Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

ADAKAH MEREKA SYAHID?

Soalan; Dah hampir 3 minggu cerita tentang hukumam mati Imam Samuder, Amrozi dan Muklaz.... dari pengamatan saya melalui laman web, mencari cerita tentang mereka... kematian meraka.... ditanggisi oleh ratusan ribu umat islam islam Indonesia... tanda2 kematian meraka memang seperti mati syahid seperti yang diceritakan oleh meraka...1. Apakah mereka syahid dan jalan perjuagan yang mereka ambil itu betul pada pandangan Islam?2. Mufti Perlis tidak bersetuju jalan mereka ambil....dan malah megambil CONTOH yahudi dalam membangun.... mereka tidak megebom... dan megambil contoh kekuatan ekonomi yahudi jalan yang sepatutnya diambil.... saya cukup tidak puas hati dengan kenyataan beliau Dlm berita Astro Awani, tanpa ambil kira sensitiviti umat Islam. Apa pandangan Ustz? Jawapan; 1. Sebutan syahid yang diberikan oleh kaum muslimin kepada mana-mana tokoh (seperti asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, as-Syahid Sayyid Qutb dan sebagainya) hanyalah sebagai doa untuk mereka, yakni semoga Allah mengurniaka...

MEMBAYAR ZAKAT KEPADA ADIK-BERADIK DAN KEPADA ISTERI

Soalan; ust, saya ada dua soalan: 1- Bolehkah bayar zakat kepada sanak saudara yang hampir seperti adik beradik sendiri? 2- Bolehkah ister bayar zakat kepada suami atau sebaliknya? Jawapan; Menurut pandangan yang paling masyhur di kalangan ulamak; orang-orang yang wajib kita menanggung nafkah mereka, tidak harus kita memberi zakat kita kepada mereka. Menurut mazhab Syafi’ie; orang-orang yang wajib dinafkahi terdiri dari; 1. Zuriat kita; merangkumi anak, cucu dan cicit. 2. Asal kita; merangkumi bapa, ibu, datuk, nenek dan sebagainya 3. Isteri Ahli-ahli keluarga di atas tidak harus kita memberi zakat kepada mereka. Adapun ahli-ahli keluarga yang lain yang tidak wajib kita menanggung nafkah mereka seperti saudara-saudara (yakni adik, abang atau kakak), bapa saudara, ibu saudara, anak saudara dan sebagainya harus kita memberi zakat kita kepada mereka dengan syarat mereka termasuk dalam lapan golongan yang layak terima zakat. Sila baca juga jawapan saya sebelum ini; ( http://ilmudanulamak.b...

HUKUM KENDURI BERSUNAT

Soalan; ustad, saya ingin melakukan majlis berkhatan untuk dua orang anak lelaki saya yang berusia 6 dan 4 tahun pada akhir tahun ini, adakah kita diwajibkan buat kenduri. Jika ya saya ingin tahu bila kenduri tu harus dibuat sebelum atau hari keberapa khatan? Saya juga tidak pasti adat atau cara untuk kita melakukan khatan tolong terangkan pada saya ustad. Jawapan; Melakukan kenduri sempena khatan anak tidaklah wajib. Menurut mazhab Syafi'ie; semua jenis kenduri -selain kenduri kahwin- hukumnya sunat sahaja, tidak wajib. Adapun hukum kenduri kahwin, terdapat khilaf di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie sendiri; ada yang kata wajib dan ada yang kata sunat sahaja. Yang rajih ialah sunat. Hukum memenuhi jemputan kenduri pula; bagi kenduri kahwin hukumnya adalah wajib. Adapun kenduri-kenduri yang lain, hukum sunat sahaja. Wallahu a’lam. Rujukan; 1. Kifayatul-Akhyar, hlm. 374.

MAKNA TOMANINAH

Soalan; ustaz,saya ingin bertanyakan tentang tomaninah ustaz.boleh ustaz tolong jelaskan lebih teperin ci apakah itu tomaninah.? Jawapan; Tomaninah bermakna memastikan diri tetap, tenang dan tidak tergesa-gesa dalam sesuatu posisi solat sebelum berpindah ke posisi yang lain. Dalam pengertian lain; tomaninah ialah memastikan anggota-anggota badan yang terbabit berada tetap dalam posisinya sebelum berpindah ke rukun yang lain. Contohnya; tomaninah ketika sujud ialah dengan memastikan angota-angota sujud iaitu dahi (beserta hidung bagi sebahagian ulamak), dua tangan, dua lulut dan dua kaki (yakni hujung-hujung jarinya) berada tetap di atas lantai sebelum bangkit dari sujud itu. Sekurang-kurang kadar masa bagi tomaninah ialah kadar masa sekali tasbih. Hukum tomaninah adalah wajib semasa ruku’, I’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Sabda Nabi s.a.w. (tatkala baginda mengajar solat kepada seorang lelaki yang salah dalam mengerjakan solatnya); “…..kemudian (setelah membaca al-Quran) ruk...

BILA WAJIB TUNAI NAZAR?

Soalan; Soalan saya; 1: Berapa lamakah nazar perlu disempurnakan selepas hajat diperkenankan? 2: Apakah syarat2 untuk menukar bayaran nazar kepada sama nilai? Huraian kes: Saya pernah bernazar dengan jelas apa yg perlu saya tunaikan sekiranya hajat saya tercapai iaitu: 1. Bayaran tambahan kepada tukang urut sebanyak RM50 (telah ditunaikan) 2. Belanja makan kepada kawan yg recommend tukang urut 3. Sedekah kepada madjid tertentu (nama masjid dirahsiakan) 4. Hasil tambah perkara ke-2 dan ke-3 ialah RMXXX. Bermakna, jika belanja makan bersamaan RM100, maka saya akan sedekahkan kepada masjid tersebut sebanyak RMXXX - RM100. Beberapa bulan selepas berubat, sakit tu semakin sembuh. Jadi saya pun bayar laa tambahan RM50 kepada tukang urut. Tapi disebabkan kesempitan wang, saya tangguh dulu perlaksanaan perkara 2 dan 3. Sekarang ekonomi dah stabil balik tetapi saya agak keberatan (tidak selesa) utk menunaikan perkara ke-2 disebabkan hubungan kami tidak laa terlalu rapat (ada laa kes). Jadi bole...

MASALAH KHATAN DAN NIFAS

Soalan; Saya ada soalan berkaitan dengan berkhatan dan nifas. 1)Apakah hukum berkhatan keatas kaum perempuan dan bilakah waktu/umur yang sesuai melaksanakannya?Seperti bayi perempuan baru lahir pada usia berapa yang sesuai berkhatan?Bagaimana pula dengan saudara baru? 2)Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan perempuan ketika dalam nifas?Perlukah mereka menggantikan solat tersebut selepas suci dari nifas sepertimana menggantikan puasa dibulan ramadhan? Terima kasih.... Jawapan; 1. Hukum berkhatan bagi wanita telah saya jawab sebelum ini. Sila baca di; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/12/hukum-berkhitan-atau-bersunat-bagi-anak.html ). Mengenai waktu berkhatan, jumhur (majoriti) ulamak berpandangan; tidaklah ditetapkan waktu tertentu dan tidaklah wajib berkhatan semasa kecil. Ini kerana Nabi Ibrahim sendiri berkhatan ketika berumur 80 tahun (Riwayat Imam al-Bukhari). Namun jika seorang bayi dapat dikhatankan ketika masih kecil itulah yang paling baik. Paling baik lagi ialah dik...

SOLAT MUSAFIR KETIKA BALIK KAMPUNG

Soalan; ust. saya ada 1 soalan.1. saya kerja di K.L dan balik kg di kelantan. saya cuti beberapa hari dikelantan boleh tak saya jamak sembahyang. Jawapan; Jika saudara telah bermastautin (yakni tinggal menetap) di Kuala Lumpur, haruslah saudara melakukan solat musafir (jamak dan qasar) apabila saudara keluar bermusafir dari tempat tinggal saudara itu jika jaraknya melebihi jarak yang mengharuskan solat musafir iaitu dua marhalah (atau 85-90km) mengikut jumhur ulamak. Untuk keterangan lanjut, sila baca jawapan saya sebelum ini di; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/jarak-untuk-harus-solat-qasar-dan-jamak.html ), ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/tempoh-harus-solat-musafir.html ) dan ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/10/solat-musafir-ketika-balik-kampung.html ). Wallahu a'lam.

DIVIDEN KWSP UNTUK BAYAR HUTANG PTPTN

Soalan; Bolehkah saya menggunakan duit riba ( dividen) dari simpanan KWSP saya untuk membayar duit pinjaman PTPN yang juga ada unsur riba.contoh : duit simpanan pokok saya dalam KWSP - RM10 000duit dividen KWSP ( keuntungan dari perniagaan yang tidak jelas halal/haramnya) - RM 5000jumlah simpanan dalam KWSP - RM 15 000pinjaman PTPN yang asal ( pokok) - RM 10 000caj 1% yang dikenakan ( duit riba) - RM 7000Jumlah yang perlu dibayar RM 17 000 Jadi saya mengunakan wang RM 5000 dari dividen KWSP untuk membayar RM 7000 tersebut. Manakala jumlah yang tidak cukup ( RM 2000) saya guna duit saya sendiri.Apakah ini dibenarkan? Kerana setahu saya duit riba hanya dibenarkan untuk digunakan untuk kemaslahatan umum seperti membina jalan raya. Tetapi dalam kes saya ini, saya tidak berniat untuk terlibat dalam riba. PTPTN diambil untuk membiayai pelajaran di universiti, manakala KWSP adala skim wajib untuk pekerja. Setelah sah dalam jawatan, saya dibenarkan memilih skim pencen & berhenti menyertai...

MENJADI IMAM BERMAKMUMKAN KANAK-KANAK

Soalan; Ustaz, kebiasaanya saya menunaikan solat secara jemaah bersama-sama isteri saya. Anak-anak saya yang berumur 8, 7 dan 3 tahun juga solat bersama sebagai satu bentuk latihan untuk mereka. Memandangkan isteri saya sekarang tidak berada bersama saya dan anak-anak kerana berkursus, apakah niat yang betul buat saya? Adakah saya kena berniat sebagai seorang imam ataupun niat solat bersendirian kerana walaupun anak-anak saya ikut solat bersama tetapi mereka belum lagi pandai menunaikan solat mengikut cara-cara yang betul? Terima kasih. Jawapan; Dalam sebuah hadis, Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; “Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteri Nabi s.a.w.). Tiba tengah malam, Rasulullah s.a.w. bangun melakukan solat malam. Aku pun turut melakukan solat bersama beliau dengan berdiri di sebelah kirinya. Lalu baginda memegang kepalaku dan mengalihkanku ke sebelah kanannya” (Riwayat Imam al-Bukhari, Muslim dan ulamak-ulamak lain). Dalam satu riwayat terdapat lafaz tambahan; “Aku pada...

WITIR SEBELUM TIDUR

Soalan; ustaz..saya nak tanya tentang solat witir..adakah kita perlu lakukan solat witir sebelum tidur? Jawapan; Waktu solat witir ialah selepas solat Isyak hinggalah azan subuh. Ia harus dilakukan di awal malam (sebelum tidur) atau di hujungnya (selepas bangun dari tidur). Bagi orang yang khuatir tidak terbangun di hujung malam, disunatkan ia menyegerakan witir di awal malam. Bagi orang yang yakin akan bangun, sunat ia menangguhkan witirnya ke hujung malam. Abi Qatadah r.a. menceritakan; Nabi s.a.w. bertanya Abu Bakar r.a.; “Bila masanya kamu melakukan solat witir?”. Jawab Abu Bakar; “Sebelum saya tidur”. Baginda bertanya pula kepada Umar; “Bila kamu melakukan witir?”. Jawab Umar; “Saya tidur terlebih dulu, kemudian baru saya lakukan witir (yakni selepas bangun)”. Lalu baginda berkata kepada Abu Bakar; “Kamu telah melakukannya dengan mengambil kepastian (yakni berjaga-jaga takut tidak terbangun)”. Kepada Umar pula, baginda berkata; “Kamu telah melakukannya dengan kekuatan (yakni deng...

WAKTU AKHIR SOLAT ISYAK

Soalan; USTAZ, SAYA INGIN BERTANYA BILAKAH SEBENARNYA HABIS WAKTU SOLAT ISYAK? KATAKAN SAYA DENGAN SENGAJA ATAU TAK SENGAJA BANGUN SEBELUM JAM 5 PAGI ATAU PUN SEBELUM MASUK WAKTU SUBOH DAN MENGERJAKAN SOLAT ISYAK, ADAKAH SAH SOLAT SAYA TERSEBUT? HARAP DAPAT USTAZ BERIKAN PENJELASAN DENGAN DISERTAKAN DENGAN HADIS-HADIS YANG BERKAITAN DENGAN PERSOALAN INI. SEKIAN DAN TERIMA KASIH ATAS PENJELASAN YANG AKAN USTAZ BERIKAN. Jawapan; Masuk waktu isyak ialah dengan hilangnya mega merah di ufuk barat (yang menandakan tamatnya waktu solat maghrib). Berakhirnya pula ada dua pandangan di kalangan ulamak; Pertama; sebelum berakhir sepertiga malam. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Syafi’e dan Imam Ahmad dan segologan ulamak yang lain. Kedua; sebelum berakhir separuh malam. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Abu Hanifah. Pandangan pertama berdalilkan hadis dari Buraidah r.a. yang menceritakan penjelasan amali (praktikal) Rasulullah s.a.w. tentang waktu solat. Mengenai solat Isyak, Buraidah r.a....

MENJAMAK SOLAT KE TEMPAT KERJA

Soalan; ustaz, saya dah bc tulisan ustaz dalam soal jawab agama tuh. macamana pula kalau orang yg mengambil nas kedua (b)? apakah boleh untuk perjalanan pergi dan balik kerja(rutin harian)? saya inginkan kepastian sebab ramai dah di kalangan warga kerja kota kini menjadikan ia sesuatu kebiasaan. alasannya perjalanan lama(jem) dan pergi kerja juga satu ibadah. (spt yg dimaksudkan hadis berpergian atas tujuan yg baik). adalakah ini di bolehkan ustaz? Semoga jawapan ustaz memberi penyelesaian agar kegusaran ini dapat diatasi. terima kasih. Jawapan; Menjamak (menghimpunkan) solat ketika dalam negeri (yakni tidak bermusafir) tidak harus dijadikan kebiasaannya. Ia diharuskan ketika ada suatu desakan kepayahan/desakan sahaja mengikut pandangan ulamak yang membenarkannya. Oleh itu, tidak harus menjamakkan solat itu dijadikan rutin harian setiap kali hendak keluar bekerja, sebaliknya ia hendaklah dilihat kepada ada atau tidaknya masyaqqah (kepayahan) yang memaksa untuk berbuat demikian. Kesesak...

SOLAT JAMAK KERANA KEPAYAHAN

Soalan; ustaz, saya berada di australia dan adalah agak sukar utk mencari tempat ibadah di sini yg telah menyebabkan saya terlewat solat sehingga ke hujung waktu. Adakah boleh utk saya melakukan jamak jika berada di dalam keadaan yg sedemikian? situasinya adalah saya keluar dari tempat penginapan lebih kurang pukul 10:45(zuhur disini masuk dlm pukul 1:05) dan keluar utk membeli barang keperluan yang lebih kurang sejam perjalanan dari tempat kediaman. Sepanjang berada di tempat membeli barang-barang keperluan tersebut(yg tiada disediakan tempat utk solat),sebelum saya balik ke tempat kediaman,waktu sudah menunjukkan pukul 4:10 ptg(asar masuk waktu pada 4:49). Saya berada dalam keadaan 50:50 samada utk meneruskan perjalanan pulang atau pun berniat utk melakukan jamak. Saya kemudiannya mengambil keputusan utk bergegas pulang dan hanya sempat melakukan solat pada pukul 4:53 ptg. Soalan saya ialah, adakah kita boleh melakukan jamak jika berada di dalam keadaan tersebut (sayatelah tinggal l...

NIAT KORBAN

Soalan; Saya telah niat untuk memberi korban selagi saya mampu untuk keluarga saya(iaitu anak-anak saya suami dan juga diri saya sendiri). Soalan saya bagaimana cara untuk saya niat...dan ketika melakukan korban saya selalu diminta memberikan nama orang yang kita nak bagi korban itu. Nama siapakah yang harus saya bagi sebab mereka cuma minta nama seorang saja ketika hendak menyembelih. Jawapan; Dinisbahkan kepada sebuah rumah/keluarga, korban adalah sunat kifayah dengan pengertian kalau seorang daripada anggota rumah/keluarga telah menjalankan korban maka terhasillah sunat korban tadi bagi semua anggota keluarga. Berkata Imam ar-Rafi’ie; “Seekor kambing tidak boleh dijadikan korban melainkan untuk seorang sahaja. Namun jika seseorang melakukan korban dengannya bagi pihak ahli keluarganya, maka terhasillah syi’ar dan sunnah bagi sekelian mereka”. [1] Ini berdalil kepada hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Nabi s.a.w. menyembelih korban dengan dua ekor biri-biri dan baginda ber...

SOLAT MUSAFIR KETIKA BALIK KAMPUNG

Soalan; ustaz, saya ada 2 soalan:- 1. Sekiranya saya balik ke kampung mentua (kampung suami) yang jaraknye melebihi 2 marhalah boleh atau tidak sy solat jamak dan qasar ketika berada di situ..dan berapa hr yang sy blh jamak? setahu sy ada 2 pendapat yang mengatakan boleh dan ada yang kata tidak boleh.....minta utz untuk kemukakan 2 pendapat ini dan yang manakah yang terbaik utk dilakukan. 2. Adakah suami saya boleh jamak dan qasar ketika pulang ke kampungnya itu? Terima kasih Jawapan; Jika kita berasal di satu tempat, kemudian kita berpindah darinya dan tinggal/mustautin di tempat yang lain, merujuk kepada amalan Nabi s.a.w. harus kita melakukan solat musafir (yakni jamak dan qasar) tatkala kita bermusafir ke tempat asal kita jika jaraknya melebihi dua marhalah dari penempatan baru kita. Sedia dimaklumi bahawa Nabi s.a.w. berasal dari Mekah, kemudian berhijrah ke Madinah. Hadis-hadis Nabi s.a.w. menceritakan bahawa tatkala baginda bermusafir ke Mekah, baginda melakukan solat musafir k...

PERKAHWINAN ANTARA ADIK-BERADIK

Soalan; saya pernah membaca buku soal jawab berkenaan hukum perhubungan adik beradik tiri dibolehkan syarak berkahwin kerana berlainan bapa.Setelah sekian lama, kawan saya mengutarakan perkara yang sama dan jawapan yang diberikan saya adalah sah. Berlaku perbezaan pendapat antara saya berdua. Walaupun ibu dan susu yang sama, tetapi berlainan bapa. Sila ustaz jelaskan supaya saya berada dilandasan yang sebenarnya. Sekian, terima kasih. Jawapan; Tidak harus berkahwian sesama adik-beradik sama ada seibu-sebapa, sebapa sahaja atau seibu sahaja kerana antara satu sama lain adalah mahram muabbad (yakni orang yang haram dikahwini buat selama-lamanya). Firman Allah (bermaksud); “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu , dan ibu-ibu saudara kamu (di pihak bapa), dan ibu-ibu saudara kamu (di pihak ibu), dan anak-anak perempuan bagi saudara lelaki kamu, dan anak-anak perempuan bagi saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu y...

MASALAH HAKCIPTA

Soalan; ustaz, saya pernah terbaca dari satu web menjelaskan penggunaan komputer yang menggunakan windows tiruan adalah haram kerana melanggar undang-undang hakcipta walaupun terhadap orang bukan Islam. Bagi juruteknik yang mengambil upah untuk meng"install" perisian windows tiruan juga dikatakan haram untuk mengambil upahnya walau untuk menampung kos bil elektrik.Walaubagaimanapun, web tersebut juga menjelaskan Islam memberi kebenaran dalam kes ini terhadap pelajar yang ingin belajar dan tidak mampu untuk membeli perisian yang original. Soalan saya, 1) Benarkah apa yang didakwa oleh pemilik web tersebut yang mengatakan haram untuk memakan hasil keuntungan terutamanya bagi siber kafe dan juruteknik komputer yang menjalankan bisnes mereka? 2) Jika benarpun haram, adakah juruteknik komputer yang mengambil upah untuk meng"install" windows tiruan kepada seorang pelajar yang tidak mampu untuk membeli perisian yang original, juga hukumnya haram? ini kerana saya juga perna...

QADHA PUASA DAN FIDYAH UNTUK SI MATI

Soalan; ustaz, saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan kita boleh menqadakan puasa ahli keluarga kita yang telah meninggal. Soalan saya ialah :- 1. Bolehkan kita menqada puasa untuk ahli keluarga yang telah meninggal? 2. Saya tidak pasti selama berapa hari arwah meninggalkan puasa ketika masih hidup dan sejak bila dia tidak berpuasa. Bagaimankah harus saya menqadakan puasa tersebut untuk arwah? 3. Saya telah meninggalkan puasa kerana datang haid dan saya ingin menqada puasa yang telah saya tinggalkan. Bolehkan saya berniat qada untuk diri saya dan niat qada untuk arwah secara serentak " Sahaja aku qada ramadhan untuk diri ku serta arwah datukku, fardhu atas aku kerana Allah Ta'ala" 4. Bagaimana pula dengan fidyah bagi orang yang telah meninngal? Bolehkan fidyah puasa saya dibayar serentak dengan fidyah arwah? Jika fidyah yang harus saya bayar ialah 1330 cupak beras untuk diri saya dan katakanlah fidyah arwah ialah 100 cupak beras untuk dirinya, bolehkan saya membay...

SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG

Soalan; ustaz, apakah perbezaan solat dalam kenderaan dan solat hormat waktu. Saya sering keluar negara dengan menaiki kapalterbang dan saya bersolat ketika saya yakin waktu solat telah masuk dengan cara duduk di atas tempat duduk penumpang (mengikut arah perjalanan kapal terbang). Selalunya saya buat secara jamak & qasar. Saya berpendapat yang saya dalam keuzuran dan tidak mampu melakukan solat secara sempurna. Tetapi saya terbaca dalam satu artikel bahawa sembahyang seperti itu cuma dikira sebagai solat menghormati waktu yang mana solat itu perlu dilakukan semula setelah perjalanan selesai. Jika demikian adakah saya perlu saya meng'qada' semua solat itu semua?Sekian, terima kasih. Jawapan; Orang berada di atas kapal laut, kapal terbang, keretapi dan sebagainya, jika ia dapat turun atau berhenti, wajiblah ia turun atau berhenti untuk menunaikan solat. Jika tidak, hendaklah ia menunaikan solat di atas kenderaan-kenderaan itu jika dibimbangi akan habis waktu jika ditunggu hi...

WAKTU MULA PUASA DAN BERBUKA

Soalan; saya menemui artikel ini di internet. boleh ustaz jelaskan. "Quran mengajar umat Islam berpuasa dari permulaan waktu fajar hingga masuk waktu malam. Akan tetapi mereka yang menuruti ajaran ulama berpuasa dari waktu subuh hingga ke waktu maghrib. Kedua-dua waktu ini dengan sebutan namanya saja menunjukkan kelainan dengan waktu fajar dan malam seperti yang diajar oleh Tuhan. dengan itu, puasa bermula pada waktu fajar dan berakhir kira-kira 15 - 20 minit selepas masuk waktu "maghrib" iaitu apabila sudah gelap malam (lail). Contoh puasa sunat rekaan ulama adalah "puasa enam" pada bulan Syawal". terima kasih Jawapan; Kalau tidak silap saya, pandangan tersebut terbit dari Syiah atau golongan anti hadis. Dari sudut ilmu, pandangan itu jelas batil. Ketetapan waktu puasa yang bermula dari waktu mula subuh hingga terbenam matahari bukan mengikut ajaran ulamak –sebagaimana di dakwa itu- tetapi mengikut petunjuk hadis Nabi s.a.w.. Imam al-Bukhari dan Muslim me...

ZAKAT FITRAH ORANG TIDAK MAMPU

Soalan; ustaz, ni nak tanya sikit,apa hukum zakat fitrah bagi orang yang bekerja tapi tak mampu nak bayar zakat fitrah sebab duit gaji dia dah habis bayar hutang?adakah wajib dia membayar?lagipun bukan kah dia tu tergolong didalam orang yang miskin maksudnya kan ada dalam pengertian orang yang miskin tu adalah dia bekerja tetapi pendapatan dia tak sampai setengah dari keperluannya sekeluarganya ataupun cukup untuk menanggung perbelanjaan nya sekeluarga.bukan kah macam tu?jadi sekiranya dia betul2 tak ada duit ada duit pun kena kasi bukan dia yang punya hasil titik peluh ertinya tak wajib lah dia membayar zakat tu kan?berdosa kah dia?boleh terangkan sikit ustaz... Jawapan; Antara syarat wajib zakat fitrah ialah mampu. Maksud mampu ialah mempunyai lebihan harta pada malam hari-raya dan juga siangnya setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya (termasuklah binatang peliharaannya); meramgkumi belanja makanan, pakaian, sewa rumah dan juga huta...

MENYENTUH IBU TIRI

Soalan; ustaz, saya ingin tahu hukum wuduk apabila berlaku persentuhan antara ibu tiri dengan anak lelaki tiri yang sudah baligh. Terima kasih. Jawapan; Antara ibu tiri dan anak tiri adalah mahram muabbad (yakni haram berkahwin buat selama-lamanya) kerana Allah berfirman (bermaksud); “Dan janganlah kamu berkahwin (dengan wanita-wanita) yang pernah dinikahi oleh bapa-bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan)” (an-Nisa’; 22). Kerana itu, kedudukan antara mereka berdua (yakni ibu tiri dan anak tiri) sama seperti sesama mahram yang lain, yakni harus berduaan jika aman fitnah, harus membuka aurat (dalam batasan yang diharuskan di hadapan mahram), harus bersalaman tanpa berlapik dan tidak batal wudhuk apabila bersentuhan. Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Rusyhd, juz. 2, kitab an-Nikah.

MEMOHON MAAF

Soalan; ustz, sy telah menegur seorg tu kerana telah melakukan kemaksiatan, dan akibat drpd teguran itu membuatkan dia marah pada sy sehingga tidak bertegur sapa.. sy pun tak tahu di mana silap saya.. sy pun mengambil keputusan untuk meminta maaf pada nya, Alhamdulillah, dia kate dia maaf kan tapi, dia tak akan dapat lupakan apa yang berlaku (teguran sy tentang kemaksiatan yg dilakukan).. begitu juga yang berlaku kepada sahabat2 sy yg menegur nya.. soalan nya, bagaimana permohonan maaf sy padanya? adakah telah selesai permasalahn kami atau belum? Jawapan; Kita wajib memohon ampun kepada seseorang jika kita melakukan kesalahan kepadanya sama ada kesalahan berkait dengan lidah (mengumpat, memfitnah dsbnya), mencederakannya, merampas/mencuri hartanya dan sebagainya. Memohon maaf adalah dengan mengakui kesilapan, menyerah diri kepadanya, meminta keredhaannya, membersihkan namanya atau mengembalikan haknya jika bersangkutan dengan harta dan sebagainya. Jika kita telah melakukan apa yang ter...

LAFAZ SYAHADAH

Soalan; ustaz, saya ada soalan berkenaan dengan lafaz syahadah. Bagaimanakah pembacaan lafaz syahdah yang betul pada sebutan Muhammada Rasulullah (baris fathah) atau Muhammadur Rasulullah (baris dommah)?. Hal ini kerana pernah mendengar sesetengah orang membaca dengan fathah dan ada membaca dengan dommah..harap Ustaz dapat memberi penjelasan kepada saya yang kurang ilmu ini... Terima kasih dan semoga bertambah ilmu. Jawapan; Jika dimulai dengan Asyhadu Anna..., maka di baca fathah, yakni "Asyhadu Anla Ilaha Illallah wa Asyhadu Anna Muhammadar-Rasulullah. Jika tanpa Asyhadu Anna, maka dibaca dhammah, yakni "Lailaha Illallah, Muhammadur-Rasulullah". Wallahu a'lam.

MENCUKUR BULU DI KAKI

Soalan; Uztaz, saya inginkan penjelasan tentang apa hukum sekiranya seorang perempuan itu mencukur bulu kakinya? adakah itu haram? saya pernah terbaca di internet sebelum ini yang mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki. adakah itu benar, uztaz?? Untuk pengetahuan uztaz saya ada seorang kawan yang telah pun mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis sabun/ubat yang pernah diperkenalkan melalui iklan di televisyen (Veet). terima kasih, uztaz. Jawapan; Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempua...

TERSARUNG KASUT KULIT BABI

Soalan; ustaz, semasa saya membeli-belah dan mencuba-cuba kasut (semasa di luar negeri), saya dengan tidak sengaja mencuba kasut yang diperbuat kasut babi. Ada jurujual yang bukan Islam yang menyedari saya telahpun menyarung kasut itu, dengan segera memberitahu kasut itu diperbuat dengan kulit babi. Saya dengan serta-merta melepaskan kasut itu dan melihat kotak kasut itu dan sahih ia diperbuat dari kulit babi. Sekarang saya lebih berhati-hati apabila mencuba kasut-kasut dikedai. Namun persoalannya sekarang ustaz, wajibkah saya mencuci kaki saya dengan 7 baldi air dimana 1 dilarutkan dengan tanah? Apakah hukumnya selama ini saya tidak menyegerakan cucian kaki saya itu? (Adapun pada masa itu saya tidak tahu bagaimana cara mencuci kaki dengan 7 baldi air itu dan meragui tentang perlunya) Sahkah solat2 saya selama ini? Tolong juga memperjelaskan tentang cara-cara menyucikan diri dengan kaedah yang disebut dan perkara yang menyebabkan perlunya cucian itu. Mudah-mudahan Allah memberkati Ust...

DAGING KORBAN DAN AQIQAH

Soalan; ustaz, soalan saya berkenaan Daging Aqiqah dan Daging Korban:- 1)Manakah lebih baik dan lebih afdhal samaada kita sedekahkan daging tersebut secara mentah-mentah atau kita masak terlebih dahulu dan beri makan kepada mereka yang berhak (buat kenduri) 2) Adakah boleh orang bukan islam makan Daging Aqiqah / Daging Korban ( mereka hadir dalam majlis kenduri dan makan makanan tersebut ) Terima Kasih Ustaz Jawapan; 1. Bagi daging korban, sunat diagihkan dalam keadaan mentah. Jika hendak disedekahkan (atau dihadiahkan) setelah dimasak adalah harus. Cuma bahagian yang wajib disedekah kepada fakir miskin, hendaklah disedekahkan kepada mereka dalam keadaan mentah. [1] Adapun bagi daging aqiqah, sunat dimasak [2] iaitu disedekahkan (atau dihadiahkan) dalam keadaan telah dimasak, bukan dalam keadaan mentah sebagaimana daging korban. Masakan pula disunatkan yang manis sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan baik) agar bayi yang dilahirkan itu akan manis/elok akhlaknya. Harus sama ada he...

SOLAT TASBIH DI MALAM HARI RAYA

Soalan; ustaz, berkenaan solat sunat tasbih, adakah dituntut dilakukan pada malam raya? Dan adakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa tiada sebenarnya solat ini dalam pengamalan rasulullah? Jawapan; Tidak ada solat sunat yang disyariatkan secara khusus untuk malam hari raya. Apa sahaja ibadah yang telah disyariatkan secara umum –iaitu solat tahajjud, zikir, selawat, bacaan al-Quran, majlis ilmu dan sebagainya- harus kita lakukan untuk menghidupkan malam hari raya untuk memperolehi kelebihan yang disebut oleh hadis; “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) [1] Mengenai solat Tasbih, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada bapa saudaranya al-‘Abbas; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu sepuluh kelebihan jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan ...

FADHILAT MENGHIDUPKAN MALAM HARI RAYA

Soalan; ustaz, benarkah hadis yang berbunyi lebih kurang "Barang siapa yang menghidupkan ( seperti bertasbih, bertahmid dan bertahajjud) pada dua malam hari raya (eid fitri dan eid adha) akan dihidupkan hatinya ketika mana hati-hati lain mati". Jawapan; Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda; مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) [1] Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupk...

PERKUBURAN AL-MA'LA DAN AL-BAQI'

Soalan; ustaz, adakah ada hadis yang menyatakan kelebihan keatas mayat yang ditanam di Ma'la (perkuburan di Mekah) dan juga Baqi' (perkuburan di Madinah)? Jawapan; Terdapat beberapa hadis menyebutkan kelebihan tanah perkuburan al-Ma’la di Mekah, namun menurut ulamak hadis; kesemuanya adalah dhaif termasuk hadis; نعم المقبرة هذه “Sebaik-baik tanah perkuburan ialah yang ini (baginda maksudkan al-Ma’la di Mekah)” (HR Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.) Di antara yang dikebumikan di situ ialah isteri Nabi; Saidatina Khadijah. Berkenaan perkuburan al-Baqi’ (perkuburan sahabat di Madinah), terdapat hadis-hadis soheh menerangkan bahawa Nabi s.a.w. selalu menziarahinya dan mendoakan keampunan Allah untuk penghuninya. Di antaranya, hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. setiap kali bermalam di rumahnya, baginda akan keluar menuju ke perkuburan al-Baqi’ pada saat hujung malam dan baginda mengucapkan; السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ، وَأتاكُمْ ...

KELUAR MANI SEMULA SELEPAS MANDI

Soalan; ustaz, saya ada satu soalan untuk ditanyakan kepada ustaz. Soalannya; selepas kita mandi hadas besar dan didapati terdapat lagi lebihan air mani pada kemaluan walaupun semasa mandi tadi kita telah bersihkan kemaluan kita berkali-kali. Adakah perlu kita mandi sekali lagi harap ustaz dapat memberikan jawapannya. Sekian terima kasih Jawapan; Jika selepas mandi hadas besar, air mani keluar semula dari zakar, adakah kita perlu mandi semula? Para ulamak berikhtilaf dalam masalah tersebut; 1. Menurut mazhab Syafi’ie; wajib diulangi semula mandi kerana perkara yang mewajibkan mandi –iaitu keluar mani- telah berlaku semula. Pandangan ini berdalilkan makna umum sabda Nabi s.a.w.; “Air (yakni mandi) adalah dari kerana air (yakni keluar mani)” (HR Imam Muslim dari Abi Said al-Khudri r.a.). 2. Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad (berdasarkan riwayat yang masyhur darinya); tidak wajib diulangi semula mandi. Yang wajib ialah mengambil wudhuk sahaja. 3. Menurut Imam Abu Hanifah; hendaklah dibez...

UKURAN WAKTU BERBUKA BAGI ORANG MUSAFIR

Soalan; Ustaz, saya akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan dan akan menaiki penerbangan selama kurang lebih 13 jam. Perjalanan saya akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Saya dijangka tiba di Malaysia hari berikutnya pada jam 7.25 pagi waktu Malaysia. Mengikut waktu tempatan, saya akan mulai berpuasa pada jam 5.17 pagi dan berbuka pada jam 6.51 petang. Soalan saya, semasa dalam perjalanan ini, adakah saya perlu mengikut waktu tempatan tempat saya berlepas atau mengikut waktu Malaysia bagi tujuan berbuka puasa/sahur/solat? Jawapan; Menurut fatwa Syeikh ‘Athiyah Saqar Rahimahullah (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar); Seorang yang bermusafir –sebagaimana juga orang lain yang tidak bermusafir- ia hendaklah berbuka apabila telah tiba malam (yakni telah jelas terbenam matahari). Ini kerana Allah berfirman (bermaksud); “Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)” (al-Baqarah; 187). Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dic...

BERAPA HARI ORANG MUSAFIR HARUS TINGGAL PUASA?

Soalan; Ust, tumpang tanya sikit. Untuk pengetahuan ustaz, saya dihendaki mengikuti kursus semasa bulan ramadhan selama satu minggu ke luar negara. Soalan saya adakah saya wajib berpuasa sepanjang berada di luar negara dan bagaimanakah jika saya tidak berpuasa dan apakah hukumnya ?. Jawapan; Menurut ulamak, seorang itu diwajibkan berpuasa jika ada pada dirinya syarat-syarat berikut; 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Mampu berpuasa; yakni sihat tubuh badan, tidak sakit. 5. Tidak bermusafir 6. Bersih dari haid dan nifas Jadi, orang yang bermusafir tidak wajib berpuasa, yakni diharuskan ia berbuka (tidak berpuasa). Namun, jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) menetapkan; hendaklah jarak musafir itu melebihi dua marhalah (85-90KM) iaitu sama jarak yang mengharuskan solat qasar. Jika kurang dari jarak itu, ia tetap wajib berpuasa. Walaupun harus berbuka, jika ia dapat berpuasa tanpa mendatangkan mudarat pada dirinya, berpuasa itu lebih baik dari berbuka kerana Allah berfirman; “Berpuasa i...

CIRI TETAP DAN ANJAL DALAM ISLAM

Soalan; ustaz. Saya mempunyai satu soalan. apakah yang dimaksudkan dengan tetap dan anjal dalam Islam. Aspek manakah yang mempunyai ciri tersebut?boleh ustaz terangkan secara terperinci mengenai persoalan ini.sekian terima kasih. Jawapan; Islam dijadikan Allah dengan sifat kukuh dan dinamik. Kukuh kerana ia bertunjang di atas asas-asas yang tetap, kekal dan tidak berubah bila-bila pun, iaitu yang menyentuh tentang; a) Matlamat dan tujuannya b) Usul-usul dan prinsip-prinsip amnya c) Nilai-nilai keagamaan dan akhlaknya Dinamik kerana di samping bersifat tsabat (tetap dan kekal) tadi, Islam juga bersifat anjal (murunah), iaitu dalam hal yang berkait dengan; a) Cara dan jalan untuk mencapai matlamat dan tujuannya b) Cabang-cabang dan ranting-ranting bagi usul-usul dan prinsip-prinsip amnya c) Urusan-urusan keduniaan, ‘uruf dan adapt Untuk huraian lebih lanjut sila baca di Blog Koleksi al-Qalam; ( http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/islam-kukuh-dan-dinamik.html ). Blog ini tidak se...

ZAKAT FITRAH ORANG BERADA DI LUAR NEGARA

Soalan; Ustaz. Persoalan saya adalah : Skrg saya sekeluarga berada di Perth Australia, semenjak 23hb Feb 2008 dan insya Allah akan berada disini selama 3-4 tahun sehingga isteri saya menamatkan pengajian. Berkenaan dengan pembayaran Zakat Fitrah ini, bolehkah saya membayar melalui internet ( ie Pusat Zakat, MBB2u etc ) dan berapakah kadar yg sepatutnya saya bayar? Adakah bergantung kepada kadar yg ditetapkan oleh Islamic Organization / Center di Perth ini atau boleh dibayar kadar seperti di Malaysia atau mungkin kena dikira secara 'pro-rata'kan bergantung kepada jumlah hari/bulan saya menetap di Malaysia dan di Perth ini? Bagaimanakah situasinya dan kadarnya sekiranya saya bercadang utk berada & beraya di Malaysia (dan pada ketika itu saya belum lagi menbayar Zakat Fitrah). Harap Ustaz tidak keberatan utk memperjelaskan dan terima-kasih. Wassalam. Jawapan; Zakat fitrah adalah zakat diri. Oleh ia hendaklah dikeluarkan di tempat di mana diri kita akan berada semasa terbenam m...

BAITIL-MAQDIS

Soalan ; ustaz, saya ada kemusykilan iaitu seorang rakan non muslim saya bertanya mengapa Baitul Muqaddis (Jerusalem) di anggap bandar suci bagi umat Islam? Harap ustaz dapat memberi penjelasan lanjut agar saya dapat menjelaskan dengan kawan tersebut. sekian, terima kasih. Jawapan; 1. Ia adalah Kiblat pertama kaum muslimin. Sebelum di arah mengadap ke Kaabah, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menunaikan solat lima waktu di Madinah dengan mengadap ke arah Baitil-Maqdis. Menurut cerita al-Barra’ (salah seorang sahabat Nabi s.a.w.); “Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menunaikan solat mengadap ke arah Baitil-Maqdis selama lebih kurang 16 atau 17 bulan” (Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 142) 2. Kemudian, setelah tidak lagi mengadap ke arah Baitil-Maqdis, Rasulullah s.a.w. tetap menganggapnya sebagai masjid utama, iaitu yang kedua utama selepas Masidil-Haram. Ini dapat diperhatikan pada kelebihan solat di situ di mana baginda bersabda; صلاة في المسجد الحرام مائة ألف صلاة، وصلا...