebabkan saya tidak berpeluang untuk berpuasa dalam hidup saya yang akan datang. Di sini saya ingin bertanya ustaz mcm mana saya nak bayar fidyah dengan kiraan yang betul. saya sangat jahil. untuk makluman ustaz ini adalah tahun kedua saya tidaksmembayar fidyah kerana kejahilan dan rasa malu kerana kesilapan lalu saya. minta ustaz perjelaskan kepada saya. terima kasih Jawapan; 1. Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin. Bagi penduduk negara ini, makanan asasinya ialah beras, maka fidyah hendaklah dikeluarkan dengan beras. 2. Kadar fidyah ialah satu cupak, iaitu menyamai 650 gram beras mengikut ukuran hari ini. 3. Satu hari puasa yang ditinggalkan, satu fidyah dikeluarkan. Bagi ora...

ANAK TIRI DAN HARTA PUSAKA

Soalan; Assalamualaikum w.t.b…Saya ingin bertanya soalan berkaitan harta pusaka.Ibu saya telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Ibu saya telah berkahwin lain dan dikurniakan seorang anak lelaki yang berusia 18 tahun. Bapa tiri saya juga telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Bapa tiri saya mempunyai 2 org anak bersama bekas isteri sebelum mengahwini ibu saya. Adik beradik saya pula seramai 5 orang. Ibu dan bapa tiri saya telah membeli sebuah rumah diatas nama bapa tiri saya. Buat masa sekarang rumah tersebut kami sewakan dan kami gunakan wang tersebut untuk menyara dan pembelajaran adik tiri lelaki saya. Soalan saya: Adakah rumah tersebut hanya berhak di tuntut oleh anak lelaki ibu dan bapa tiri saya atau kami anak sebelah ibu juga berhak keatas rumah tersebut dan adakah 2 orang anak bapa tiri saya lebih berhak keatas tuntutan tersebut? Sehingga kehari ini masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan. Jawaban dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Jawapan; Dalam pembahagian ha...

JIMAK DI BULAN RAMADHAN SELEPAS MEMBATALKAN PUASA

Soalan; Ustaz, pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut. Sekian, yang daif. Jawapan; Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan. Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandang...

SUNTIKAN; ADAKAH BATAL PUASA?

Soalan; Assalamu alaikum, adakah dikira perkara yang membatalkan puasa sekiranya seseorang itu dimasukkan air ke tubuh badannya semasa mendapat rawatan di hospital? Jawapan; Soalan di atas berkait dengan hukum suntikan ke atas orang berpuasa; adakah membatalkan puasa atau tidak? Jawapannya; suntikan mempunyai beberapa tujuan; 1. Untuk tujuan pengubatan –seperti menyuntik ubat untuk menurunkan darjah kepanasan bagi orang demam, menyuntik insulan bagi pesakit kencing manis dan sebagainya-. 2. Untuk tujuan kekuatan/ketahanan badan –seperti menyuntik vitamin, kalsium dan sebagainya-. 3. Untuk tujuan taghziah iaitu membekalkan makanan kepada badan seperti memasukkan glukos, air dan sebagainya. Bagi tujuan pertama dan kedua, ia tidak membatalkan puasa. Hukum ini telah disepakati oleh sekelian ulamak semasa hari ini kerana bahan yang masuk ke dalam badan melalui suntikan itu bukanlah masuk melalui saluran terbuka (iaitu mulut) dan ia juga tidak berfungsi sebagai makanan untuk bada...

WANG SAGU-HATI/KOMISYEN DARI PEMBEKAL

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya musyhkil tentang satu perkara. Dipendekkan cerita saya ditugaskan oleh syarikat untuk mencari pembekal bagi membuat cenderamata untuk syarikat di mana saya berkerja. Saya pun menjalankan tugas seperti biasa. Pada hari si pembekal menghantar barang yang di pesan ke syarikat saya dia menghulurkan sejumlah wang kepada saya sambil berkata "Nanti if u mahu order apa-apa lagi panggillah kita lagi". Tanpa berfikir panjang saya menerima sambil berkata ok...ok...tanpa apa-apa sebarang syak wasangka. Soalannya, apakah duit yang saya terima itu halal atau haram? Ini kerana saya tidak pernah pun meminta wang dari si pembekal. Pada awalnya saya kira ia hanyalah komisyen kerana memberinya bisnes. Tapi kini saya merasa serba tak kena. Saya takut jika wang itu sebenarnya haram (atas sebab2 tertentu). Saya tidak pernah meminta atau meletakkan syarat kepada si pembekal sekiranya dia mahu bisnes mesti memberi saya imbuhan. Apa pendapat ustaz. Adakah ia halal...

NIAT PUASA KAFFARAH SUMPAH

Soalan; assalamualikum ustaz, bagaimana hendak niat puasa sebagai denda melanggar sumpah yang mana perlu berpuasa selama 3 hari berturut2. wassalam.. Jawapan; 1. Kaffarah sumpah ialah dengan memilih salah satu dari tiga perkara; a) Memberi makan sepuluh orang miskin, atau; b) Memberi pakaian untuk mereka, atau; c) Membebaskan seorang hamba. Jika tidak berupaya melakukan satupun darinya, hendaklah berpuasa tiga hari. Tidak boleh berpindah kepada puasa melainkan jika tidak mampu memilih salah satu dari tiga di atas. (Sila rujuk surah al-Maidah, ayat 89). 2. Puasa fardhu/wajib (sama ada puasa Ramadhan, puasa Qadha atau puasa kaffarah) hendaklah diniatkan di malam hari (iaitu sebelum masuk waktu subuh). 3. Niat yang wajib ialah di dalam hati, iaitu dengan kita mengqasadkan (yakni menghadirkan) di dalam hati untuk berpuasa pada esok hari bagi menunaikan kewajipan kaffarah (denda) kerana melanggar sumpah. 4. Menurut mazhab Syafi'ie, sunat melafazkan niat dengan lidah, iaitu; "Saha...

SETUBUH KETIKA HAID KERANA TERSALAH

Soalan; Apakah berdosa saya melakukan hubungan seks dengan isteri,pada masa perlakuan itu berlaku isteri masih bersih tetapi semasa hubungan kelamin sedang berjalan saya dapati isteri telah didatangi haid. Saya dan isteri tidak tahu,apabila kami tahu kami terus berhenti dari melakukan hubungan kelamin. Adakah berdosa besar perbuatan kami. Jawapan; 1. Larangan Syarak yang dilakukan kerana tersalah, lupa atau tidak disengajakan tidak dikira berdosa. Sabda Nabi s.a.w.; إن الله تعالى وضع عن أمتي الخطأ، والنسيان، وما استكرهوا عليه "Sesungguhnya Allah menggugurkan dari umatku (perbuatan dosa yang mereka lakukan kerana) tersalah, lupa dan dipaksa" (Riwayat Imam Ibnu Majah dan Ibnu 'Abbas r.a.). 2. Namun sebaik menyedarinya atau tersedar, hendaklah berhenti melakukannya. Jika diteruskan, akan berdosa kerana perlakuan selepas itu adalah disengajakan. 3. Hendaklah berdoa kepada Allah dengan doa di akhir surah al-Baqarah; رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَ...

MENGGUGURKAN KANDUNGAN

Soalan; Assalamualaikum Ustaz! Ada sorang kawan tanya,dia dah ada anak dua orang ,anaknya yang nombor tu masih kecil, dia dah tak mau anak dah dan juga ada masalah kewangan menghimpit mereka .Dia dah cuba jaga supaya tak lekat ,dia tak boleh makan pil perancang sebab ada penyakit,tau tau dia mengandung sebulan,kalau dia cuci kandungantu apa hukumnya. Sekian terima kasih. Jawapan; Tidak harus menggugurkan kandungan kecuali bimbang akan membahayakan nyawa ibu (jika kandungan diteruskan) atau bayi yang bakal lahir.[1] Kewujudan bahaya itu hendaklah disahkan oleh doctor muslim yang tsiqah (yakni dapat dipercayai dari segi pegangan agamanya). Termasuk tidak harus menggugurkan kandungan ialah menggugurnya dengan alasan masalah kewangan atau kemiskinan. Orang terbabit hendaklah menerima takdir Allah (yang mengurniakan anak kepadanya) dan meyakini pemberian rezki dari Allah untuk makhluk yang Ia ciptakan. Firman Allah; وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ ...

KURSUS CHEF

Soalan; assalamualaikum ustaz, saya ada satu soalan iaitu saya hendak masuk kursus chef (singapura) tetapi kami harus pegang semua jenis daging dan arak.Persoalan nyer ialah apakah hukumnya dan adakah ianyer berdosa?Apakah yg harus saya buat?Harap ustaz boleh jelaskan dgn terperinci..Terima Kasih. Jawapan; Seorang muslim wajib menjaga batasan Syariat termasuk batasan halal dan haram. Arak adalah haram dan najis berdalilkan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulamak. Orang Islam bukan sahaja dilarang minum arak, malah dilarang terlibat dengan segala yang ada kaitan dengan arak. Sabda Nabi s.a.w.; “Allah melaknat arak, orang yang meminumnya, yang menghidangnya untuk diminum (oleh orang lain), yang menjualnya, yang membelinya, orang yang memerahnya, yang minta diperahkan untuknya, orang yang membawanya, orang yang dibawa arak kepadanya dan orang yang memakan harganya (yakni hasil jualannya)”. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim dari Ibnu Umar. Hadis ini menurut Imam as-Suyuti adalah soheh. Lihat; ...

HUKUM CONTACT LENS

Soalan; Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa, adakah sah ibadatnya?? Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada menpunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka? Jawapan; Ada dua tujuan memakai kanta lekap; 1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata. 2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu; a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepad...

MENAMAKAN ANAK

Soalan; Assalamualaikum uztaz, saya ada membaca komen uztaz tentang menamakan anak dengan nama malaikat.Anak sulung saya (lelaki) akan lahir pada oktober ini (insyaAllah), saya ingin menamakan anak saya dengan nama mikail (malaikat yg menurunkn rezeki), namun saya ingin tahu komen uztaz dan bagaimana ejaan betul mikail dalam tulisan rumi. Adakah mikail atau mikhail atau mikael?sekian terima kasih. Jawapan; 1. Jumhur ulamak mengharuskan kita memberi nama anak dengan nama malaikat. Berkata Imam an-Nawawi; “Mazhab kami (yakni mazhab Syafi’ie) dan mazhab jumhur ulamak; harus menamakan anak dengan nama para Nabi dan para Malaikat. Al-Harith bin Miskin memakruhkannya. Menurut Imam Malik; makruh menamakan anak dengan nama Jibril” (al-Majmu’, 8/417).[1] 2. Nama yang paling baik ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana disabdakan oleh Nabi s.a.w.; أَحَبُّ الْأَسْمَاءِ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ “Nama yang paling disukai Allah ialah; ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman’” (Hadis r...

TANDA LAILATUL-QADAR

Soalan; Assalamualaikom..benarkah malam lailatul qadar boleh dilihat tandanya? Jawapan; Antara tanda-tanda zahir yang dapat dilihat pada malam al-Qadar (Lailatul-Qadar) dan pada siangnya ialah sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya; “Lailatul-Qadar; malamnya cuaca/udara menyenangkan iaitu tidak panas dan tidak dingin, pada paginya matahari terbit dengan cahaya yang lemah dan kemerahan” (HR Imam Thayalisi dan al-Baihaqi dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Hadis ini menurut as-Suyuti; hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7728). Namun para ulamak menjelaskan; Tidak semestinya orang yang tidak nampak tanda-tanda (Lailatul-Qadar) ia tidak mendapat malam tersebut. Barangkali seorang yang bangun pada malam Lailatul-Qadar itu ia tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya. Dia lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah dari orang yang melihat tanda-tandanya sahaja (tetapi tidak beribadah pada malam itu)” (Lihat; Faidhu...

MENUNTUT BAYARAN HUTANG

Soalan; Saya telah membantu seorang kawan membayar hutangnya. Adakah harus saya meminta dari beliau supaya membayar kembali kepada saya? Sekian. Terima kasih. Jawapan; Menurut kaedah yang ditetapkan ulamak; “Sesiapa melaksanakan kewajipan bagi pihak orang lain dengan niat akan menuntut darinya, harus ia menuntutnya”. Contohnya, seorang yang membantu memberi belanja/nafkah kepada anak orang lain (dengan nafkah/belanja yang diperlukannya) dengan niat akan menuntut kembali dari bapa atau penjaganya, harus ia menuntutnya. Begitu juga, seorang yang membantu membayar hutang orang lain (dan berniat menuntutnya kembali). Secara amnya, orang yang membantu untuk melaksanakan kewajipan bagi pihak orang lain ada dalam tiga kategori; 1. Ia membantu dengan niat untuk menuntut kembali. Harus ia menuntut kembali. 2. Ia membantu dengan niat sedekah atau pemberian (yakni tanpa niat akan menuntut kembali). Tidak harus ia menuntut kembali selepas itu. 3. Ia membantu tanpa sebarang niat di atas (iaitu tan...

QUNUT NAZILAH

Soalan; saya nak bertanya.seperti yang kita sedia maklum wabak H1N1 ni dah semakin teruk.sebagai umat Islam di malaysia apakah qunut nazilah sesuai atau solat hajat dilakukan? kerana qunut nazilah seperti yang saya tahu iailah kita memohon untuk kesejahteraan serta kemenangan keatas kaum muslimin yg di timpa bencana oleh org kafir dari segi peperangan,penindasan dn sbgnya.kerana sejarah qunut nazilah itu berlaku kerana mohon kemenangan keatas kaum muslimin atas org kafir.jadi saya mohon jawapan dan pendapat bagi soalan saya. Jawapan; Nazilah bermaksud peristiwa atau kejadian yang menyedihkan, mengecewakan atau berupa musibah yang menimpa manusia. Qunut Nazilah disunatkan jika berlaku bencana atau kesengsaraan yang menimpa kaum muslimin. Ia tidak khusus kepada peperangan sahaja, tetapi merangkumi juga kemarau, penularan penyakit, kebuluran atau kemudaratan-kemudaratan lain yang menimpa kaum muslimin. Terdapat hadis dari Anas bin Malik r.a. yang menceritakan; أن النبي صَلّى الله عَلَيْهِ...

MAZI DAN MANDI WAJIB

Soalan; Assalamulaikum ustaz.. di sini saya mempunyai kemusykilan bahawa seorang wanita yang keluar air mazinya kerana rangsangan seksual hendaklah mandi wajib. Sedangkan artikel yang saya baca dalam page: http://www.jomlayan.com/mybb/mandi-wajib-yang-betul-jakim-t-5880.html tidak menyatakannya. Malah, ia menyebut 3 sebab yang melibatkan kaum perempuan mandi wajib ialah keluarnya darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) sahaja. Mohon respons daripada ustaz.. Jawapan; Keluar mazi tidak mewajibkan mandi. Ia hanya membatalkan wudhuk dan adalah najis. Oleh itu, orang yang keluar mazi dari kemaluannya (sama ada lelaki atau wanita), sebelum ia mengerjakan solat ia wajib membasuh mazi itu dari badan dan pakainnya, kemudian mengambil wudhuk. Untuk mendapat penjelasan lanjut tentang air-air yang keluar dari kemaluan wanita serta hukumnya, sila baca jawapan saya sebelum ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/air-yang-keluar-dari-kemaluan-wanita.html). Baca juga perkara-perkara ya...

Sijil lahir palsu

Soalan; Seorang anak lelaki setelah kematian ibu kandungnya diserahkan oleh bapa kandung ketika usia anak 4 tahun kepada keluarga angkat kerana tidak mampu menjaganya. Anak dilahirkan pada 1967 dan dibesarkan di thailand diberi nama Ali bin Ahmad.Sijil kelahiran adalah didaftar di Thailand . Diserahkan kepada keluarga angkat di Malaysia.Atas urusan persekolahan di Malaysia ,disebabkan urusan pendaftaran anak angkat agak rumit dan tiada sijil kelahiran Malaysia.Keluarga angkat telah membeli sijil kelahiran kanak-kanak yang telah meninggal dunia..Butiran dlm sijil Nama:Bakar bin Husin, tarikh lahir 10.5.1968 digunakan untuk mendaftar persekolahan anak angkat.Anak ini membesar dengan nama Bakar bin Husin sehingga ke Universiti,berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimana pandangan Islam dalam hal ini?Adakah salah/berdosa menggunakan nama orang yg telah meninggal?Bagaimana pula aqad nikah anak lelaki ini? Status perkahwinan dan anak-anaknya pula?Sedangkan nama anaknya dibin/bintikan ...

NAFKAH ANAK

Soalan : Assalamualaikum Ustaz, Saya sudah bercerai dengan isteri kira-kira 3 tahun lalu, kami mempunyai seorang anak perempuan berumur 8 tahun. Bekas isteri telah berkahwin dan saya masih menduda. Sepanjang penceraian saya, setiap bulan saya ada mengirim wang nafkah yang dipersetujui bersama. Tetapi, saya ada mendengar nasihat dari rakan, bahawa saya tidak perlu untuk memberi nafkah lagi, kerana bekas isteri dan anak telah ditanggung oleh suaminya. Boleh ustaz terangkan dengan lebih terperinci samada saya wajib memberi nafkah keatasnya atau tidak? Jawapan : Pemberian nafkah wajib kerana tiga factor; 1. Ikatan perkahwinan 2. Pertalian keluarga 3. Pemilikan (yakni hamba yang dimiliki) Walaupun saudara telah terputus ikatan perkahwinan dengan isteri saudara kerana penceraian, namun pertalian keluarga antara saudara dengan anak-anak saudara tidak pernah putus. Kerana itu, saudara wajib memberi nafkah kepada mereka selagi mereka memerlukan dan mereka tidak mempunyai harta atau pendapatan...

ILMU LADUNI

Soalan : Assalamualaikum ustaz,Harap ustaz sihat di samping keluarga tercinta. Saya ingin mengemukakan satu soalan berkaitan ilmu laduni. Arwah datuk saya pernah memberitahu saya bahawa dia seorang pengamal ilmu laduni. Dia juga ada memberitahu yang dia selalu berhubung dengan wali-wali Allah. Dengan izin Allah dia dapat mengubati ramai pesakit-pesakit yang datang kepadanya.Bolehkah ustaz tolong huraikan apakah ilmu laduni tersebut dan adakah kita dibolehkan menuntut ilmu tersebut atau hanya dianugerah kepada orang yang mempunyai tingkat amalan tertentu sahaja? Terima kasih. Jawapan : Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang. Ia adalah ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah. Firman Allah; وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ الل...

MELEWATKAN SOLAT ISYAK DAN MASA SOLAT TAHAJJUD

Soalan : Assalamualaikum ustaz, Saya sering tidur awal tanpa solat isyak dan saya bangun awal pagi, dalam sekitar pukul 4.30 pagi untuk solat isyak dan terus bersolat tahajud. Saya pernah diberitahu untuk bersolat tahajud, saya perlu solat isyak dan tidur dahulu kemudian bangun semula barulah saya boleh menunaikan solat tahajud, betulkah begitu ustaz dan adakah cara saya melakukan solat isyak beserta solat tahajud itu tidak betul? Jawapan : 1. Sengaja melewat-lewatkan solat isyak hingga melebihi ½ atau 1/3 malam adalah tidak digalakkan kerana sebaik-baiknya solat dilaksanakan di awal waktu. Lagipun, sebahagian ulamak/mazhab ada yang berpandangan; waktu solat isyak tidaklah berterusan hingga masuk subuh, akan tetapi setakat 1/3 atau ½ malam sahaja. Berdasarkan pandangan ini, sesiapa sengaja melewat-lewatkan solat isyak hingga melepasi sepertiga malam atau separuhnya, ia berdosa kecuali kerana suatu keuzuran. (Sila baca lebih lanjut dalam blog ini; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/20...

Solat wanita yang mencukur bulu kening

Soalan; assalamualaikum ustaz...... saya ingin bertanya soal cukur bulu kening. Adakah solat kita sah jika seseorang mencukur @ mencabut bulu kening?sedangkan kita tahu bahawa mencukur @ mencabut bulu kening adalah berdosa disisi Allah S.W.T kerana mengubah ciptaanNya. Jawapan; Jika suatu larangan atau pengharaman berkait secara langsung dengan ibadah iaitu ia menyangkuti rukun ibadah atau syarat-syarat sahnya, maka melakukan larangan tersebut akan menyebabkan batal ibadah. Contohnya, larangan solat di waktu terlarang, larangan solat dalam keadaan berhadas, larangan berpuasa pada hari-hari diharamkan berpuasa, larangan meninggalkan toma'nnah dalam solat dan sebagainya. Jadi, larangan-larangan ini membawa kepada batalnya ibadah jika dilakukan. Namun jika larangan itu di luar dari ibadah, tidaklah ia akan membatalkan ibadah jika dilakukan semasa beribadah, yakni ibadah tetap sah sekalipun larangan itu berdosa. Contohnya ialah mengambil wudhuk dari bekas yang diharamkan (seperti ...

Menamakan anak dengan nama malaikat

Soalan; assalamualaikum ustaz..saya ada 1 kemusykilan. saya bakal menimang anak september nanti. saya bercadang untuk menamakannya mengikut nama malaikat. apakah hukumnya sekiranya menggunakan nama malaikat sebagai nama anak? diharapkan ustaz dapat membantu saya dalam menyelesaikan kemusykilan ini. terima kasih. Jawapan; Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”. Untuk penjelasan lanjut tentang "Panduan memberi nama anak ", sila baca dalam satu lagi blog saya ( http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2009/06/panduan-memberi-nama-anak.html ). Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 14, Kitab al-Adab (bab an-Nahyi ‘an at-Takanni bi abil-Qasim wa Bayani ma yustahabbu minal-...

ISTERI MEMBANTU DUA IBU-BAPA; PERLUKAH IZIN SUAMI?

Soalan; assalamualaikum ustaz, maafkan saya bertanya... apakah hukumnya sekiranya saya memberi duit (nafkah) kepada kedua ibu bapa saya tanpa memberitahu suami. saya berasal dari keluarga susah dan saya merupakan anak sulung. sebelum berkahwin saya banyak membantu keluarga saya. selepas berkahwin suami saya tidak bersetuju saya memberikan duit setiap bulan kepada ibu bapa. katanya kami anak beranak hanya cukup-cukup makan.. suami saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan saya yang banyak menyara keluarga. seperti membayar sewa rumah, pengasuh anak, bil api air, kereta saya, kadang-kadang terpaksa bayarkan ansurans keretanya, duit suami untuk makan minum dan perkara kecil-kecil sahaja.saya tidak mempersoalkan tetapi saya berasa terkilan kerana dia tidak bersetuju saya mengirim duit kepada ibu bapa saya di kampung.(saya terpikir dia takut sekiranya sewa rumah atau apa2 bil tidak terbayar ).oleh yang demikian, saya membantu ibu bapa saya tanpa memberitahunya.apakah penyelesaiannya usta...