Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

FIQH HADIS; SOLAT SUNAT ISYRAQ

SOLAT SUNAT ISYRAQ Sabda Nabi SAW; مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ “Sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit matahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanya seumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586.  Dari Anas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib). Menurut ulamak; solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebaik terbit matahari itu ialah solat sunat isyraq. [1] Namun para ulamak berbeza pandangan dalam menentukan; adakah solat isyraq itu solat tersendiri atau tergolong dalam solat dhuha? 1. Pandangan pertama; ia adalah solat tersendiri, bukan solat dhuha. Dilakukan sebanyak dua rakaat, dengan niat solat sunat isyraq, bermula waktunya sebaik sesudah...

MAKAN SELEPAS WAKTU IMSAK

MAKAN SELEPAS WAKTU IMSAK Soalan; jika saya masih makan ketika waktu imsak telah tiba, adakah puasa saya batal? Jawapan; Waktu mula berpuasa ialah apabila terbitnya fajar sodiq (yakni masuknya waktu solat subuh). Di dalam al-Quran, Allah membenarkan kita untuk makan hinggalah terbitnya fajar (sodiq), setelah itu barulah disuruh memulakan puasa. Firman Allah (bermaksud); “ dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu  fajar (sodiq). Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (datang) malam (iaitu terbenam matahari)…” (surah al-Baqarah, ayat 187). Adapun waktu imsak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama (biasanya 10 minit sebelum masuk waktu subuh) hanyalah tanbih (peringatan) sahaja, iaitu untuk memperingatkan orang yang hendak berpuasa bahawa waktu untuk mula berpuasa sudah amat hampir. Maka orang yang masih menikmati makanan ketika waktu imsak itu tidaklah terbatal puasanya asalkan ia berhenti makan sebelum masuk waktu solat subu...

FIQH HADIS; GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT

GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT Sabda Nabi SAW; مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ “Sesiapa berqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunan at-Tirmizi; 806. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh). Abu Zar RA menceritakan; Nabi SAW bangun beribadah bersama kami pada malam ke 5 (sebelum tamat Ramadhan, iaitu malam ke 25 Ramadhan) hingga ke pertengahan malam. Lalu kami berkata kepada baginda; ‘Wahai Rasul Allah, jika engkau dapat menambah lagi solat bersama kami pada malam ini alangkan baiknya’. Lantas baginda bersabda (kepada mereka); “Orang yang berqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunan at-Tirmizi; 806). Menurut ulamak; hadis ini menjadi dalil bagi kelebihan solat terawih berjamaah, dan galakka...

FIQH HADIS; HUKUM MENDERMA DARAH KETIKA BERPUASA?

Dalam Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ “Nabi SAW berbekam ketika beliau sedang berpuasa” (Soheh al-Bukhari; 1938). Hadis ini menjadi dalil bagi keharusan berbekam ketika sedang berpuasa. Proses bekam melibatkan pengeluaran darah dari badan. Dengan merujuk hukum berbekam itu, para ulamak hari ini mengharuskan orang berpuasa menderma darah atau menjalankan ujian darah kerana ia juga membabitkan proses yang sama (iaitu pengeluaran darah dari tubuh). Namun keharusan tersebut bersyarat, iaitu tidak dikhuatiri tubuh menjadi lemah hingga terpaksa berbuka puasa. Jika ada kekhuatiran tersebut, dilarang berbekam atau menderma darah atau menjalankan ujian darah, kecuali jika darurat (yakni keadaan terpaksa). Dalam Soheh al-Bukhari juga, terdapat hadis dari Tsabit al-Bunani yang menceritakan; pernah ditanya kepada Anas bin Malik RA (sahabat Nabi); ‘Adakah kamu semua (par...

ORANG KOMA & PENGSAN; ADAKAH WAJIB MENGGANTIKAN SOLAT DAN PUASANYA?

Soalan; orang yang pengsan atau koma berhari-hari, adakah dia wajib mengqadha solat dan puasa yang dia tinggalkan semasa sedang koma/pengsan itu? Jawapan; 1. Orang yang sedang dalam koma/pengsan gugur kewajipan ibadat darinya (termasuk solat dan puasa). Adapun tentang qadha, maka bagi ibadat puasa, telah ijmak sekelian ulamak bahawa koma/pengsan tidak menggugurkan kewajipan mengqadha puasa. Maka orang yang tertinggal puasanya kerana koma/pengsan dia wajib mengqadha semua puasa yang ditinggalnya semasa sedang koma/pengsan itu apabila ia sembuh dari sakitnya (yakni tersedar dari koma/pengsannya).  Jika komanya berterusan hingga saat kematiannya, hendaklah digantikan puasanya dengan fidyah sebagaimana sabda Nabi SAW; "Jika seseorang itu sakit dalam bulan Ramadhan, kemudian mati tanpa sempat menggantikan puasanya, maka hendaklah diberi makan (kepada orang miskin) bagi pihaknya dan tidak ada qadha atasnya" (Sunan Abu Daud; 2401, dari Ibnu 'Abbas RA). 2. Adap...

ANAK-ANAK YANG KEMATIAN BAPA; ADAKAH IBU MENANGGUNG ZAKAT FITRAH MEREKA?

Soalan; jika anak-anak telah kematian bapa dan dibela oleh ibu, adakah ibu menanggung zakat fitrah mereka? Jawapan; Zakat fitrah bergantung kepada  nafkah. Siapa menanggung nafkah anak tersebut, dialah yang menanggung zakat fitrahnya. Jaafar bin Muhammad meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Nabi SAW memerintahkan agar dikeluarkan zakat fitrah bagi pihak orang merdeka, hamba, lelaki dan perempuan, iaitu semua orang yang kamu sarai” (Musnad as-Syafiie; 429. As-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 7682. Hadis mursal). [1] Imam Ibnu Qudamah menjelaskan; “Diwajibkan ke atas ibu untuk menafkahi anaknya jika mereka tidak berbapa. Inilah yang menjadi pandangan Imam Abu Hanifah dan as-Syafiie (serta Imam Ahmad)….(Begitu juga) jika bapa susah/miskin, nafkah mereka wajib ditaggung ibu” (al-Mughni, 8/212).. Maka pada ketika nafkah ditanggung oleh ibu, zakat fitrah bagi anak turut ditanggung ibu. Wallahu a’lam. [1] Walaupun mursal, namun disokong oleh hadis-hadis ya...

MAKNA “KEBERKATAN” PADA SAHUR

Soalan; Saya ada mendengar ada hadis berkata; “sahur itu membawa barakah”. Apa maknanya ustaz? Jawapan; Ya, terdapat hadis dari Nabi SAW yang menyebutkan; تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً  “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik RA Bulughul-Maram, hadis no. 616). Perkataan ‘berkat’ atau ‘barakah’ banyak disebut oleh Allah di dalam al-Quran dan juga oleh Nabi SAW di dalam hadis-hadisnya. Dari segi makna bahasa Arab, al-barakah ( البركة ) bermaksud; ziyadah (tambah), numuw (tumbuh), sa’adah (kebahagiaan) dan kathratul-khair (banyak kebaikan). [1] Dari segi makna Syarak, barakah bermaksud terdapatnya limpahan kebaikan Ilahi (Allah) pada sesuatu. Maka suatu yang diberkati bermaksud; suatu yang dilimpahi kebaikan dari Allah. [2] Khusus bagi sahur, menurut Imam Ibnu Daqiq al-‘Id; barakah pada sahur merangkumi aspek ukhrawi dan duniawi; 1.     Aspek ukhrawi (yakni faedah...

ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID?

Apa hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Adakah dilarang sepenuhnya? Atau diharuskan dengan syarat-syarat tertentu? Jawapan; Menurut mazhab Syafiie –sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya Raudhatu at-Talibin-; Diharuskan kepada orang-orang kafir untuk memasuki mana-mana masjid selain Masjidil Haram dan masjid-masjid dalam Tanah Haram, dengan syarat mendapat keizinan dari orang-orang Islam. Tidak harus mereka memasuki Tanah Haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Adapun masjid-masjid selain Masjidil Haram, harus mereka memasukinya dengan keizinan kaum muslimin. Tidak harus tanpa keizinan kaum muslimin mengikut qaul soheh (dalam mazhab Syafiie) ( Rujukan; Raudhatu at-Talibin (Imam an-Nawawi), 1/301). Larangan orang kafir memasuki Masjidil Haram adalah berdalilkan firman Allah; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا “Wahai orang-orang yang beriman! Ses...

ADAKAH PUASA ORANG TAK SOLAT DITERIMA ALLAH?

Soalan;  Orang yang tidak mengerjakan solat lima waktu, bagaimana dengan puasanya? adakah sah? dan adakah diterima Allah? Jawapan; Dari segi ilmu fiqh, ibadah yang dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya, ibadat itu dikira sah (gugur kewajipan dari pelakunya dan tidak perlu lagi diulangi). Namun, ibadat yang sah dari segi fiqh, belum tentu diterima Allah (yakni diberi pahala), kerana di dalam al-Quran dan hadis ada disebutkan factor-faktor luaran yang menyebabkan amalan ditolak (tidak diberi pahala). Sebagai contohnya, Nabi SAW bersabda; مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً “Sesiapa bertemu tukang tilik, lalu bertanyakan sesuatu (dari tilikan), tidak akan diterima solatnya selama 40 malam” (Soheh Muslim; 2230/125. Dari beberapa isteri Nabi RA ). Menurut Imam an-Nawawi; maksud ‘tidak diterima solatnya’ ialah; tidak ada pahala untuknya sekalipun solatnya dikira (iaitu gugur kefardhuan darin...

5 TIP MENCAPAI PUASA YANG SEMPURNA

Soalan; apa kayu ukur bagi puasa saya, adakah ia sempurna atau tidak? diterima Allah atau tidak diterima? Jawapan; Berdasarkan beberapa ayat al-Quran dan hadis, kita dapat menyimpulkan tip-tip (petua) untuk mencapai puasa yang sempurna seperti berikut;   1.       Berpuasalah untuk memenuhi tuntutan iman, bukan hanya kerana adat atau kebiasaan berpuasa. Di dalam al-Quran, sebelum Allah menyuruh kita berpuasa, Dia memanggil kita terlebih dahulu dengan panggilan iman iaitu ‘Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa…” (lihat surah al-Baqarah, ayat 183). Nabi SAW juga bersabda; “Sesiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkan ganjaran (di sisi Allah), akan diampunkan segala dosanya yang lalu” (Soheh al-Bukhari; 38. Dari Abu Hurairah RA). 2.       Berpuasalah dengan mengharap dan menghitung-hitung pahala di sisi Allah. Nabi SAW bersabda dalam hadis tadi; “Sesiapa berpuasa Ramadhan keran...

KADAR MASA SAHUR NABI SAW SEBELUM MASUK SUBUH (berserta AUDIO)

Soalan; berapa kadar masa antara sahur Nabi SAW dan masuk subuh? Jawapan; Terdapat hadis dari Anas RA yang menceritakan; Zaid bin Tsabit RA berkata; "Kami bersahur bersama Nabi SAW, kemudian kami mengerjakan solat subuh". Aku (yakni Anas RA) bertanya; "Berapa jarak masa antara azan subuh dan bersahur itu?". Zaid menjawab; "Kadar 50 ayat (al-Quran)" (Soheh al-Bukhari; 1921). Menurut ulamak; maksud kadar '50 ayat al-Quran' ialah; kadar membaca 50 ayat yang sederhana panjang, dengan kadar bacaan yang sederhana pula (tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat), iaitu kira-kira 5-10 minit sebelum subuh. Imam Ibnu Hajar menyebutkan dalam kitabnya Fathul Bari; (قدر درجة أو ثلث خمس ساعة), iaitu kira-kira 4 minit (Fathul Bari, syarah hadis ke 1921). Menurut Syeikh Bin Baz; 5-10 minit. Menurut Syeikh Ibnu Uthaimin; kira-kira 6 minit (berdasarkan pembacaannya sendiri bagi 50 ayat tersebut). Wallahu a'lam. Tambahan; dengar rakaman audio; (...

SUAMI MELARANG ISTERI BERBAKTI KEPADA DUA IBU-BAPA? (AUDIO)

Soalan; adakah isteri wajib mentaati arahan suami agar jangan berbakti atau berbuat baik kepada dua ibu-bapanya? Jawapan;

11 PERSOALAN TENTANG SOLAT QASAR (AUDIO)

1.   Apa   maksud   Qasar? 2.   Solat   apa   yang   boleh   diqasarkan? 3.   Apa   hukum   mengqasarkan   solat   ketika   musafir? 4.   Mana   baik   antara   qasar   dan   tamam? 5.   Apa   jenis   musafir   yang   mengharuskan   qasar? 6.   Berapa   jarak   musafir   yang   mengharuskan   qasar? 7. Di   mana   kita   boleh   mula   mengqasarkan   solat?   Adakah   boleh   mengqasarkan   solat   siap-siap   di   rumah   sebelum   keluar   bermusafir? 8.   Bolehlah   solat   qadha   diqasarkan? 9.   Berapa   tempoh/hari   dibolehkan   mengqasarkan   solat? 10.   Bila   masa   hendak   berniat   qasar? 11.   Adakah   dibolehkan   melakukan   solat...